klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Tuesday, December 28, 2010

IUI

Apa itu IUI?

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?

Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.



ihsan dari  http://portal.alamhamil.com

Sunday, December 19, 2010

BANJIR OH BANJIR

gambar ehsan dari  liss Malisa

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar



KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Kemaman sejak petang semalam bertambah buruk apabila lebih ramai lagi mangsa berpindah ke pusat pemindahan pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negeri berkata sehingga 9 pagi, seramai 839 orang daripada 284 keluarga telah dipindahkan, berbanding 52 keluarga dengan 166 mangsa pada pukul 10 malam tadi.
"Sehingga kini, sebanyak 10 buah pusat pemindahan telah dibuka di daerah Kemaman setakat ini," katanya ketika dihubungi.
Pusat pemindahan itu ialah di Balai Raya Kampung Gong Cengal, Pusat Sumber Kampung Cabang, Balai Orang Ramai Kampung Baru Kerteh, Balai Raya Kampung Bukit Kukuran, kuarters Balai Polis Kerteh, Sekolah Kebangsaan Kemasik, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rangon, Balai Raya Bukit Teruna, Balai Raya Batu 9 dan Balai Raya Masjid Padang Kemunting.

Jurucakap itu berkata jalan ke Lapangan Terbang Kerteh ditenggelami air sedalam setengah meter pagi ini, namun masih boleh dilalui untuk semua kenderaan.

Beliau berkata banjir adalah disebabkan oleh hujan lebat disertai air pasang.

Jururucakap Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri pula berkata paras air sungai di Kemaman dan sungai utama di Trengganu masih di paras normal pagi ini.
Bagaimanapun, jurucakap itu berkata kemungkinan paras air meningkat sekiranya hujan lebat berterusan sehari dua

IHSAN DARI BERITA HARIAN ONLINE


p/s: Kampung Chabang tu Kampung ku.. rasa nak balik  je main air banjir..lama doh dok tgk air banjir kat kampungku..

Jom makan!!

Assalammualaikum..lama nya tak mengupdate blog ni.. masih batuk dan selsema dan takder mood.. hurm.. jumaat lepas balik kampung...seronok sebab hujan.. dan tak seronok bertambah batuk2 dan selsema.. hik hik..
Apa lagi jom ..saya nak share sedikit masakan yang telah dibuat sepanjang bercuti dan berada di kampung,,



JUMAAT


Sup Tulang
ehsan dari google


  • 1kg tulang lembu
  • 12 sup bunjut adabi
  • 5 liter air.
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 4 ketul ubi kentang

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang ...
  8. Masuk pula rempah sup bunjut . Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis. 


Sambal kicap Pedas

ehsan dari google

  • 20 tangkai cili padi,
  • 2 ulas kecil bawang putih,
  • 1 cawan kicap manis
  1. Tumbuk lada dan bawang putih sehingga lumat
  2. campurkan kicap dan gaul kan..sehingga sebati..
SABTU
Break fest ngan laksa terengganu






LUNCH



Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH






Satu Muharram Detik Permulaan

Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah



Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela Berkorban Harta dan Nyawa

Demi Menegakkan Islam Tercinta



Hijrah Itu Pengorbanan

Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan



Oleh Itu Mari Semua

Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman

Saturday, December 4, 2010

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Apa itu 28?

28
Tinggal berapa hari jer lagi usiaku melangkah ke 28 tahun..huhhhh tua dah aku..isk isk isk..cepat nya masa berlalu.Tidak ada apa yang hendak di ceritakan disebalik 28 ni namun aku tak boleh lari dari nombor itu...Aku tetatp mcm ni lagi.. masih berdua..belum ada rezeki agaknya..harap2 tahun 2011 adalah tahun yang amat bertuah bagiku..semoga Allah memakbulkan doaku dan suami ku untuk menimang cahaya mata..aminnnn : )
ehsan dari google image..thanks google..
lawo kan baby ni.. Takmo sedey-sedey dah..biarla org nak kata apa..yang penting aku bahagia...kalau nak difikirkan org kata mmg la tak berbaloi..kita plak akan sakit jiwaa...okla to be continue soonn....


bye......

Friday, December 3, 2010

Kari ketam Ala Firdausi


pinjam gambar kat google.tak sempat nak snap
2 ekor ketam sederhana besar------ dipotong empat
I bungkus Rempah kari ketam Adabi  yg kecil  ( untuk kari ketam)------ dibancuh dahu dengan air
Sedikit minyak untuk menumis
2 inci halia-----   Bahan A
Satu biji bawang besar---- Bahan A
3 biji bawang putih ---- Bahan A
Lada kisar----Bahan B
Daun kari----Bahan B
Garam----
Gula
Air asam jawa
Sedikit air


1.         Tumis Bahan A sehingga sedikit garing dan naik bau wangi
2.       Kemudian masukkan bahan B dan kacau sehingga garing
3.       Masukkan rempah yang dibancuh  dan biar kan seketika supaya rempah dan ramuan tadi masak
4.       Masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
5.       Kemudian masukkan ketam dan kacau sebati ngan rempah.
6.       Masukkan sedikit air dan tutup tudung periuk dan gunakan api yang kecil
7.       Biarkan sepuluh hingga 15 minit supaya ketam itu cukup masak.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!


Friday, November 26, 2010

Hampir sembuh..

Assalammualaikum dan selamat malam semua.Alhamdulillah kesihatan dah semakin pulih.Deman pun dah reda,selsema dah hilang.Cuma batuk je yg belum lg berhenti,tp dah berkurang kahaknya.lega rasa.walaumcmana pun saya mahu sihat sepenuhnya untuk memudahkan saya mengaudit pada hari ahad sehingga selasa ni.Nasib baik tak pening kepala.kalau tak,tak tahu la mcmana.byk kerja rumah tergendala,namun aktiviti memasak,membasuh dan menjemur kain tetap diteruskan.hehe ni org panggil demam boleh bangun. Hehe.ok lah nak tido dulu.kita sambung cerita pg esok plak.salam.zzzz

Thursday, November 25, 2010

Kau laksana bulan

Selepas Sesuci Cinta, Seharum Kasih, Setulus Janji, Aura Cinta, dan Semalam Ku Bermimpi, Aina Emir kembali

lagi dengan sebuah novel romantis yang tentunyamempunyai kelainan daripada novel-covelnya sebelum ini.

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam

cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang

membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin

cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada

kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan

yan dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya.

Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya

terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang

berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir

sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan

~Kembali tersenyum~

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
[ Kembali Senyum lyric found on www.lirik.my ]
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Dan maafkanku…

Testing

Testing!

Wednesday, November 24, 2010

MANIK LAGI

Assalammualaikum...dan selamat malam semua..di sini  saya mahu meng`update skit blog saya dengan hasil jahitan  manik ..okay selamat menjamu mata dengah hasil yg tak seberapa ni..baru belajar katakan...


Add caption




Add caption


Tuesday, November 23, 2010

~Demam~selsema~Batuk~

Assalammualaikum..dan selamat pagi dengan penuh kecerian..Sudah lama tidak meng`update blog ini disebabkan demam, batuk dan selsema, biasala kalau musim hujan ini lah jadinya..Sungguh tidak selesa dan tak larat seluruh badan..hari ini adalah hari kedua bekerja sekembali dari bercuti raya, cuti jumaat sabtu dan cuti sakit.

ANTIBIOTIK

MC

Add caption
Dan saya juga dibekalkan dengan ubat batuk



ubat batuk


Ubat demam

Sepanjang dua minggu ini terasa sedikit mencabar emosi dengan keadaan tak berapa sihat..Memandangkan encik hubby terpaksa pergi mengursuskan dirinya di Hotel Seri Malaysia, terpaksa la menumpang di rumah my beloved cousin selama dua malam.. hari ni encik suami balik la dari kuantan..Hurmmm rindu gile.. heheh

okla.. jumpa lagii

Wednesday, November 10, 2010

TAHNIAH AFIQ!!

Hari UPSR telah diumunkan.. alhamdulillah..anak sepupu ku Afiq telah berjaya mendapat result yang terbaik..5A..berkat kesungguhan dan usaha yang tak pernah henti2..walaupun Afiq ni dikategorikan sederhana..oleh kerana semangat untuk berjaya  dia bersungguh2..akhirnya dapat result the best.. tahniah kak za dan abang Loh..semoga berjaya didunia dan di akhirat.

Tuesday, November 9, 2010

Hobi Yang Tak Disengajakan

Adui lamanya tak mengupdate blog ni..kemalasan,  kesibukan,  keletihan telah mengatasi segalanya..heheh
dalam kesibukan , kemalasan dan keletihan sebenarnya ada kisah baru dalam hidup ku..kalau dulu kisah mengubah hantaran tapi sekarang sudah ada minat baru..hehehe alaa minat ni pun memamg tak lari dari hobi lama. jeng..jeng sekarang dah berjinak-jinak membeading..atas nasihat encek hubby untuk aku meletakkan entry membeading ni..sebenarnya malu..disebab kualiti gambar tidak beraapa elok..maklumlah..bukannya DSLR..hehe..oklah semoga enjoy dengan apa yang di kongsikan ini..

Inilah permulaan untuk membeading.....




hasil pertama ku membeading...heheh


ini hasil yang ke 2....


ini hasil yang ke 3

 ini hasil yang ke 4


ini hasil yang ke 5....

ini yang terkini..in progres...

Tuesday, October 19, 2010

-"-<@KISAH HANDBAG@BAG TANGAN@>-"-

Handbag?Bag Tangan? Hrmm kalau bercakap pasal handbag mesti orang perempuan suka kan..saya juga meminati handbag,suka sangat sampai kalau jumpa handbag mesti nak beli tapi kena sabar..mau tak nya harga ribu riban..yg paling murah untuk yang berjenama rendah skit yg mampu CARLO RINO,SEMBONIA,BONIA,CAEL DEON,SENTINI, BEETHOVEN,ALFIO RALDO dan banyak lagi yang tempatan punya jenama..Tu pun kalau jenama CARLO RINO,SEMBONIA,BONIA dan ALFIO RALDO ..Jenama yg macam ni mahal jugak.. ada yang lebih Lima ratus, ada yang RM400 lebih dan macam-macam la harganya...

Saturday, October 9, 2010

HORMON DAN HAID

Sewaktu proses berlakunya haid terjadi penghasilah hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan terserlah serta berpunca untuk membentuk tubuh badan wanita tumbuh buah dada dan datang haid setiap bulan. Dikatakan apabila wanita ketandusan hormon ini maka dia kesan awet muda pun mulai nampak dan kekedutan dan kekeringan mula kelihatan di permukaan kulit terutama muka. Ia disitilahkan sebagai “The fountain of youth”.

Jenis-jenis estrogen serta peranan mereka
Estrogen terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Estradiol atau 17 beta estradiol. Ia dihasilkan di bahagian ovari dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita itu putus haid. Ia merupakan hormon seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita. Pembentukan buah dada, pertumbuhan bulu di ketiak dan ari-ari ditentukan oleh hormon ini. Ia juga penting untuk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.
2. Estrone atau E 1 ia merupakan estrogen yang tak sekuat estradiol. Ia dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak. Ia wujud dengan banyak untuk wanita yang putus-haid.
3. Etsriol atau E3 merupakan sejenis estrogen yang paling lemah di antara ketiga-tiga hormon-hormon ini dan ia dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone.
Estrogen berjalan di dalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-resptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindakbalas pada organ-organ di situ.
Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:
1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah



 
Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluran hormon progesteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan. Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progesetron berjaya dirangsang dengan baik ia mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori (selepas telur ovum menetas dari ovari ) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

KURMA

Buah kurma dan bulan Ramadhan memang tidak dapat dipisahkan. Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. 


Kurma ajwa

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t.. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Tuesday, September 7, 2010

Monday, August 9, 2010

IKAN KERAPU MASAK STIM LIMAU


Bahan-bahan:
  • Ikan Siakap/kerapu/bawal
  • Bawang putih cincang
  • Cili padi cincang
  • Halia dirincik halus
  • Bawang besar dirincik halus
  • Serai dirincik halus
  • sos tiram(ganti sos ikan)
  • Air limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Secawan air (untuk lebih berkuah)
Ikan

Perap ikan dengan sedikit halia+bawang putih+lada hitam+garam)

SOS
  1. Tumis bawang putih dan sedikit halia sampai naik bau.
  2. masukkan air secawan
  3. masukkan sos tiram satu sudu
  4. masukkan garam
  5. gula
  6. masukkan hirisan serai
  7. masukkan hirisan halia muda
  8. masukkan hirisan bawang
  9. masukkan lada jarum
  10. masukkan sayur-sayuran
  11. reneh sampai sedikit kering air nya
  12. pastu angkat ikan yg di steam dan perah asam limau atas ikan
  13. pastu curahkan kuah yag dimasak tadi bersama
SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, August 2, 2010

KANDUNGAN LUAR RAHIM

Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).
Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.
Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:
  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Diagnosa

ecSekiranya anda mengalami gejala dan tanda (symptom) seperti di atas, doktor akan membuat beberapa ujian seperti ujian air kencing untuk mempastikan samada anda benar-benar hamil atau tidak. Sekiranya positif, ujian hCG akan dibuat dan membandingkan tahapnya dengan umur sebenar kandungan anda. Jika tahapnya rendah dari yang sepatutnya ada kemungkinan anda hamil di luar rahim.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis dan cuba penilaian mana yang tidak normal. Ujian ultra-bunyi juga penting dan sekiranya terdapat tanda seperti pendarahan dan karung di luar rahim, berkemungkinan besar anda hamil di luar rahim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda ini tidak begitu jelas dan ini boleh memberi kepada diagnosa yang salah.

Rawatan

Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

FATAMOGANA


Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Sunday, August 1, 2010

kisah 7.58 pagi

7.58 Pagi

Assalammualaikum.. selamat pagi semua.. hari saya rasa ceria sangat hati ni..tak tahu kenapa..Hari ni Sampai ofis7.45 tp lif banyak rosak..terpaksa la berebut2..akhirnya dapat naik jugak lif.. nak naik tangga takut letih.. hehehe kul 7.58 punch card..nasib baik laaa.fuhhh kalo tak kul 8 lebih la jawab dia.. gini la hari hari..kul 6.30pg dah bertolak dari dungun.sampai di area kuala terengganu 7.24 tapi jalam sesak dekat depan Istana Badariah dekat batu buruk..heee geram nyaaaaa

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Saturday, July 31, 2010

Happy Anniversary 4th

Pejam celik pejam celik dah 4 tahun usia perkahwinan ku..hmm rasa mcm baru kelmarin jer kahwin hik hik hik..Alhamdulillah syukur pada mu kerana dipermudahkan segalanya .Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang diharungi..dah adat kehidupan kan..betul tak?
Alam perkahwinan ditempuhi dengan sabar dan berserah kepada Allah SWT.
Anak? memang inilah dugaan yang terlalu perit terpaksa dilalui dengan menghadapi mulut mulut yangtak pandai bersyukur..biasalah kata kata yang kurang menyedapkan untuk didengar( bila nak dapat anak ni, merancang ker? taknak beranak ker? gemuk kot? mcm2la)..takperla Allah kan ada.. dalam masa yang sama Doa.usaha ikhtiar dan tawakal seiring dengan kata2 yang kurang enak dari org2 kampung,kwn2 dan sanak saudara..hmmm biarlaa janji bahagia..okla kawan2 doakan kebahagian saya dan suami didunia dan di akhirat dan di mudahkan dapat anak..amimmm

Monday, July 26, 2010

SYAABAN


Dari Usamah bin Zaid, beliau berkata, “Katakanlah wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa selama sebulan dari bulan-bulannya selain di bulan Sya’ban”.

Nabi bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Bulan Sya’ban adalah bulan di mana manusia mulai lalai iaitu di antara bulan Rajab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan diangkat amalan-amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh kerana itu, aku amat suka untuk berpuasa ketika amalanku diangkatkan.” ( al-Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).


Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan, “Dalam hadis di atas terdapat dalil mengenai dianjurkannya melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah.” (Lathoif Al Ma’arif, 235)

Banyak Berpuasa di Bulan Sya’ban

Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Nabi saw sendiri banyak berpuasa pada bulan Sya’ban dibanding bulan-bulan yang lain
selain puasa wajib di bulan Ramadan.

Dari ‘Aisyah r,a, beliau mengatakan,

Rasulullah saw biasa berpuasa, sampai kami katakan bahwa beliau tidak berbuka. Beliau pun berbuka sampai kami katakan bahwa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah saw berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)

‘Aisyah r.a juga mengatakan,

Nabi saw tidak biasa berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban. Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.” (HR. Bukhari no. 1970 dan Muslim no. 1156)
Lalu apa yang dimaksud dengan Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya (Kaana yashumu sya’ban kullahu)?

Asy Syaukani mengatakan, “Riwayat-riwayat ini dapat dikompromikan dengan kita menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kata “kullu” (seluruhnya) ialah kebanyakannya. Alasannya, sebagaimana dinukil oleh At Tirmidzi dari Ibn Mubarak. Beliau mengatakan bahawa boleh dalam bahasa Arab disebut berpuasa pada kebanyakan hari dalam satu bulan dengan dikatakan berpuasa pada seluruh bulan.” (Nailul Author, 7/148).

Jadi, yang dimaksud Nabi saw berpuasa di seluruh hari bulan Sya’ban adalah berpuasa pada kebanyakan harinya.

Kenapa Nabi saw tidak puasa penuh di bulan Sya’ban?

An Nawawi rahimahullah berkata bahawa para ulama mengatakan, “Nabi saw tidak menyempurnakan berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadan agar tidak disangka puasa selain Ramadan adalah wajib. ”(Syarh Muslim, 4/161)

Di antara rahsia kenapa Nabi saw banyak berpuasa di bulan Sya’ban adalah kerana puasa Sya’ban adalah ibarat ibadah rawatib (ibadah sunnah yang mengiringi ibadah wajib).

Sebagaimana shalat rawatib adalah shalat yang memiliki keutamaan kerana dia mengiringi shalat wajib, sebelum atau sesudahnya, demikianlah puasa Sya’ban. Kerana puasa di bulan Sya’ban sangat dekat dengan puasa Ramadhan, maka puasa tersebut memiliki keutamaan. Dan puasa ini bisa menyempurnakan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, Ibnu Rajab, 233)

Hikmah di Balik Puasa Sya’ban

1. Bulan Sya’ban adalah bulan tempat manusia lalai. Kerana mereka sudah terhanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Haram) dan juga menanti bulan sesudahnya iaitu bulan Ramadan. Ketika manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu. Sebagaimana seseorang yang berzikir di tempat orang-orang yang begitu lalai dari mengingat Allah -seperti ketika di pasar-, maka dzikir ketika itu adalah amalan yang sangat istimewa. Abu Sholeh mengatakan, “Sesungguhnya Allah tertawa melihat orang yang masih sempat berdzikir di pasar. Kenapa demikian? Kerana pasar adalah tempatnya orang-orang lalai dari mengingat Allah.

2. Nabi saw biasa berpuasa setiap bulannya sebanyak tiga hari. Terkadang beliau menunda puasa tersebut hingga beliau mengumpulkannya pada bulan Sya’ban. Jadi beliau saw apabila memasuki bulan Sya’ban sedangkan di bulan-bulan sebelumnya beliau tidak melakukan beberapa puasa sunnah, maka beliau mengqodho’nya ketika itu. Sehingga puasa sunnah beliau menjadi sempurna sebelum memasuki bulan Ramadhan berikutnya.
3. Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadan. Jika seseorang sudah menjadi biasa berpuasa sebelum puasa Ramadan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, hal. 234-243)

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memudahkan kita mengikuti suri tauladan kita untuk memperbanyak puasa di bulan Sya’ban. Semoga dengan melakukan hal ini kita termasuk orang yang mendapat keutamaan yang disebutkan dalam hadits qudsi berikut.

Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan memberi petunjuk pada pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada tangannya yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Aku mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.” (HR. Bukhari no. 2506).

Orang yang sentiasa melakukan amalan sunnah (mustahab) akan mendapatkan kecintaan Allah, lalu Allah akan memberi petunjuk pada pendengaran, penglihatan, tangan dan kakinya. Allah juga akan memberikan orang seperti ini keutamaan dengan mustajabnya (terkabulnya) do’a.

Sunday, July 25, 2010

Zuriat dan Komitmen





Assalammualaikum..Selamat Pagi semua.Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin. :).Hari ni dah 26 Julai 2010 bermakna ada 3 hari lagi genapla 4 tahun usia perkahwinanku.Rasa macam baru je kahwin..hik hik..mengada-ngada betul la aku ni..
Hmm..Alhamdulillah sepanjang sepanjang 4 tahun menjadi isteri kepada Suami ku yang bernama Encik Mohd Shasrizan, hidup menjadi lebih sempurna walaupun belum dikurniakan cahaya mata.Hati memang sedih dan rasa bersalah tapi apakan daya ini semua Rezeki Allah SWT.Cuma perlu bersabar dan berusaha lagi.Alangkah indahnya ada anak..seronok mendengar ketawa anak-anak kecil..menangis dan apa lagi dipanggil Umi, mama dan sebaginya..yerla ini kan semua kuasa Tuhan.Kita manusia hanyalah mampun berdoa dan berusaha.. Hampir dua bulan dah rutin harian berulang dari dungun ke Kuala Terengganu..penat tu mmgla penat tp rasa seronok lagi dapat duduk dekat ngan suami dan di rumah sendiri.. hehehe Tinggal brapa hari jer lagi nak masuk Ramadhan..sekejap jer masa berlalu.. dah nak habis dah tahun 2010..ada 4 bulan jer lagi.. tahun depan masuk 29 la umurku.Tua dah rasa.. Okla .. sambung lagi...

Saturday, July 24, 2010

Kau Laksana Bulan






Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.


Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum.

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday