TETAMU SAYA

Sunday, September 30, 2012

Braxton Hicks


 
google image



Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Di saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:

* Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’
* Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.
* Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing
* Sakit perut
* Cirit-birit
* Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi
* Berat badan menurun
* Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa

* Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat
* Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam
* Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm.




 Sumber http://akuazienazirah.blogspot.com/2012/01/apa-itu-braxton-hicks.html

Wednesday, September 26, 2012

7 Hari lagi...

Assalammualaikum..selamat pagi dan salam ceria semua...   dah dekat seminggu tak update blog..  kebizian dan kemalasan sudah melanda diriku dua tiga hari lepas.. Isnin   dan selasa Mc+ cuti.. dapatla berehat tapi disebalik bercuti ni ada kisahnya.. isnin mc + ada checkup perut, selasa cti+ jumpa pakar.. apa2 pun   berakhirla episod check perut dan jumpa pakat  untuk kali ini...mood nak masuk kerja balik mmg dah kelaut..dengan keadaan diri yg tak berapa nak sihat... tapi hari ni  gagahkan diri jugak mari kerja sebabnya  hari ni  khamis last kerja dalam tahun ni.. khamis depan dah kena masuk ward.. haishh..  takut ada.. berdebar ada.. seriau pun ada. apa-apa pun  berserah Pada Nya itu yang paling penting..segala persiapan dah settle cuma ada la skit skit lagi yang tak berapa penting...  hari ni maybe bz skit sebab nak prepare  kerja kerja untuk persediaan audit dalaman dari KDN.. hurmmm mood dah kelaut camna ni...  tolonglaaaaaa




p/s: Semoga selamat belaka.. doakan saya yer kawan2..

Sunday, September 16, 2012

saya sangat.....

Let's Picture Talk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
google image








'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
google image









 hehehe..sesapa yg ada penyakit cam saya jom kita sama-sama mengamalkan doa kat bawah ni
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
google image...




p/s: semoga mood nak update blog kembali lagi....
p/s: minggu ni dan minggu depan sibuk   jumpa pakar , ceckup dan BSp
p/s: tadi doktor pakar bagitahu 7/10 kena masuk wad.. aku sudah  pening.. tarikh sentiasa berubah2
p/s: Alhamdulillah.. baby sihat..segala nya ok.. insyaallah.. tak sampai 3 minggu lagi..
p/s: teruja tgk  image baby di screen ultrasound..baby sedang letakkan tangan kat muka dia tadi.. hehehe...gelak doktor-doktor pelatih dibuatnya..huhuuh

Wednesday, September 5, 2012

MARA CLARA

google image

Mara dan Clara tertukar semasa dilahirkan. Mara seorang yang bijak dan manis tetapi dibesarkan dalam keluarga yang miskin.
Clara pula seorang budak yang bijak tetapi manja ini kerana dia di besarkan dalam keluarga yang kaya raya. Mara dan Clara adalah sahabat yang rapat di sekolah.Tetapi lama kelamaan Clara membenci Mara kerana Clara beranggapan Mara ingin merampas kehidupan
 yang dimilikinya. Clara banyak membuli dan menyeksa Mara.
Sehinggalah rahsia sebenar mereka terbongkar.




p/s: sangat suka kat cerita ni.....!!!!!

Hah??? hari ni dah khamis? betul ker? :P

Assalammualaikum..selamat pagi dan salam sejahtera.. Hari ni terasa sedikit kebingungan..   sebab terasa sekejap jer berlalu satu minggu..  hari ni dah khamis .. mmg sekejap  la masa berlalu.... hehe Perkataaan KHAMIS ni mmg sangat  mmg cukup sinonim dalam diriku.. hehe apa taknya  esok dan lusa leh la baring alma skit..  duk opis asyik duduk jer.. lenguh pinggang ni.. nak tidur cam tak berapa ok sgt sebab bos baru ada..kikiki..  okla...  ayat karangan dah tunggang terbalik.. mood malas dah datang...  nak out duulu.. kalau ada kesempatan  tengahari ni  update lagi... okla byeee

Monday, September 3, 2012

Menu Makan Tengahari :P

 Nasi Putih + Ayam masak kerutub+jus epal
 Ubat ..... hehe  halwa jambu



p/s:  terasa nak makan ayam masak kerutub hari ni... hehehe siap tapau skali ngan air epal suam... hehehe..jemput mkn yer nanti... hehe

Sunday, September 2, 2012

CUEPACS YAKIN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM DISENTUH DALAM BAJET 2013


Bernama
29/8/2012


KUCHING, 28 Ogos (Bernama) -- Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman yakin isu kebajikan penjawat awam akan disentuh dalam pembentangan Bajet 2013, yang dijangka pada 28 Sept ini, selaras dengan usaha menambah baik kualiti perkhidmatan melalui penyampaian berkesan.

Omar, yang juga anggota Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), berkata CUEPACS juga mahu status pekerja kontrak turut mendapat perhatian kerajaan.

"Kebajikan sangat penting dalam mana-mana sektor, sama ada dalam kerajaan atau swasta dan kita mengharapkan satu pembentangan yang baik supaya tidak ada lagi penjawat awam yang bermasalah atau tidak sihat yang akan menyusahkan kawalan," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog di antara ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan Sarawak dengan SKMTPA, yang diketuai pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi di sini.

Dengan adanya pelbagai insentif yang diberi kerajaan, seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) serta ekonomi yang sudah baik, beliau berkata isu yang dibangkitkan selama ini, termasuk kenaikan gaji selain penyelarasan bayaran insentif wilayah dan elaun perumahan, perlu mendapat perhatian kerajaan di dalam belanjawan 2013 nanti.

Bagi meningkatkan lagi produktiviti dan pentadbiran efisien, elaun bantuan sara hidup (COLA) juga perlu diberi kepada penjawat awam di Sarawak, yang berbeza dengan bayaran insentif wilayah, katanya.