klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Sunday, May 27, 2012

Ke Makam Bonda


SYOR CUTI TANPA REKOD STAF AWAM WANITA


Utusan Malaysia
26/5/2012

KOTA KINABALU 25 Mei - Penjawat awam wanita yang telah berkeluarga mungkin mendapat imbuhan baru apabila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan mereka diberi cuti tanpa rekod 14 hari setahun.Presidennya, Datuk Omar Osman  berkata, mengambil kira banyak perkara yang terpaksa diuruskan oleh golongan tersebut, pihak kesatuan bersetuju mengusulkan perkara itu bagi dibincangkan dalam lembaga suruhanjaya.
Katanya, cuti tanpa rekod yang diberikan oleh kerajaan 14 hari setahun itu boleh dianggap sebagai satu lagi cara kerajaan menghargai sumbangan golongan penjawat awam wanita terhadap pembangunan negara."Cadangan itu dibuat atas dasar kebajikan dan menghargai sumbangan penjawat awam wanita yang telah berkeluarga kerana mereka banyak terlibat dalam menguruskan hal keluarga," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam bersama Presiden CUEPACS di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Omar berkata, sejak cuti rehat dikurangkan pada 1 Januari 2009 dan waktu anjal berkhidmat golongan wanita ditamatkan, golongan wanita sering berhadapan dengan masalah kehabisan cuti.Menurutnya, mereka terpaksa menguruskan pelbagai masalah dan hal keluarga yang menyebabkan golongan tersebut habis cuti tahunan dengan lebih cepat berbanding lelaki.
Katanya, meskipun cuti umum sudah banyak di negara ini, ia dilihat masih tidak cukup untuk golongan tersebut kerana mereka turut dibebani dengan banyak tanggungjawab lain.
Sementara itu, kata Omar, cadangan lain yang akan dikemukakan kepada lembaga suruhanjaya adalah berhubung pengeluaran gratuiti lebih awal kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 atau 25 tahun.
Menurutnya, golongan tersebut dicadangkan boleh mengeluarkan pampasan kerja itu pada kadar 20 atau 25 peratus untuk kegunaan membaiki rumah, mengerjakan umrah dan menyambung pelajaran bagi diri sendiri atau ahli keluarga. Jelasnya, ia dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengurangkan kadar golongan penjawat awam yang berhutang.

Saturday, May 26, 2012

4 CADANGAN CUEPACS -HARGAI 630,000 PENJAWAT WANITA


  • Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
  • Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
  • Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
  • Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.

Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.

“Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.

“Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.

Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.

“Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.

“Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.

Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka
 
 
 SUMBER >>>>http://cuepacs.blogspot.com/

Tuesday, May 8, 2012

POTONG KUKU



 Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam

najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

JOM HILANGKAN STRESS

STRESS !!!
"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

... Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat diminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah...

Pak Mat menjadi terlalu stress tahap gaban!
 
p/s:   tukang baa ni pun  leh hilangkan stress 

SUMBER FACEBOOK

KEBAIKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran yg boleh kita amalkan dalam diet seharian bagi mencegah kanser sebagaimana ygdisarankan oleh Canser Cure Foundation

  .

Avokado 
- Kaya dengan glutathione, antioksidan kuat yg menyerang radikal bebas dalam tubuh dengan menyekat penyerapan lemak tertentu oleh usus





.

Brokoli, kubis, dan bunga kubis 
- mempunyai komponen bahan kimia indole-3-carbinol yg boleh menentang kanser dengan menukar estrogen yg meransang kanser menjadi bahan yg lebih melindungi. Brokoli juga mengandungi phytochemicals glucoraphamin yg membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar dan dubur




.

Lobak merah 
- Mengandungi banyak beta kerotina yg boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara



.

Cili 
- Mengandungi Capsaicin yg boleh meneutralkan bahan penyebab kanser.

 

Bawang Putih
 
- Mengandungi sebatian Allium yg meningkatkan aktiviti sel imune yg menentang kanser dan membantu memecah bahan penyebab kanser. Ia juga menyekat karsinogen dari memasuki sel dan melambatkan pembesaran tumor


.

Sayuran Berdaun Hijau dan Kuning
 Membantu mengelakkan kanser perut.

 



Kacang
 - Mengandungi antioksidan yg boleh menyekat pertumbuhan kanser. Juga mengandungi asid lemak omega-3, yg menyekat protien di mana ia menghalang protien yg menambah sensitiviti terhadap karsinogen


.

Oren dan Lemon 

- Mengandungi limonene yg meransang sel imun yg membunuh sel kanser.




Betik 
- Mengandungi vitamin C yg bertindak sebagai antioksidan yg mengurangkan penyerapan nitrosamina penyebab kanser daripada tanah atau makanan yg diproses. Juga mengandungi folacin atau acid folik yg boleh mencegah displasia servik dan kanser tertentu.

 


Keledek 
- Mengandungi beta kerotena yg boleh melindungi DNA daripada bahan kimia penyebab kanser.

 


Jus Epal
 - Minum bersama seratnya (jangan taois) boleh mencegah kanser usus.

 


Teh
 - Teh hijau dan hitam mengandungi antioksidan polyphenol yg mampu mencegah sel kaser daripada berpecah. Daun teh hijau kering juga boleh mengurangkan risiko kanser perut, paru-paru, kolon, rektum, hati dan pankreas.

Monday, May 7, 2012

Pergi Tak kembali Dan Tiada Galang Ganti

Aminnnn.. Semoga Roh Tokki ditempatkan bersama org yang beriman dan beramal soleh.. setelah hampir 2 minggu berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah   dan baru dua hari  iaitu petang jumaat (4 mei ) di bawa pulang ke rumah.Keadaan tokki pada masa itu sangat lemah.. Akhirnya Pada pagi Ahad (6 Mei ) Tokki pergi meninggalkan kami..Allah lebih menyayangi Tokki lagi.. Perginya tiada galang ganti..


Sayang sangat kat arwah tokki dan arwah mak(tok).. dialah ibu dan  bapa saya..sejak umur 15 hari  saya dibesarkan oleh  arwah berdua..masih  teringat lagi kenangan dari kecil sampai besar bersama arwah..pergimu tiada galang ganti..jasaarwah   akan saya kenang sampai bila2..Alfatihahhhhh

Wednesday, May 2, 2012

KENANGAN INTIM 2009

p/s: saje mengimbas kenangan lalu... kemanakah kamu semua????

Tuesday, May 1, 2012

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday