klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Thursday, September 29, 2011

Alhamdulillah.

Alhamdullilah..syukur padaMu kerana memudahkan segala urusan pertukaran suami ku..terlalu banyak dugaan dan halangan yg terpaksa ditempuhi.insyaallah 3 oktober 2011 akan melapor diri ditempat baru

Wednesday, September 28, 2011

AKU DIUJI LAGI....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.



Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.



Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! Smile

Tuesday, September 27, 2011

ALHAMDULILLAHH

Alhammdulillah..syukur padamu Ya ALLAh ..Amin Ya Rabbal Aa'lamin..

9 NAMA YANG BERKAITAN DENGAN DZAT-NYA

1.Al-Haqqun (Yang Maha Benar)
2.Al-Waahadu (Yang Maha Esa)
3.Al-Gha niy (Yang Maha Kaya)
4.Al-Ahadu (Yang Maha Esa)
5.Al-Awwal (Yang Maha Awal)
6.Al-A’khiru (Yang Maha Akhir)
7.Al-Somadu (Yang Maha Diperlukan)
8.Al-Quddusu (Yang Maha Suci)
9.Al-Qayyumu (Yang Maha Berdiri sendiri)

4 NAMA YANG BERKAITAN HAL PENCIPTAAN-NYA

1.Al-Musowwaru (Yang Maha Pembentuk)
2.Al-Baari (Yang Maha Pembuat)
3.Al-Baadi ngu’ (Yang Maha Pencipta)
4.Al-Khaliq (Yang Maha Menjadikan)

12 NAMA YANG BERKAITAN SIFAT KASIH SAYANG-Nya,

Selain daripada lafaz al-Rabb, al-Rahman dan al-Rahim
1.Al-Wadud (Yang Maha Mengasihi)
2.Al-Ngafuwwu (Yang Maha Pemaaf)
3.Al-Barru (Yang Maha Baik)
4.Al-Rau’fu (Yang Maha Pengasih)
5.Al-Mu’minu (Yang Maha Pemberi keamanan)
6.Al-Halimu (Yang Maha Penyantun)
7.Al-Wasi ngu’ (Yang Maha Lapang)
8.Al-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezki)
9.Al-Syakur (Yang Maha Berterima Kasih)
10.Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi)
11.Al-Latif (Yang Maha Halus)
12.Al-Raafi ngu (Yang Maha Tinggi)

15 NAMA YANG BERKAITAN KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN-NYA

1.Al-Kabir (Yang Maha Besar)
2.Al-Qawiyyu (Yang Maha Kuat)
3.Al-Mutakabbiru (Yang Maha Megah)
4.Al-Ngaziz (Yang Maha Mulia)
5.Al-Jabbaru (Yang Maha Perkasa)
6.Al-Ngaliyyu (Yang Maha Tinggi)
7.Al-Hamidu (Yang Maha Terpuji)
8.Al-Azimu (Yang Maha Agung)
9.Al-Matinu (Yang Maha kuat)
10.Al-Muta ngaa liyyu (Yang Maha Tinggi)
11.Al-Karimu (Yang Maha Mulia)
12.Al-Zahiru (Yang Maha Nyata)
13.Al-Majidu (Yang Maha Mulia)
14.Al-Qahharu (Yang Maha Gagah)
15.Dzul jalaali wal ikraami (Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)

9 NAMA YANG BERKAITAN DENGAN ILMU-NYA

1.Al-BASIIRU (Yang Maha Melihat)
2.Al-Ngalimu (Yang Maha Mengetahui)
3.Al-Khobiru (Yang Maha Pemberi Kabar)
4.Al-Syahiidu (Yang Maha Menyaksikan)
5.Al-Syamii ngu (Yang Maha Mendengar)
6.Al-Hakimu (Yang Maha Bijaksana)
7.Al-Muhaiminu (Yang maha Menjaga)
8.Al-Bathinu (Yang maha Tersembunyi)
9.Al-Raqiibu (Yang Maha Memperhatikan)

8 NAMA YANG BERKAITAN KEKUASAAN-NYA TERHADAP SESUATU

1.Al-Maliku (Yang Maha Memiliki)
2.Al-Hafizu (Yang Maha Memelihara)
3.Al-Hasibu (Yang Maha Memberi balasan)
4.Al-Muqiitu (Yang Maha Berkuasa)
5.Al-Muntaqimu (Yang Maha Penghukum)
6.Al-Wakiilu (Yang Maha Mewakili)
7.Al-Waliyyu (Yang Maha Memelihara)
8.Al-Fattahu (Yang Maha Pembuka)

18 NAMA YANG TIDAK TERCANTUM DALAM AL-QURAN, TETAPI IA BERKAITAN
SIFAT ALLAH YANG TERMAKTUB DALAM QURAN

1.Al-Baa ngisu (Yang Maha Membangkitkan)
2.Al-Raafi ngu (Yang Maha Mengangkat)
3.Al-Mubdi’ (Yang Maha Memulai)
4.Al-Qaabidhu (Yang Maha Mengambil)
5.Al-Muzillu (Yang Maha Menundukkan)
6.Al-Baqiyyu (Yang Maha Kekal)
7.Al-Mughni (yang Maha Memberi Kekayaan)
8.Al-Maani ngu (Yang Maha Menghalang)
9.Al-Jaami ngu (Yang Maha Menghimpunkan)
10.Al-Baasithu (Yang Maha Meluaskan)
11.Al-Mumiitu (Yang Maha Mematikan)
12.Al-Mukhsiyyu (Yang Maha Menghitung)
13.Al-Mu ngizzu (Yang maha Memberi Kemuliaan)
14.Al-Mu’tiyyu (Yang Maha Pemberi)
15.Al-Mu ngidu (Yang Maha MMengulangi)
16.Al-Mujiibu (Yang maha Memperkenankan)
17.Al-Waarisu (Yang Maha Mewarisi)
18.Al-Haadiyyu (Yang Maha Pemberi Petunjuk)

13 NAMA-NAMA LAIN BAGI ALLAH YANG DI AMBIL BERDASARKAN MAKNA ATAU PENGERTIAN TERHADAP NAMA-NYA YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN

1.Al-Waliyyu (Yang Maha Menguasai)
2.Al-Muakhhiru (Yang Maha Mengakhiri)
3.Al-Waajidu (Yang Maha Kaya)
4.Al-Ngadlu (Yang maha Adil)
5.Al-Naafi ngu ( Yang Maha Pemberi Manfaat)
6.Al-Rasyiidu (Yang Maha Cerdik)
7.Al-Nurru (Yang Maha Bercahaya)
8.Al-Jaliilu (Yang maha Mulia)
9.Al-Muqaddimu (Yang Maha Mendahulukan)
10.Al-Khafidhu (Yang Maha Memberi Kemewahan)
11.Al-Muqsitu (Yang Maha Mengadili)
12.Al-Dhoorru (Yang Maha Memberi Mudarat)
13.Al-Sobuuru (Yang Maha Penyabar)

Monday, September 26, 2011

KEBAIKAN KAKI AYAM

Tau tak Osteoporosis tu apa...???hehee.. Mesti korang tau kan iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak, dan patah. Ia biasanya tidak menimbulkan gejala kerana prosesnya berlangsung tanpa disedari.


Meskipun
Osteoporosis terjadi pada golongan veteran, tp kini ia juga menyerang golongan muda, kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti suka merokok, malas bersenam, minum kopi dalam dos berlebihan dan juga mengamalkan minuman keras.. sebab tu iklan di TV menyarankan kita minum SUSU ANLENE.. Mencegah tulang menjadi rapuh.. ;)
 
 
 
Seperti yang diambil dari bl-health, hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang binatang. Secara logiknya, memang makanan yang tepat untuk tulang adalah tulang.
Nah, salah satu makanan yang banyak mengandung zat ini adalah kaki ayam.  Tanpa disedari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein jaringan ikat yang liat berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental.


Selain itu, tubuh juga akan mencari cadangan kalsium yang diperlukan tulang. Hal inilah yang menyebabkan tulang kehilangan kepadatan dan kekuatannya, sehingga mudah retak, bahkan patah



SUMBER  DARI SINI

GEMENTAR..GUGUP.. BERDEBAR....

TQ  Pakcik Google
Assalammualaikum.. Selamat Pagi dan Salam ceria semua.. ..Hari ni Dah 27 September 2011 tup..tup..tup dah nak habis bulan September dah.. Tingggal lagi 3 hari Lagi.. Berdebar rasanya....Insyaallah .. Semoga Allah Mempermudahkan lagi segala urusan kami berdua.. Aminnn

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
P/s: Alhamdulillah......

Thursday, September 22, 2011

Alhamdulillahh

Alhamdullilah..keadaan semakin baik..dengan berkat kesungguhan dan kecekalan hati..dengan izin Allah SWT .. Dalam masa yg sama berat badan dapat dikurangkan sebanyak 18kg dari 92kg..berkat kena marah dek doktor..hehe bukan marah tp nasihat yg tegas.Ini kerana sebelum ini berat bdn terlebih dari sepatutnya..so untuk mencapai Bmi yg sepatutnya 70 kg.so kena turunkan lg..insyaallah..akan kekalkan cara pemakanan yg sihat..Di harap selepas ini adalah rezeki untuk dapat anak..insyaallah..doktor pakar sakit puan pun ada mengatakan berat bdn saya berlebihan yg menyebabkan sukar nak dapat anak..hurm..kalau diikutkan mmg logik.Sebabnya hormon tergangu dek kegemukan..huhuhu..okla to be continue againt!

Kisah Kesakitanku

a
Assalammualaikum....salam manis..salam ceria ..heheh.. tik tok tik tok dah nak penghujung Syawal dah yer..sekejap jer rasa masa berlalu...Agak lama tidak mengupdate blog ini dengan cerita karangan ku ..hehe sejak dua menjak ni sedikit kemalasan..keletihan dan kesakitan.. Kesakitan?? serius ke? hurm nak kata serius taklah serius.. cuma sakit ni berlarutan dari  batuk
tq uncle google

dan demam hujung tahun lepas hingga awal tahun ni.. puncanya..oleh kerana terlalu banyak makan ubat antibiotik

tq uncle google

  penyakit gastrik menyerang..adus.. dahla batuk belum berkurang lagi.. hrm ALLAh SWT betul2 menguji hamba nya ini..sakit woo.. tuhan jer yang tahu..
  tq uncle google

lepas dapat gastrik kena pulak angin dalam badan..sakitla.. segalanya menjadi sukar sedikit.. sesak nafas.. berjaln jauh pun lenguh dan semput.. bila g hospital dan tanya kat doktor knapa saya jadi semput walaupun jalan dekat2.. korang nak tahu tak apa doktor tu cakap? ni dia


tq uncle google


kurangkan berat badan.. kena senaman selalu.. kena jaga makan..jaga diet Diet?
tq uncle google




apa la doktor ni.. saya ni kena gastrik..kena angin..semput..... tak pasal pasal   naik angin kejap..hehehe..doktor tu cakap lagi..awak kena gastrik.. tu yg awak jadi berangin satu badan... owh yer ker.. satu lagi doktor tak bagi makan banyak2 sebab saya ada mengadu psl pedih ulu hati...adus mcm mcm la..tak bagi makan pedas..berangin..bergas..sejuk..ais.. berempah. Kandungan Gula dalam darah pun kena buat jugak..adus..aku kena kencing manis ker? mcm mcm persoalan dalam kepala ni.. Tapi ALhamdulillah bacaan kandungan gula hanya 4.8 jer..syukur.. ..lepas selesai semua saya di beri ubat gastrik ngan ubat angin jer.. hampeh....

Pergi jumpa bidan pun cakap yang saya ni kena Angin Medu ..so banyak la kena pantang cam doktor bagitahu... sedih sungguh rase..


Oleh kerana cara pemakanan dah kena tukar so saya bertindak untuk tidak mengambil makanan  yang  pedas..berangin..bergas..sejuk..ais.. berempah..berminyak sgt2 dan berlemak.. adus banyak nyaaa kena pantang...... dah la nak Bulan Ramadhan  semakin dekat.. mcm mana ngan puasa..tetapi puasa dapat diteruskan dengan pelbagai dugaan..Alhamdulillah..

 Bermula dari hari tu nekad untuk ikut bapa yg doktor dan mak bidan nasihat... makanan pun banyak dah kena cut of... cam nasik lemak.. mee goreng..asam pedas..asam..buah2..sayur sejuk..ais.. dan mcm mcm lagi....
korang nak tahu apa yang    yang dibolehkan makanan?
6.30 pg


tq uncle google

tq uncle google

tq uncle google



10.00 pg
tq uncle google


Add caption
kul 12.30- 1 ptg
tq uncle google


tq uncle google


tq uncle google

 @

tq uncle google

 4.00 petang
tq uncle google


tq uncle google

kul 7 mlm


tq uncle google

@

tq uncle google



10.00 mlm

tq uncle google


tq uncle google


Dan yang paling penting...8 gelas sehari..

tq uncle google

  Dan  bekalan yang sentiasa ada dalm handbag, disaat kecemasan


tq uncle google

 Akhirnya .. berkat semangat yang kuat dan  memunyai cita-cita untuk sembuh ..alhamdulillah  beransur sembuh dan dalam masa yang sama berat badan pun dapat dikurang kan... brapa dapat dikurangkan  akan diceritakan dalam episod akan datang( siap ada  episod sambungan lagi.. heheheh)

 TO BE CONTINUE...

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday