klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Monday, October 31, 2011

DIET DAN DIABETIS


Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.
Diet Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.
Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian. 
Cadangan pembahagian kaori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.

MATLAMAT RAWATAN DIET.
1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetis.
Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:
1. Apa yang hendak dimakan
2. Waktu makan yang sesuai
3. Amaun makan yang boleh dimakan.
APA YANG HENDAK DIMAKAN
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetis.
1. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Makanan /minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan  tahap gula di dalam darah dengan kadar yang cepat.
Contoh :  Gula Pasir, Gula merah, Gula melaka, Gula batu, Gula-gula, Sirap, Jeruk, Halwa
                  Kuih-kuih manis, Susu pekat manis, Buah-buahan dalam tin, Minuman  ringan, Coklat 
                  Jem ( kecuali jem untuk Diabetis ) , Semua makanan bersalut gula.
2. MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN
i. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari., bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.
Contoh : Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/jus, sayuran berkanji - labu, jagung, serbuk coklat.
3. MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN
Contoh : Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos, garam. 
PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam air - ia membantu penyerapan nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit ). Serat yang tak larut boleh digunakan  di dalam usahamengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat :
Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.
PENGAMBILAN LEMAK YANG BETUL
1.



LEMAK TEPU
Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan iaitu santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol darah.
2
2.1



LEMAK TAK TEPU
Lemak poli tak tepu
Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ' sederhana ' .
2.2
Lemak mono tak tepu
Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaitun, minyak sunflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
PENGAMBILAN PROTEIN YANG BETUL
Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15 - 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.
Protein  boleh didapati dari sumber bijirin ( roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dan lain-lain ) atau dari sumber haiwan ( daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu ) . Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.
PENGAMBILAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN YANG MENCUKUPI
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden dibetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetis.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten ( sejenis vitamin A larut air ) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetis.
Senarai penukaran makanan akan memberi sukatan atau ukuran makanan yang seimbang dari sehari ke sehari dan membenarkan ukuran yang sesuai dengan penyediaan makanan.
SENARAI 1
Makanan yang terkandung di dalam senarai ini terdiri daripada makanan berkarbohidrat. Setiap penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 15 gm protein dan 50 kalori.
CONTOH :
Beras (belum masak)            }        1 penukaran = 15 gm
Nasi putih                                 }        1 penukaran = 1/4 mangkuk cina/cawan
Bubur Nasi                               }        1 penukaran = 1/2 mangkuk cina/cawan
Mee/Bihun/Kue teow           }        1 penukaran = 1/4 mangkuk cina/cawan
Tepung gandum, tepung kanji, tepung beras, tepung atta, tepung jagung, tepung suji dan tepung sagu     }         1 penukaran = 2 sudu besar paras.
Bijirin sarapan pagi (tidak bersalut gula)                         }         1 penukaran = 2 sudu besar paras
Biskut tawar, biskut krim kraker dan biskut marie      }          1 penukaran = 2 keping
Biskut masin        }    1 penukaran = 5 - 6 keping
Putu mayam, tosai, capati, roti prata, idli    }    1 penukaran = 1/2 keping kecil atau 1/4 keping besar
SENARAI 2
Senarai ini terdiri daripada sayuran berkanji . 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 1.5 gm protein dan 50 kalori.
CONTOH :
Buah sukun, kacang panggang, jagung segar/tin, kekacang pis segar/tin, labu kuning, keledek, ubi kayu      }    1 penukaran  = 1/2 cawan
Karot     }    1 penukaran  = 1 batang saiz sederhana.
Ubi kentang      }     1 penukaran  =  1 biji kecil.
SENARAI 3
Senarai ini terdiri daripada berbagai jenis kacang yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 7 gm protein, 16 gm lemak dan 210 kalori.
CONTOH:
Buah badam, kacang Brazil, biji gajus, kacang jawa, kuaci   }   1 penukaran = 1/3 cawan (dibuang kulit)
SENARAI 4
Senarai ini terdiri dari berbagai jenis kekacang yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 6 gm protein, 6 gm lemak dan 100 kalori.
CONTOH :
Kacang kuda, kacang dal, kacang hitam, kacang tanah, kacang hijau, kacang merah, kacang pis (kering), kacang soya, jenis-jenis sayur kacang    }    1 penukaran  =  1 sudu makan yang belum       dimasak atau 2 sudu makan yang telah dimasak.
SENARAI 5
Senarai ini terdiri dari berbagai jenis susu yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi   10 gm karbohidrat, 8 gm protein, 9 gm lemak dan 150 kalori.
CONTOH :
Susu lembu segar, susu UHT         }      1 penukaran  =  1 gelas (240 ml)
Susu masam, tairu                              }      1 penukaran  =  1/2 gelas (120 ml)
Susu tepung penuh krim                 }      1 penukaran  =  2 sudu makan paras
Susu skim (80 kalori)                         }      1 penukaran  =  3 sudu makan paras 
SENARAI 6
Senarai ini menerangkan ukuran buah-buahan . 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat dan 40 kalori . Elakkan buah-buahan tin yang bergula !!!!
CONTOH :
Mangga, pir, delima                                      }    1 penukaran  =  1 biji kecil
Epal/Lai, pisang, buah nona                       }    1 penukaran  =  1 biji saiz sederhana
Jambu batu, Oren/limau, buah pic, pisang kaki, ciku, belimbing  }  1 penukaran = 1 biji sederhana
Aprikot, kedondong, manggis, plum, jambu air/mawar                    }   1 penukaran = 1 biji sederhana
Anggur, duku, duku langsat, langsat/longan                                         }    1 penukaran = 8 - 10 biji
Laici, rambutan                                               }    1 penukaran  =  4 - 5 biji
Cempedak                                                        }     1 penukaran  =  3 ulas
Prun                                                                    }     1 penukaran  =  3 biji
Durian, nangka                                              }     1 penukaran  =  1 ulas besar atau 2 ulas kecil
Betik, nenas, tembikai                                 }     1 penukaran  =  1 potong
Air tebu                                                             }     1 penukaran  =  1/2 cawan (60 ml)
Air kelapa                                                         }    1 penukaran  =  1 gelas  (240 ml)



Sunday, October 30, 2011

Petua Mengawal Medu Angin




Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.

Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan pada kebiasaannya, besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Oleh yang demikian, menurut kajian kami, medu angin adalah raja segala penyakit. Bersegeralah mencegah penyakit ini daripada terus merebak dengan mengamalkan petua-petua berikut;

Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Caranya, ambil segenggam akar tersebut. Rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.

atau

Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya seperti cara di atas. Manakala, akarnya diasah dan disapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.


Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin


Orang-orang yang mengidap penyakit medu angin dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan & minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu kepada pengidap sakit ini;


(1) Makanan / minuman yang sejuk. Cth;
     - Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
     - Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
     - Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

(2) Makanan / minuman masam(berasid). Cth;
     - Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
     - Daging kerbau.

(3) Makanan / minuman bergas. Cth;
     - Durian.
     - Tapai.
     - Air botol/tin bergas.

(4) Makanan / minuman mengandungi kafein. Cth;
     - Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
     - Rokok.

(5) Lain-lain makanan / minuman yang boleh mendatangkan angin. Cth;
     - Petai, jering dan kerdas.
     - Susu tin (cair,krimer atau pekat manis).

Cuba elakkan daripada mengambil makanan/minuman yang tersebut di atas kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang anda hidapi akan menjadi lebih parah. Kami juga menasihatkan agar pengidap sakit ini mengamalkan/menjaga tabiat harian mereka sebagaimana berikut;

(1) Sekiranya anda rajin, buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.

(2) Kalau dapat, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.

(3) Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut kita tidak kosong.

(4) Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.

(5) Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.

(6) Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguh. Lepaskanlah... . Kalau malu, tahan sekejap dan pergi ke tempat jauh dari orang dan lepas... .

SUMBERNYA DI SINI




kredit to pakcik Google


Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Hampir sembuh..

Assalammualaikum dan selamat malam semua.Alhamdulillah kesihatan dah semakin pulih.Deman pun dah reda,selsema dah hilang.Cuma batuk je yg belum lg berhenti,tp dah berkurang kahaknya.lega rasa.walaumcmana pun saya mahu sihat sepenuhnya untuk memudahkan saya mengaudit pada hari ahad sehingga selasa ni.Nasib baik tak pening kepala.kalau tak,tak tahu la mcmana.byk kerja rumah tergendala,namun aktiviti memasak,membasuh dan menjemur kain tetap diteruskan.hehe ni org panggil demam boleh bangun. Hehe.ok lah nak tido dulu.kita sambung cerita pg esok plak.salam.zzzz

Kau laksana bulan

Selepas Sesuci Cinta, Seharum Kasih, Setulus Janji, Aura Cinta, dan Semalam Ku Bermimpi, Aina Emir kembali

lagi dengan sebuah novel romantis yang tentunyamempunyai kelainan daripada novel-covelnya sebelum ini.

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam

cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang

membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin

cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada

kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan

yan dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya.

Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya

terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang

berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir

sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan

~Kembali tersenyum~

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
[ Kembali Senyum lyric found on www.lirik.my ]
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Dan maafkanku…

Breakfast Today

Salam Ceria Dan salam Penuh Ukhwah..Jom Kita breakfast dulu sebelum memulakan kerja..

Saturday, October 29, 2011

Menu Makanan Tengahari


Assalammualaikum.. Ini menu saya hari ni



Nasi Putih  sup ayam dan Ulam Salad

kredit to  google image
kredit to  google image

kredit to  google image
Pencuci mulut

kredit to  google image

kredit to  google image



Erk.. Alhamdulillah

Friday, October 28, 2011

Kucing

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.









Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.



Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
 
 

 
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].




Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."







Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].



Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.



Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Tsunami melanda lagi!!!

Assalammualaikum..selamt malam semua..uihh takutnya Tsunami melanda Jepun tu.. Nauzubillah..

Wednesday, October 26, 2011

TOLONG SUSAH TAK TOLONG PUN SUSAH>>>mood dok waper baik



RUMAH IDAMAN

kredit to pakcik google


kredit to pakcik google

Insyaallahhhh

Kebaikan Air Kosong


kredit to pakcik google


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Ku TerPERSONA Lagi


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Kredit tu Pakcik Google & Penyuagar.com

Hehehehehehehe

Tuesday, October 18, 2011

PUTRI YANG DITUKAR

kredit to pakcik google

Amira dan Zahira memiliki kehidupan yang berbeda. Amira hidup sederhana bersama kedua orang tuanya, Ihsan dan Utari. Sedangkan Zahira hidup mewah bersama kedua orang tuanya, Prabu dan Aini, serta ibu tiri Selena dan kakak tiri Meisya.
Tidak seperti Amira yang hidup penuh cinta dalam keluarganya. Sedangkan Zahira, walaupun mendapatkan kasih sayang yang berlimpah dari kedua orang tuanya, tetapi ia selalu mendapat perlakuan tidak baik dari Selena dan Meisya. Arman lah, supir pribadinya, satu-satunya orang di rumah yang tahu perihal itu, dan selalu membuat Zahira tegar.
Tanpa seorang pun tahu, Zahira sebenarnya adalah anak Ihsan dan Utari. Sedangkan Amira adalah anak Prabu dan Aini. Wisnu yang dendam pada Prabu karena telah membuatnya cacat, menukarkan kedua bayi tersebut yang lahir bersamaan. Wisnu ingin memberi Prabu pelajaran, karena ia mengasuh anak dari musuh bubuyutannya, Ihsan, yang adalah cinta sejati istri keduanya, Aini. Wisnu pun yang pernah berjanji untuk menjodohkan anaknya dengan anak Ihsan dan Utari pun menitipkan anaknya ke Surti, pembantu di keluarga Prabu. Dan anaknya itu adalah Arman.
Kerumitan terjadi saat masing-masing keduanya dipertemukan, Amira dan Zahira. Amira pun bertemu secara tidak sengaja dengan Prabu dan Aini. Amira pun bertemu dan berkenalan dengan Zahira dan Arman, saat ia mengalami kecelakaan karena hampir ditabrak oleh pemuda kaya bernama Rizqi.
Amira semakin bingung ketika Prabu, Aini & Zahira datang ke pemakaman ayahnya, Ihsan. Amira yang sedang bersedih langsung shock ketika Prabu mengenalkan namanya, karena Amira mendengar bahwa Prabu lah yang menyebabkan ayahnya meninggal dunia.
Waktu pun terus bergulir, dan mereka semua seperi hidup dalam lingkaran yang tidak terputus. Akankah kebenaran akan terungkap?.. bagaimanakah reaksi Amira dan Zahira ketika tahu kebenarannya?..

SUMBER

CINTA ELYSA

kredit to uncle google..

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari. Elysa pada mulanya tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa-sumber

Read More : SINOPSIS CINTA ELYSA LAKONAN JOHAN (BOTAK JUVANA) & FASHA SANDHA | illustrasiaku.com

Sunday, October 16, 2011

DORAEMON

Salam Ceria  semua.. Hurm.. lama tak update blog ni.. alkisahnya dah kering idea ngan sedikit kemalasan .. heheh..  apa kita nak citer ek?  okla hari ni saya nak share sedikit tentang kartoon kegemaran saya since  zaman budak- budak lagi...

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu… doko demo DOA!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

Korang mesti tahu kan itu lirik lagu apa.. hehe Doraemon la..mesti korang tahu Doraemon ni kan.. saya mmg suka sgt2  karton ni masa kecik2 dulu.. hehe (sampai skrg pun suka lagi) heheh...  dalam cerita ni ramai lagi watak2 lain seperti Nobita,Shizuka,Sinyu, Giant dan lain lain lagi

 jom kita layan  gambar-gambar  doraemon.. 








 hehhehe..

 K tata.. 


Monday, October 10, 2011

TELUR AYAM KAMPUNG





Bicara tentang telur ayam kampung tentu bukan hal yang asing lagi bagi kita,mulai dari balita sampai orang tua suka mengkonsumsi Telur Ayam Kampung. di samping nikmat ternyata Telur Ayam KampungTelur ayam kampung per100 gramnya memiliki kandungan 174 kalori, 10,8 gram protein, 4,9 mg zat besi dan 61,5 g retinol atau vitamin A. barangkali karena alasan tersebut Telur ayam kampung lebih diminati.dibandingkan dengan Telur ayam negeri memiliki kandungan protein yang bagus bagi tubuh kita,

Telur ayam kampung yang asli mempunyai kelebihan dibandingkan telur ayam yang lain.
Selain sumber kalori dan protein hewani yang cukup baik (mudah diserap usus dalam jumlah yang banyak) dapat dipakai sebagai campuran minuman jamu yang diyakini dapat memberikan kesegaran pada tubuh.


Manfaat Telur Ayam Kampung 

* Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis, maag atau usus besar.
* Selain mengandung sumber energi juga mengandung sumber protein yang cukup.
Energi yang dipakai untuk mengganti energi yang digunakan aktifitas dan berfikir
sedangkan proteinnya diperlukan untuk mengganti bagian organ yang rusak.
* Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi.
Bagi yang mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati - hati
mengatur konsumsinya.
* Membantu mengatasi kelelahan dan kecapaian tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karena badan masih
membutuhkan waktu untuk mengistirahatkan organ tubuh.

Itulah alasannya mengapa Telur ayam kampung lebih diminati khusunya oleh para pria. Untuk meningkatkan khasiatnya campur telur ayam kampung dengan madu asli, energi Anda pasti akan pulih kembali.

Sunday, October 9, 2011

Pemakanan yang sihat


Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

Tenaga makanan yang mencukupi

Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.

Kandungan fiber yang mencukupi

Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.



A. Makanan yang memberi tenaga



Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.



B. Makanan membina badan



Protein ahla makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.



C. Makanan menjauhi penyakit



Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Wo wo wo..a a ai aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku


Saat ku harus bersabar dan trus bersabar

Menantikan kehadiran dirimu

Entah sampai kapan aku harus menunggu



Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani

Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu

Kadang kuberpikir cari penggantimu

Saat kau jauh disana



[*]

Walau raga kita terpisah jauh

Namun hati kita selalu dekat

Bila kau rindu pejamkan matamu

Dan rasakan a a a aku



[**]

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh

Terhapus ruang dan waktu

Percayakan kesetiaan ini

Pada ketulusan a a ai aishiteru



Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga

Entah penantianku takkan sia-sia

Dan berikan satu jawaban pasti

Entah sampai kapan aku harus bertahan



Saat kau jauh disana rasa cemburu

Merasuk kedalam pikiranku melayang

Tak tentu arah tentang dirimu

Apakah sama yang kau rasakan



Back to [*][**]



Satu sendiri pikiran melayang terbang

Perasaan resah gelisah

Jalani kenyataan hidup tanpa gairah

O…wu..wo..o..



Lupakan segala obsesi dan ambisimu

Akhiri semuanya cukup sampai disini

Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku

Kumohon kau kembali



Kimita tuokukitemo

Kiminoi shuaguaratala

Shiniteruyo shiniteruyo



Back to [*][**]



Wo wo wo..

Wo wo wo..a a ai aishiteru

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday