TETAMU SAYA

Saturday, December 31, 2011

“INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara”

 •INGAT (1) Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

•LUPA (1) Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut. 
 
•INGAT (2) Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.
 
•LUPA (2) Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia. 
 
Kalau dapat amal petua “INGAT 2, LUPA 2″ ni, insyaAllah saya jamin, anda akan dapat hidup lebih bahagia. InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan..... *semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah*..amin3


Konsep Wasatiah (Kesederhanaan) Dalam Islam



Islam mempunyai keistimewaan berbanding dengan agama lain yang terkenal di dunia ini seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya yang mana Islam menekankan keseimbangan dan intergrasi antara dunia dan akhirat serta mengawal dasar keseimbangan dan keadilan di antara tuntutan atau kehendak rohaniah dengan jasmaniah.

Penganut Islam tidak dilarang untuk menikmati harta benda dan tuntutan jasmani selagi yang diperolehi itu menurut cara yang halal dan diambil dalam kadar yang sederhana dan munasabah.

Oleh itu, adalah penting di sini untuk memahami konsep “ummatan wasatan” dan ciri-ciri utama masyarakat Islam demi melahirkan umat Islam madani seperti mana yang diidamkan.

Definisi Ummatan Wasatan
Perkataan wasatan adalah daripada kalimah Arab yang membawa erti pertengahan, kebaikan, keadilan dan kesederhanaan antara dua pihak. Apabila kita merujuk kepada al-Quran, kita akan dapati Al-Quran menyifatkan umat Islam sebagai umat yang sederhana atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala aspek kehidupan mereka. Ini dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “demikianlah pula kami telah jadikan kamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia……” (Surah al-Baqarah: 143)

Pengertian wasatan di dalam ayat di atas mengikut pandangan Sayyed Qutb, “ Umat Islam adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada keadilan dengan erti kebaikan dan kelebihan atau keadilan dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu duduk di tengah-tengah. “
Wasatan juga diertikan dengan adil dalam erti kata meletakan sesuatu pada tempatnya. Pastinya sesuatu yang adil itu adalah bersifat sederhana antara dua pihak yang melampau. Di dalam bahasa Arab wasatan juga membawa erti adl iaitu benar, lurus dan betul.
Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau Al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya akal semata-mata tidak mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran yang mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran yang merupakan wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara kehendak manusia dan agama. Keseimbangan ini tidak mungkin akan kita dapati di dalam ajaran agama atau kitab-kitab suci yang lain selain Al-Quran.

Dasar Perimbangan
Manusia terdiri dari dua unsur iaitu roh dan jasad atau rohani dan jasmani. Salam yang diarahkan oleh Allah terhadap naluri manusia bukan untuk jasad sahaja dan bukan untuk roh sahaja tetapi untuk kedua-duanya sekali, iaitu untuk jasmaniah dan rohaniah. Ertinya salam yang berimbangan antara keduanya. Oleh yang demikian Allah mengarahkan setiap salam supaya memohon kepadaNya sekali pada tiap-tiap kali selepas sembahyang agar berdoa. FirmanNya yang bermaksud: “Wahai tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jagalah kami (jauhkan kami) dari keazaban api neraka. ” (al-A’ raf, 7:31)

Salam dalam kehidupan hanya terwujud jika manusia tidak melewati batas dalam usahanya mewujudkan salam atau kesejahteraan kepada jasmani sahaja atau rohani sahaja. Apabila jasad sahaja yang diutamakan mungkin ia selamat atau senang tetapinya tersiksa, sebaliknya jika roh sahaja yang dipentingkan mungkin rohaniah selamat, tetapi jasmaniah merana dan tersiksa di dunia. Oleh itu Allah melarang manusia batas. Firman Allah yang bermaksud: “Makan minumlah kamu dan kamu jangan melewati batas, sesungguhnya Ia tidak kasihkan orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A’ raf, 7:31)

Prinsip ilmu kesihatan bersesuaian dengan ayat ini sebab makan minum yang sederhana itulah yang dapat mencegah penyakit daripada badan, makan dan minum yang berlebihan akan mendatangkan penyakit. Allah menyeru ahli kitab dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad supaya mereka mereka tidak melewati batas atau melampaui sempadan. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu. ”

Apabila manusia tidak boleh melewati batas dalam urusan rohaniah dan jasmaniah dan tidak berlebih-lebihan dalam urusan akhirat dan tidak berlebihan dalam urusan dunia, maka jalan seperti itu akan membawa manusia kepada “jalan tengah” di antara dua jalan yang bertentangan.

Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam agama, membantah ajaran-ajaran penyeksaan diri demi agama. Ini dibuktikan dengan kebenaran memakan makanan yang lazat-lazat dan memakai perhiasan, asal tidak berlebih-lebihan dan tidak bersikap sombong.

Sebagaimana Allah telah menjadikan Rasul-Nya tauladan yang baik bagi umat manusia, maka umat Islam pula harus menjadi tauladan atau contoh yang baik kepada umat yang lain. Apabila kita mengikuti jalan tengah, tidak melewati batas ke kiri atau ke kanan maka perseimbangan antara ke duanya telah tercapai. Seterusnya tertempuhlah jalan lurus yang diistilahkan oleh Al-Quran dengan “al-sirat al-mustaqim” iaitu pada setiap kali sembahyang dan pada setiap raka’at ketika membaca al-Fatihah.

Aspek-aspek Kesederhanaan Islam
Walaupun lahirnya berbagai mazhab dan perbezaan pandangan di kalangan umat Islam, namun kesederhanaan masih menjadi tunggak kepada mereka dalam berijtihad atau mengemukakan pandangan. Terdapat tiga aspek yang menjadi pembahagian utama kepada ilmu-ilmu Islam :

Pertama : Pemikiran Islam dan Aqidah
Medan pemikiran Islam dan Aqidah juga diresapi oleh roh kesderhanaan di mana ajaran Islam selari dengan fitrah semulajadi manusia yang dicipta oleh tuhan. Konsep paksaan tidak diamalkan oleh Islam dalam seruannya untuk mengajak manusia beriman kepada Allah. Bahkan Islam memberi pengiktirafan yang selayaknya terhadap akal sebagai jalan untuk manusia menerima Islam. Islam mengajak manusia berfikir dengan melihat kepada alam kehidupan mereka dan rahsia-rahsia alam untuk mendorong mereka menerima ketuhanan Allah.

Keseimbangan di antara wahyu dan akal dalam persoalan aqidah merupakan kesederhanaan Islam menggabungkan fitrah manusia yang sempurna untuk menerima Allah sebagai tuhan dan hujah-hujah akal yang diterima oleh semua manusia. Ibn Hazm menegaskan bahawa “ tidak benar sekiranya mereka ingin membuktikan kesahihan iman dengan mengemukakan dalil-dalil akal semata-mata. ” Pandangan Ibn Hazm itu menerangkan kesederhanaan Islam dalam mengimbangi antara tuntutan akal dan wahyu mengenai persoalan aqidah.

Kedua : Tasawuf
Jika ditinjau pada aspek akhlak, Islam tidak hanya mengetengahkan teori akhlak yang berbentuk ideal kerana pada pandangan Islam, akhlak merupakan tingkah laku dan amalan seharian manusia. Kesempurnaan akhlak pada pandangan Islam diukur pada hukum wajib yang ditentukan oleh agama berpandukan kepada sifat dan nama Allah yang maha agung.

Ketiga : Aspek Perundangan (Fekah)
Perundangan Islam mempunyai ciri yang tersendiri dalam memastikan keadilan terlaksana dalam pelaksanaannya. Ianya tidak dapat diubah walaupun berbeza keadaan dan tempat kerana ianya adalah suatu yang tetap dan pasti dari Allah. Hukukm-hukum perundangan Islam mempunyai ciri keseimbangan antara wahyu dan akal, Nas dan realiti masyarakat, matlamat dan cara.

Kesederhanaan Perundangan Islam
Ciri kesederhanaan Islam dalam perundangan dapat dilihat dengan jelas antara Syariah Islam dan undang-undang ciptaan manusia. Syariah adalah perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah kepada manusia melalui RasulNya yang berkaitan dengan aqidah, akhlak dan perundangan. Fekah pula bererti hukum-hukum yang diambil daripada Al-Quran dan hadis Nabi serta sumber-sumber yang disepakati oleh ulama Islam. Ini bererti Fekah merupakan hasil ijtihad ulama Islam daripada wahyu dan hadis Nabi sedangkan syariat pula adalah suatu yang pasti dan mutlak datangnya dari Allah. Menurut kata lainnya syariat Islam adalah terpelihara dan pasti kebenarannya berbeza dengan hukum-hukum fekah yang bersifar ijtihad semasa daripada nas-nas tersebut.

Undang-undang sivil ditakrifkan sebagai himpunan kaedah dan peraturan umum yang menghukum tingkah laku individu dalam masyarakat manusia dan hubungan sesama mereka. Hukumannya adalah berbentuk lahiriah dengan ditentukan oleh hakim. Undang-undang sivil yang dijalankan mengikut waktu dan tempat tertentu akan berubah apabila masyarakat dan suasana berubah.

Walaupun terdapat persamaan antara undang-undang sivil ciptaan manusia dengan fekah Islam, namun masih terdapat perbezaan yang ketara di antara Al-Quran dan hadis sedangkan undang-undang sivil berubah mengikut tuntutan keperluan masa dan tempat.

Konsep kesederhanaan diterapkan dalam perundangan sivil. Konsep tersebut bukannya suatu pengukuran yang universal dan mutlak malah sentiasa berubah mengikut situasi dan keadaan.

Ciri-ciri Kesederhanaan Syariah Islam
Jika dirujuk kepada kaedah usul fekah dan mazhab fekah Islam yang berbagai-bagai kita akan dapati terdapat petunjuk yang jelas mengenai kesederhanaan syariah Islam. Kesederhanaan itu pastinya dari Al-Quran dan hadis Nabi yang telah disaring dan ditafsirkan oleh ulama Islam mengikut suasana dan fahaman mereka. Namun pentafsiran tersebut tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ciri-ciri kesederhanaan syariah Islam adalah seperti berikut:
1. Keseimbangan antara Nas Syarie dan realiti kehidupan
Nas-nas yang datang dari Al-Quran dan hadis yang sohih merupakan hukum yang pasti. Hukumnya adalah pasti dalam soal yang diperkatakan oleh nas tersebut. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih tidak datang dalam bentuk pasti melainkan dalam soal-soal ibadah tauhid sahaja. Manakala aspelk lain seperti sosial, pemerintahan, perniagaan dan hubungan antara manusia datang dalam bentuk zanni. Perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia tidak disebut hukumnya dalam syariah Islam dalam bentuk pasti kerana tabiat kehidupan manusia itu berubah-ubah. Nyatalah bahawa Islam dalam perundangannya mengambil kira soal hubungan kehidupan manusia yang berubah-ubah dengan tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi antara nas dan realiti kehidupan.

2. Perbezaan antara ideal dan realiti
Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka sebelum sesuatu hukum dilaksanakan. Islam juga menggalakkan umatnya melakukan perkara-perkara yang membawa mereka ke suatu tahap yang paling ideal, contohnya amalan sunat. Amalan tersebut bukanlah suatu yang diwajibkan oleh Islam tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang mencari keredhaan tuhannya. Kesemua hukum taklif yang diwajibkan oleh Islam terhadap umatnya adalah dalam lingkungan kemampuan dan upaya manusia. Sebagai contoh dalam pemilikan harta, Islam mengiktiraf pemilikan harta individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri manusia.

3. Keseimbangan antara kehendak individu dan masyarakat
Ciri perundangan Islam itu dapat dilihat pada nas-nas syara’ (Al-Quran dan Sunnah) di mana nas-nas tersebut mengimbangi antara kehendak individu dan maslahat umum, tidak dipinggirkan kehendak individu kerana maslahat umum seperti sistem sosialis dan tidak diabaikan maslahat umum kerana kepentingan pemodal seperti sistem kapitalis. Dalam persoalan hubungan kekeluargaan, segala hukum tanggungjawab yang dikenakan ke atas semua ahli keluarga adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah keluarga yang harmonis.

4. Keseimbangan antara matlamat dan cara
Hubungan antara cara dan matllamat hampir tidak terdapat di dalam perundangan yang lain selain Islam. Kesederhanaan hubungan antara matlamat dan cara hanya terdapat dalam perundangan Islam sahaja. Perundangan Islam mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk menggabungkan antara cara dan matlamat dengan pendekatannya yang tersendiri iaitu melalui kaedah “Sadul zaraie”. Pendekatan ini tidak terdapat dalam mana-mana perundangan sivil yang menilai matlamat suatu hukum itu terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam pula melihat kepada pendekatan “cara berpandukan matlamat”. Ianya menrupakan lunas akhlak di samping perundangan yang adil yang menggambarkan kesederhanaan perundangan Islam yang sempurna.

Kesimpulan
Umat Islam adalah ummatan wasatan, umat di tengah, umat pengimbang, pembimbing dan teladan kepada manusia sejagat. Ummatan wasatan menjadi saksi ke atas manusia dalam erti membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah dengan sikap seadil-adilnya. Rasulullah s.a.w sendiri menjadi saksi kepada umat Islam. Junjunganlah yang memberikan petunjuk mana yang benar dan mana yang salah.

Rujukan

Dr. Haron Din (1990) Manusia dan Islam Kuala lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Rasyid Ridha (1991) Wahyu Ilahi Kepada Muhammad Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAHMUDAH vs MAZMUMAH


10 SIFAT MAHMUDAH
  1. Taubat
  2. Khauf - takut
  3. Zikr al-Maut - Ingat Mati
  4. Mahabbah - kasih sayang
  5. Zuhud
  6. Tawakkal
  7. Ikhlas
  8. Syukur
  9. Redha
  10. Sabar.


    10 SIFAT MAZMUMAH
  11. Ghadab - marah
  12. Hasad Dengki
  13. Bakhil - kedekut
  14. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
  15. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
  16. Hubb al-Jah - Gila Kuasa
  17. Hubb al-Dunya - Gila Dunia
  18. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
  19. Takabbur - Sombong
  20. Riya' - menunjuk-nunjuk.

Friday, December 30, 2011

KUIH BAKAR ALA FIRDAUSI

 Assalammualaikum..selamat petang dan salam ceria di hari Jumaat.. Hari ni nak berkongsi resepi Kuih Bakar ala Firdausi..heheh.. Encik Husband asyik nak makan kuih bakar jer.. tapi tak sempat nak membelinya.. akhirnya nekad untuk  cuba buat sendiri..setelah menggunakan khidmat Pakcik GOOGLE..alhamdulillah menjadi.... bangga dan bersemangat lagi.. hehehe.. rasa? boleh la tahan.. tapi saya tak leh makan banyak...kenapa? kalau nak tahu acu baca gak kat SINI okla.. selamat mencuba yer
 
 
 
 
 
BAHAN-BAHANNYA:

1 cup jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cup gula
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan pekat ( atau 250ml santan pekat )/  2 cawan susu cair
1 tbspoon butter
4 biji telur
1/2 teaspoon garam
pewarna hijau sekiranya guna esen pandan, kalau guna daun pandan tak perlu dah pewarna.
sedikit bijan


CARA-CARANYA:

1) daun pandan tadi dihiris dan diblender bersama 200 ml air.
2) setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.
3) campurkan semua bahan-bahan tadi gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. mix guna mixer atau blender sampai sebati.
4) sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.
5) bila minyak dah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree sampai brown dan garing.

Thursday, December 29, 2011

Treat yourself to a new hair colour and hair treatment by professionals at #topnloving #milkdeal

Treat yourself to a new hair colour and hair treatment by professionals at #topnloving #milkdeal

Marvellous Friday



Dalam hadis-hadis yang shahih banyak dijelaskan, bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat pertama kali ialah di Madinah, dimana setelah Rasulullah sampai di Quba’ dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda tinggal disitu selama beberapa hari iaitu dari hari Isnin higga hari Khamis. Dalam masa empat hari itu baginda telah membina sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin.kemudian pada hari Jumaat Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. 

Maka baginda terus mengerjakan solat Jumaat di salah satu masjid di dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah. Khutbah Rasulullah SAW yang pertama yang disampaikan ialah mengenai jumlah orang yang mengikuti solat Jumaat dan mengenai syarat jamaah dalam mendirikan solat Jumaat. Tambahan lagi, kaum muslimin wajib mengerjakan solat Jumaat di mana sahaja dia berada. Sebab dinamakan solat Jumaat diantaranya ialah dikerjakan pada hari Jumaat. Selain itu, sesetengah ulama’ berpendapat bahawa dinamakan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjamaah. 

Menurut Al-Allamah Muhammad Ahmad Syakir pula menegaskan bahawa jemaah itu merupakan suatu tuntutan yang berdiri sendiri yang bermaksud mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tanpa ada halangan atau uzur maka ia berdosa. Sementara itu menurut mazhab Imam Syafi’I berjamaah dalam mengerjakan solat Jumaat itu wajib dan termasuk dalam syarat sah mendirikan solat Jumaat. 

Seandainya seseorang meninggalkan atau tertinggal atau tidak sempat menunaikannya harus menggantinya dengan solat Zohor. Solat Jumaat ialah solat dua rakaat sesudah khutbah pada waktu Zohor di hari Jumaat. Hukumnya ialah fardu Ain, ertinya wajib keatas tiap-tiap lelaki yang dewasa, yang beragama islam, merdeka dan bermaustatin. Tidak wajib keatas perempuan, kanak-kanak, hamba sahaya dan orang yang sedang dalam perjalanan.

Firman Allah SWT; 
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu disuruh untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingat Allah dan tinggallah jual beli”. (Al-Jum’ah:9)
Kemudian Raulullah bersabda; 
“Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjamaah bersama-sama, kecuali empat macam, hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak, dan orang sakit.” (HR Abu Daud dan Hakim)
Antara halangan dalam mengerjakan solat Jumaat pula ialah kerana sakit yang memudaratkan dan hujan iaitu apabila hujan itu menimbulkan kesukaran seseorang itu hendak ke masjid. Khutbah Jumaat mempunyai rukun dan syarat. Antara rukun dua khutbah Jumaat ialah mengucap puji-pujian kepada Allah, selawat keatas Rasulullah SAW, mengucap syahadah, berwasiat atau memberikan nasihat, membaca ayat Al-Qur’an pada salah satu khutbah, mendoakan untuk mukminin dan mukminat pada khutbah kedua. 


Antara syarat-syarat dua khutbah pula ialah hendaklah kedua-dua khutbah itu dimulai sesudah tergelincir matahari, sewaktu berkhutbah khatib hendaklah berdiri jika berkemampuan, ksatib hendaklah duduk di antara dua khutbah, hendaklah bersuara jelas mudah didengari oleh siding Jumaat, hendaklah berturut-turut(baik rukunnya atau jarak keduanya mahupun dengan solat), khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis dan khatib harus menutup aurat. 

Hikmah mengerjakan solat Jumaat pula ialah dapat mendidik umat Islam untuk hidup bermasyarakat dengan tertib dan teratur. Selain itu, solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan yang sangat tinggi disamping bertujuan menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan rasa kasih sayang sesama umat Islam. Tambahan lagi dapat membangun persatuan kaum muslimin yang kuat dan dapat memuhasabahkan diri.

HIKMAH HARI JUMAAT

Antara hikmah-hikmah yang terdapat dalam buku ini ialah hari yang paling utama. Disini terdapat dua hadis yang menyatakan hari Jumaat adalah hari yang paling utama. Yang pertama, Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda : 
“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW menjelaskan.
“Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Hikmah yang kedua yang boleh diperoleh pada hari Jumaat ialah masa yang mustajab untuk berdoa. Pada hari Jumaat ini adalah masa yang paling bagus dan mustajab jika kaum Muslimin berdoa dan mengharap sesuatu daripada Allah SWT. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin Abdil munzir, Rasulullah SAW bersabda: 
“Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan labia besar dari Hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan di dalamnya ada lima kelebihan iaitu, hari Allah menjadikan Nabi Adam as, hari Allah menurunkan Nabi Adam as ke bumi, hari wafatnya Nabi Adam as, pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram dan pada hari itulah akan berlakunya kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrab di langit atau dibumi melainkan ia merasa khuatir(sayang) pada hari Jumaat”
Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah, Rasulullah ada menyebutkan; 
Sesungguhnya Rasulullah membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata. “ Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Yang ketiga ialah hari penambahan kurnia. Banyak hadis yang menerangkan bahawa hari Jumaat ini merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya. Hikmah yang keempat ialah hari penuh keampunan dan barakah. Yang kelima ialah hari untuk umat Muhammad SAW. Allah berfirman: 
“Hai Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk Al-Khalil Ibrahim hari Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam hari Khamis dan untuk Muhammad SAW beserta umatnya hari Jumaat” Menurut keterangan Rasulullah SAW hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Hikmah yang keenam pula ialah terpelihara dari fitnah kubur iaitu orang-orang yang matinya pada hari atau malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis ada menyatakan : “Dari Abdullah bin Amr ra. Dari Nabi SAW beliau bersabda: Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)
Hikmah yang ketujuh ialah baik untuk melangsungkan pernikahan. Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab: 

"Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan." 

Kemudian sahabat bertanya lagi: 

"Mengapa demikian ya baginda?" 

Rasulullah SAW pun menjawab:

Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf as dengan Siti Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis, Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.

AMALAN MALAM JUMAAT

Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat yang boleh kita lakukan ialah yang pertama membaca surah Al-Kahfi. Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat. Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin. Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ;
“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.” 
Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad SAW telah menyebut dalam hadisnya : 
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : 
“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah SAW bersabda: 
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)
Amalan yang keempat yang boleh dilakukan ialah solat malam Jumaat. Iaitu solat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Ishak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh islam. 

Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SAW mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.

Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin, malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak. 

Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail(solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain. Kemudian banyakkan zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT. Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; 
“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.
AMALAN DI SUBUH JUMAAT

Pada subuh di hari Jumaat kita masih dituntut supaya memperbanyakkan amal kepada Allah SWT walaupun pada malam hari kita sudah banyak melakukan amal ibadah kepada Allah SWT. Di antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada subuh Jumaat iti ialah yang pertama doa sebelum solat subuh. 
“Aku memohon keampunan dari Allah SWT, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup lagi yang Berdiri dengan Sendirinya, aku bertaubat kepada-Nya”
Doa ini dibaca sebanyak tiga kali. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang ada pada kita seterusnya diri kita terhindar dari perbuatan dosa kecil mahupun dosa besar. 

Amalan yang kedua ialah membaca surah As-Sajadah dan membaca surah Al-Insan. Surah surah ini diharapkan dapat diamalkan. 

Amalan yang ketiga ialah memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Setelah mengerjakan solat Jumaat atau solat-solat wajib yang lain maka usahakanlah dengan banyak mengingat Allah SWT dengan berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT. 

Amalan yang keempat pula berselawat keatas Rasulullah SAW. Terdapat banyak selawat yang boleh kita amalkan, baik pada hari Jumaat mahupun pada hari-hari yang lain. Selawat terhadap Rasulullah SAW mempunyai keutamaan atau fadhilat. Antara selawat yang mempunyai banyak fadhilat ialah selawat yang dapat menghapuskan dosa selama 80 tahun dimana dilakukan membaca selawat setiap sesudah Ashar pada hari Jumaat sebanyak 80 kali. Selawatnya ialah; 
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”
Selain itu, selawat yang kedua ialah dapat mengangkat darjat dan kebaikan. Barangsiapa yang membaca selawat yang bermaksud:
“Ya Allah, wahai zat yang kekal anugerahnya kepada manusia. Wahai Zat yang membuka tangan yang luas dengan pemberian. Wahai Zat yang mempunyai pemberian-pemberian yang murni, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia di dalam akhlaknya. Ampunilah aku, wahai Zat yang memiliki keluhuran pada malam ini.” 
10 kali pada malam Jumaat atau siang hari Jumaat, maka Allah menetapkan baginya sejuta kebaikan, dan menghapus sejuta dosa daripadanya serta mengangkat sejuta darjat untuknya. Selawat yang mendapat fadhilat yang ketiga pula ialah selawat mohon hajat dunia dan akhirat. 
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada ahli keluarga baginda.” 
Sesiapa yang membaca selawat ini sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan mendatangkan kepadanya 100 hajat dimana yang 30 di dunia dan selebihnya di akhirat. Seterusnya ialah selawat mohon Husnul khatimah. Selawat yang bermaksud;
“Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamtan atas junjungan kita Nabi Muhammad dan para keluarga serta sahabat baginda dengan jumlah segala sesuatu yang ditulis oleh Qalam Tuhan.” 
Keutamaan selawat ini jika dibaca 10 kali sesudah solat maghrib akan meninggal dunia (Husnul Khatimah) dengan membawa kebaikan dan keimanan. Selawat-selawat yang lain yang mempunyai keutamaan dan fadhilat ialah selawat murah rezeki dan menghindari bahaya. Keutamaannya apabila membaca selawat ini nescaya akan terhindar dari segala bahaya, serta memperoleh rezeki dengan mudah. 

Akhir sekali selawat agar mendapat keampunan Allah SWT. Dengan membaca selawat ini sebelum duduk maka dosanya sebelum duduk diampunkan begitu juga jika membaca selawat ini sebelum berdiri maka dosanya sebelum berdiri diampunkan Allah. 

Amalan di subuh hari yang seterusnya ialah memperbanyakkan doa. Pelbagai doa yang boleh kita amalkan sebagai umat Islam seperti doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat, doa mendapat kenikmatan (syurga ) Illahi, doa menjauhi gangguan syaitan supaya terlindung dari hasutan dan godaan syaitan, doa agar diampunkan dosa, doa agar terhindar perkara buruk seperti fitnah hidup atau fitnah mati dari tekanan hutang mahupun dari gangguan manusia, doa mohon rahmat dan ampunan Allah, doa terhindar dari segala bencana, doa meluruskan hati iaitu doa memohon petunjuk, doa memohon ampunan lahir dan batin, doa mohon perlindungan daripada kemarahan Allah dan doa memenuhi urusan dunia dan akhirat. 

Selain itu terdapat banyak lagi doa yang dapat kita amalkan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Semua itu merupakan rendah hati seorang hamba terhadap Allah SWT, sehingga segala sesuatu yang ada didunia merupakan pemberian Allah semata-mata. Oleh itu hanya kepada Allah kita memohon dan menyerah diri serta mengadu nasib, agar segala sesuatu yang kita hajatkan dikabulkan Allah SWT.

AMALAN SIANG JUMAAT

Beberapa amalan menjelang solat Jumaat yang patut dilakukan oleh umat Islam, antaranya ialah melakukan solat sunat Dhuha. Solat sunat dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu di antara jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi dengan jumlah rakaat yang tidak terbatas dari dua rakaat hingga dua belas rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Selain itu, kita harus mandi sebelum pergi solat Jumaat untuk menghalang bau yang tidak sedap di badan. Seterusnya, memakai wangi-wangian. 

Amalan yang keempat ialah bersegera ke solat Jumaat. Ini kerana, pergi ke solat Jumaat dengan segera mendapat pahala yang besar sekali. Yang kelima pula mengerat kuku dan mencukur misai. Yang keenam doa ketika pergi ke masjid supaya mendpat petunjuk daripada Allah dan mendapat cahaya keimanan. Yang ketujuh ialah berjalan kaki dan tidak terburu-buru kerana setiap langkah tanpa berkenderaan mendapat labia banyak keutamaan dari yang cepat sampai dengan berkenderaan. 

Amalan yang kelapan ialah mengamalkan doa masuk masjid pada hari Jumaat untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. 

Amalan seterusnya ialah apabila berada di dalam masjid jangan melangkah tengkuk orang lain iaitu jangan melangkahi tengkuk orang-orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang dihadapan. Yang terakhir ialah memperbanyakkan berzikir dan berdoa antaranya membaca al-Qur’an, berzikir, berdoa, dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sebaik-baiknya gunakan hari Jumaat dengan benar-benar kusyuk dalam beribadah dan mengharap keampunan dari Allah SWT dan hindarkan dari membicarakan tentang orang iaitu mengumpat dan menyakiti hati orang lain kerana pada hari Jumaatlah hari yang boleh kita manfaatkan untuk memenuhi ibadah selain mendapat pahala yang berlipat kali ganda berbanding hari-hari yang lain.

Selain itu juga terdapat beberapa amalan selesai solat Jumaat yang dapat diketahui dan diperaktikkan dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Setelah selesai mengerjakan solat Jumaat, usahakanlah untuk membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk menambah pahala yang besar dari Allah SWT. Antaranya ialah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tujuh kali. Kemudian membaca surah Al-Falaq sebanyak tujuh kali, surah An-Nas sebanyak tujuh kali juga. Yang keempat membaca doa yang mendapat keutamaan sebanyak tiga kali dan jika bersanggupan sebaik-baiknya 70 kali. 

Doanya bermaksud; 
“Wahai Tuhanku, wahai Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha terpuji, wahai Tuhan yang menciptakan sesuatu dari permulaannya, wahai Tuhan yang mengembalikan hidup sesuatu. Wahai Tuhan yang Maha Rahim yang Maha Penyayang, limpahkanlah kecukupan kepadaku dengan barang-barang yang halal hingga aku tidak memerlukan barang yang haram dan perkayakanlah akan daku dengan keutamaan-Mu dari segala orang yang selain-Mu.”
Amalan yang kelima ialah mengerjakan solat sunat Ba’diah Jumaat setelah selesai solat Jumaat. Setelah selesai semua yang dinyatakan diatas bolehlah bertebar mencari rezeki seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah SWT:
“Apabila telah ditunaikan sembahyang maka bertebarlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”
Oleh itu janganlah menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada hari Jumaat kerana pelbagai ibadah yang dapat kita lakukan pada hari Jumaat seperti yang telah diterangkan sebelum ini jadi penuhilah ia dengan sebaik-baiknya.

PENUTUP

Nabi Musa as seta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu manakala Nabi Isa as pula pada hari Ahad. Nabi ibrahim as pula memiliki hari Isnin sebagai hari keutamaannya. Hari seterusnya iaitu hari Selasa dimiliki oleh Nabi Zakaria as. Hari Rabu dipegang oleh Nabi Yahya as sebagai hari keutmaannya. Nabi Adam as pula memiliki hari Khamis dan Allah SWT menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya iaitu umat Islam pada masa sekarang kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.

Pada hari Jumaat Allah SWT telah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari inilah terciptanya Nabi Adam as, turunnya Nabi Adam as ke bumi serta hari wafat baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. 

Hari Jumaat adalah hari yang paling besar disisi Allah SWT, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Illahi yang berkemungkinan akan dimakbulkan selagi tidak meminta yang tidak sepatutnya. Pada hari Jumaatlah hari yang harus kita penuhi dengan sebaik-baiknya dengan beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, manfaatkan hari Jumaat yang akan datang dengan pelbagai amal ibadah yang boleh kita lakukan selagi kita mampu mengerjakannya.

Wednesday, December 28, 2011

Saya Minta....

"Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu...Saya sedih & kecewa. Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka....tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."

Jom Join...

Jom Kita join .. manalah tahu ada rezeki..>>>> //www.facebook.com/carlorinosg?ref=ts

JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA


PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.

Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

-- BERNAMA

3 hari lagi

Asslammualaiku..salam ceria di petang hari.. tik tok tik tok  sekejap je masa.. 3 hari lagi kita nak tinggalkan tahun 2011. Dan kita akan menyambut tahun 2012...  aduyai.. sekejap je kan masa berlalu... tahun bertambah, umur pun makin meningkat...  tup tup tahun depan dah 30 tahun dah.. ...semoga segala matlamat dan target dapat di capai pada tahun depan..InsyaAllahhh...okla bye....

Monday, December 26, 2011

Bila.....

♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
...
:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

:♥:Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH

Sunday, December 25, 2011

Golongan Orang Syahid~

Golongan Orang Syahid~
1. Gugur dijalan Allah.
2. Meninggal kerana penyakit pes.
3. Meninggal kerana tenggelam.
4. Meninggal kerana penyakit perut.
5. Ibu yang meninggal kerana melahirkan anak.

Dari Rasyid bin Hubaisy: Rasulullah menziarahi 'Ubadah bin Al-Shamith yang sedang sakit. Beliau bertanya,"Tahukah kalian, siapa orang yang mati syahid dari umatku?" Orang-orang yang ada disana diam saja. Lalu, 'Ubadah berkata,"Bantulah aku untuk duduk!" Mereka pun menyandarkannya,'Ubadah berkata,"Iaitu orang yang sabar dan selalu bersyukur, ya Rasulullah!" Kemudian baginda bersabda,"Jika demikian, para syahid dari umat-ku jumlahnya sangat sedikit. Orang yang gugur dijalan Allah adalah syahid, orang yang meninggal kerana penyakit pes (tha'un) adalah syahid, orang yang mati tenggelam adalah syahid, orang yang meninggal kerana penyakit perut adalah syahid, dan ibu yang meninggal kerana melahirkan anak akan ditarik ke syurga oleh anaknya kelak." (H.R Muslim dan Abu Dawud)



P/s:  Takziah Buat Ex-unitar- Puan Noria Binti Idris kerana telah pulang ke rahmatullah  sebab komplikasi selepas bersalin..Semoga arwah ditempatkan dalam golongan org yang soleh dan para syuhada..amin...

6 days...

Assalammualaikum..salam  ceria dn selamat pagi.. lama sungguh tak mengupdate blog ni.. sedikit kebizian dan ketidaksihatan  yg menjadi  halangan sebenarnya.. tik tok tik tok..
lagi nak sambut tahun  2012..sekejap je tahun  2011... hurm... begitula masa-masa akan datang pun mcm ni jugakla.. berlalu tanpa disedari..banyak dugaan, halangan dan kegembiraan di lalui sepanjang tahun 2011, apa-apa pun  itulah lumrah kehidpuan kita dan tak boleh dielakkan lagi..cuma kesabaran dan ketabahan jer  yang akan mengatasi segala kesusahan dan kesengsaraan.. oklah nanti saya update lagi..  ta..ta..ti..ti.. Tu..Tu

Pelbagai penambahbaikan skim baru penjawat awam masih samar, tiada hitam putih


BUDAYA mengugut seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya 1.4 juta kakitangan awam ‘menandatangani borang kosong’ opsyen penerimaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh dua minggu, mulai 16 Disember lalu perlu diselesaikan segera kerana ia bukan perkara mudah seperti dianggap JPA.

Kekecewaan diluahkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman sehingga mahu mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini, khususnya mengenai kelemahan skim baru berkenaan seharusnya membuka mata kepada pelbagai pihak, khususnya Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Mekanisme pelaksanaan skim pemisah atau exit policy dalam SBPA bagi mereka yang menerima markah kurang daripada 70 peratus bagi tiga tahun berturut-turut selepas penilaian dibuat pegawai mereka, sekali gus boleh dibersarakan awal berbanding 50 peratus ketika Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kegagalan JPA menyediakan jadual tangga gaji SBPA untuk diteliti kakitangan awam menjadi isu pokok yang dipertikaikan CEUPACS.

Ini belum lagi membabitkan soal kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki. Paling janggal apabila JPA tidak memanggil langsung wakil CUEPACS ketika merangka SBPA, sedangkan ia membabitkan masa depan 1.4 juta kakitangan awam.

“Saya yakin Perdana Menteri tidak tahu wujud kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab (JPA) menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham masalah kami.

“Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim itu sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata Omar ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM), tiga hari lalu.
SBPA diumumkan Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada Oktober lalu bagi menggantikan SSM mulai awal tahun depan, menawarkan pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam melalui skim pencen, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Matlamat murni SBPA mahu mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi pada masa depan pastinya akan menempuh onak dan duri jika pada peringkat mahu dilaksanakan lagi menimbulkan pelbagai persoalan, selain mendapat bantahan kesatuan yang memayungi perkhidmatan awam.

“Ini hanya mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar minum bersama pegawai di kantin pejabat supaya mereka dinilai dengan markah yang baik setiap tahun,” kata Omar.

Sama ada sedar atau tidak, JPA seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang perlu ditanggung kerajaan, terutama ketika kepemimpinan negara di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sedang rancak menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Mahu atau tidak, perlu diakui, Parlimen Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran kerajaan amat memerlukan sokongan kakitangan kerajaan yang ketika ini menjadi 90 peratus daripada pengundi di kawasan itu. Paling menarik, 90 peratus daripada pengundi di situ adalah daripada kumpulan sokongan.

Hakikatnya, kakitangan awam adalah penyokong kuat kerajaan dan sewajarnya suara hati mereka didengar dan diberikan perhatian. Mereka bukan meminta di luar kemampuan kerajaan, sebaliknya mengharapkan kerajaan membela hak atau sekurang-kurangnya mendengar dulu masalah mereka. Ini peluang terbaik bagi kerajaan, khususnya JPA mendengar rungutan mereka sebelum PRU-13 datang.

Pilihan raya umum pada 1999 menyaksikan Terengganu di bawah kepemimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ‘terlepas’ daripada BN ke tangan PAS kerana ‘gelombang hijau’ begitu ketara dalam kalangan kakitangan awam. Pendekatan ‘Acu Ubah Sekali’ berjaya menguasai minda kakitangan awam yang akhirnya mengundi pembangkang, selain faktor ‘cah keting’ dalam kalangan kepemimpinan UMNO negeri ketika itu.

Keprihatinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menghargai usaha CUEPACS mahu menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA memperlihatkan komitmen beliau yang mahu isu ini diselesaikan segera.

“Tujuan kerajaan ialah membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi jika mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan supaya perkara itu boleh ditangani,” katanya sekali gus menggambarkan ruang perbincangan antara JPA dan CUEPACS masih terbuka luas.

Kita berharap ‘kata dua’ Abu Bakar sebelum ini hanya penjawat awam yang mempunyai alasan munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh 31 Disember ini seperti sakit atau berada di luar negara dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama, sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan dikaji semula demi mendapatkan keadaan ‘sama-sama menang.’

Dasar pemisah atau exit policy yang ketika ini menjadi isu utama SBPA sewajarnya diteliti semula bagi mengelakkan pandangan kononnya dasar itu sama seperti mahu dilaksanakan pembangkang, terutama DAP bagi mengurangkan jumlah kakitangan awam jika berjaya menguasai Putrajaya.

Monday, December 19, 2011

SOLAT JAMAK

SOLAT JAMAK DAN QASAR
 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.