klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Sunday, December 11, 2011

CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres

2011/12/11

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.

"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS, di sini, hari ini.

Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

"Tidak perlu tergopoh-gapah untuk segera tandatangan borang opsyen terima skim baru itu sebelum mendengar dengan teliti apa yang terkandung dalam skim itu," katanya.

Omar berkata, terdapat juga rungutan mengenai tempoh menandatangani persetujuan memilih skim itu yang terlalu singkat dari 15 hingga 31 Disember ini, memandangkan ramai penjawat awam sedang bercuti pada tempoh tersebut.
Selain itu katanya, mereka juga masih tidak mendapat gambaran sebenar apa yang terkandung dalam SBPA.

Omar berkata, kongres yang akan diadakan di Perlis itu juga akan membincangkan keperluan memohon kepada kerajaan agar melantik seorang senator bagi mewakili kepentingan penjawat awam.

"Jumlah penjawat awam di Malaysia ini besar dan perlu ada wakil sebagai senator di Dewan Negara," katanya.

Beliau turut meminta penjawat awam membuat keputusan rasional pada pilihan raya umum akan datang dan memilih parti yang benar-benar mampu memperjuangkan hak mereka.

Katanya, kerajaan kini banyak berjasa kepada mereka dan banyak kehendak penjawat awam sudah dipenuhi.

"Kita tidak memaksa mereka untuk memilih siapa yang mereka mahu tetapi perlu kebijaksanaan untuk membuat keputusan terbaik," katanya. - BERNAMA 

Tadaaaaa!!!!!!

Assalammualaikum..salam ceria di malam hari.. mataku dah layu..mood pun dah tak de mana..sebab letih sgt2 hari ni..  haishh.. camna ni..nak lipat kain pun cam lemau jer... hehehe..lama dah rasanya tak update blog ni.. takder mood sebenarnya selepas peristiwa *********** ..heheh doklih letak terang2..nanti susah i nak jawab.. aik buat apa kita nak kisahkan orang.. orang lain duk sibuk psl blog saya.. INI BLOG SAYA okay!!! ikut pandai saya la nak letak apa-apa pun.. bukan korang yang bagi makan pun!!!!..hehe.. Kepada kawang2 yang mengucapkan selamat hari lahir..terima kasih tak terhingga dan semoga Allah Sentiasa Merahmati Kamu semua..sayang semua..Untuk Makluman semua.. Facebook saya ada sedikit  ganguan teknikal.. menyebabkan ramai yg takleh wish kat wall.. sory ek.. apa2 pun korang memang terbaik.. mcm2 cara korang cuba nak wish kan, Pm, chating,emai, msg, calling.... terharu......nak nanes rasanya....
 Thank You semua.. Sayang awak!!!!

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday