klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Monday, March 21, 2011

~Doa untuk dikurniakan zuriat~

DOA ZURIAT

http://3.bp.blogspot.com/_qzsn4_G8vdY/SMoiHICe1oI/AAAAAAAAA-4/RlFgaqLowZ8/s400/Amalan+Sunat+Selepas+Kelahiran+Zuriat.jpg
Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam Al-Quran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah SWT untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Zakaria AS, masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.
Doa Nabi Ibrahim AS

"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku, berikanlah permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosaku."

Doa Nabi Zakaria AS

"Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan daku seorang diri padahal Engkau Tuhan yang paling baik daripada segala orang yang mewarisi." (Surah Al-Anbiya' 21:89)

"Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-Mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa." (Surah Ali `Imran 3:38)
http://erickningrat.files.wordpress.com/2008/05/bayi_lucu.jpg
Doa sebelum persetubuhan

"Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)."


 (  artikel dari laman web@blog  :  http://amaslamujahid.blogspot.com/2009/02/doa-zuriat.html

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday