Harris, CEO Timur Holdings, adalah seorang jejaka yang tinggi, kacak,
bijak, kaya dan masih bujang, pendek kata, THE PERFECT BACHELOR. Namun
begitu, ibunya, Datin Mariam tak putus-putus pening memikirkan kenapa
anak tunggalnya ini susah sangat nak mencari jodoh. Tinggal 4 tahun je
lagi sebelum Harris memulakan hidup dalam alam 40an!
Datin Mariam
kepingin untuk menimang cucu. Dia juga takut zuriatnya berakhir di situ
saja. Jauh di sanubarinya terdetik perasaan…”adakah anak aku ini tak
suka perempuan???”
Bukannya Harris tak nak mendirikan
rumahtangga. Bukannya Harris tak ada teman wanita. Bukan setakat itu,
Harris juga pernah bercinta dengan kaum yang bernama wanita ini.
Komitmen. Satu perkataan yang cukup digeruni Harris (dan juga kaum
lelaki secara umum!) Dia takut untuk berkahwin bila tengok mak dan
ayahnya…
Ayahnya, Datuk Malik, walaupun tegas di pejabat, tapi
bagaikan di cucuk hidung, mengikut apa saja kata ibunya, Datin Mariam.
Harris kasihan melihat bagaimana ayahnya dilayan ibu tercinta. Bukannya
mereka bergaduh siang malam sampai hendak bercerai-berai, tapi cuma
Harris susah memahami kenapa ibunya harus sentiasa mempertikaikan kasih
sayang yang ayahnya curahkan selama ini. Harris nampak bagaimana Datuk
Malik mencintai Datin Mariam. Namun, Datin Mariam kelihatan seperti
tidak pernah puas hati. Begitu juga dengan harta kekayaan. Lalu Datuk
Malik bekerja keras untuk memenuhi kehendak hati isteri tercintanya…
Timur
Holdings adalah bukti kesungguhan Datuk Malik. Dari syarikat kecil,
kini Timur Holdings menjadi salah satu syarikat korporat yang di segani
di Ipoh. Mungkin itu hikmahnya di sebalik ketegasan Datin Mariam.
Walaubagaimanapun, Harris tidak boleh menerima sikap ibunya itu. Sikap
itulah yang di temuinya di dalam setiap wanita yang pernah singgah di
dalam hidupnya (setakat ini). Harris selalu berasa bahawa wanita-wanita
yang mendekatinya hanya kerana harta, kerana duit. Duit, duit, duit,
duit!!
Karmila keresahan. Sejak arwah ayahnya pulang ke
Rahmatullah setahun yang lalu, keresahan itu semakin menghimpit dirinya.
Mila sayangkan ayahnya. Dia tau betapa pentingnya kedai makan itu
kepada ayahnya. Walaupun tidak seberapa, tapi kedai makan itulah yang
membesarkan dia dan adik-adiknya. Kerana itu, Karmila membuat keputusan
untuk berhenti kerja dan menyambung usaha ayahnya. Dia nekad untuk
mengunakan ilmu yang di timbanya di universiti bagi menaikkan kembali
kedai makan yang semakin tenggelam di celah-celah kemunculan begitu
banyak restoran makanan segera dan kafe-kafe lengkap Wi-Fi.
Karmila
memiliki ijazah di dalam bidang pengurusan hotel dan masakan. Dia juga
mempunyai pengalaman bekerja sebagai chef di hotel. Karmila merancang
untuk mengubah kedai makan sederhana milik keluarganya menjadi kedai
makan bertaraf coffee house di hotel, tetapi dengan harga yang
berpatutan dan pada masa yang sama juga menyediakan khidmat ‘catering’.
Karmila mahu menukar rupa dan imej kedai kesayangan arwah ayahnya. Dia
sungguh pasti yang usahanya itu pasti memberi impak yang besar…
Tapi
masalahnya sekarang, dia tidak ada modal. Tidak ada modal dan pada masa
yang sama, dia perlu membayar pinjaman kepada pihak bank. Pihak bank
memberi masa sebulan untuk menjelaskan tunggakan pinjaman perniagaan
ayahnya yang telah tertangguh hampir setahun. Sukar untuk membayar bank
sekiranya perniagaan arwah ayahnya agak uzur. Pelanggan kian hari kian
kurang…
Karmila tidak mempunyai simpanan. Simpanan yang ada telah
di habiskan untuk meneruskan nyawa kedai makan itu (yang memangnya dah
tinggal nyawa-nyawa ikan). Nak minta bantuan dari adik-adiknya, Azman
yang bungsu baru tahun pertama di universiti, Salmi pula hanya seorang
kerani bank dan baru menjadi isteri orang 3 bulan lepas…
Azman
dan Salmi ada meminta Karmila melepaskan kedai itu dan Karmila sedar,
sebenarnya itulah jalan yang terbaik. Karmila boleh hidup senang kalau
tidak ‘terikat’ dengan kedai itu. Gajinya sebagai seorang chef cukup
untuk menampung kehidupannya dan membantu Azman di universiti.
Tapi
Karmila tidak dapat melepaskan kedai itu kerana ianya adalah lebih dari
hanya sebuah kedai. Kedai itu adalah kedai kesayangan arwah ayahnya.
Karmila mahu mempertahankan kedai itu demi kenangan manis bersama
ayahnya….
Dalam kekalutan itu, Karmila mendengar tentang Program
Skim Bantuan Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Timur Holdings Bhd. Satu
usaha oleh pihak Timur Holdings untuk menyumbangkan sesuatu kepada
pembangunan ekonomi setempat dimana mereka bersetuju untuk menyuntikkan
dana tertentu bagi mereka yang mempunyai cadangan perniagaan yang bagus…
Harris
tak dapat tumpukan perhatian pada kerjanya. Mulut Datin Mariam berbunyi
lagi. Sepupunya Juliana telah pulang dari London, dan Datin Mariam
memang berkenan sangat dengan Juliana yang dirasanya amat sesuai dengan
Harris. Juliana cantik, bijak, dan kaya, bak kata orang, ‘bagai pinang
dibelah dua, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’.
Itu di mata
Datin Mariam, tapi di mata Harris, Juliana saling tak tumpah macam
Datin Mariam. Berkahwin dengan Juliana bermakna Harris terpaksa hidup
macam bapanya, Datuk Malik. Harris tak sanggup. Dia harus mencari jalan
untuk melepaskan diri dari dipaksa berkahwin dengan Juliana…
Karmila
muncul di pejabat Harris, dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk
mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan kedai makannya dari di
rampas oleh pihak bank, dan juga modal untuk mengubahsuai kedai itu.
Setiausaha Harris meminta Karmila datang bulan hadapan tetapi Karmila
berjaya menyelinap masuk semasa setiausaha itu keluar. Karmila berkeras
memaksa Harris mendengar rancangan perniagaannya, meskipun Harris
menghalaunya keluar…
Kemunculan Karmila di depan matanya memang
tidak di senangi Harris. Kepalanya sedang berserabut. Bukan serabut
kerana masalah syarikat, tetapi serabut kerana malam nanti ibunya nak
mengadakan makan malam yang akan melibatkan Juliana dan keluarga
Juliana.
Harris syak Datin Mariam sedang merencanakan sesuatu
untuk dirinya… Dia perlu mencari jalan bagi mengelakkan dirinya
terperangkap dengan ikatan perkahwinan dengan Juliana.
Karmila
tidak menyangka bahawa Skim Bantuan Usahawan Muda anjuran Timur Holdings
sebenarnya telah dibekukan buat seketika kerana terdapatnya kes
penipuan oleh seorang pemohon. Harris enggan melayan seorang lagi
‘penipu’. Harapan Karmila untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pinjaman
bawah skim itu hancur berderai…
Ketegasan Karmila memaksa Harris
untuk mendengar cadangan perniagaannya menyebabkan Harris terfikirkan
sesuatu. Harris bersetuju untuk mendengar pembentangan Karmila, bukan
sekarang tetapi malam nanti, ‘over dinner’. Karmila terus saja
bersetuju. Harris meminta Karmila berpakaian yang bersesuaian dengan
majlis makan malam.
Harris datang menjemput Karmila ‘di rumah’
Karmila, tapi terkejut bila mendapati ianya adalah sebuah kedai makan
dan kemudian mendapati Karmila muncul dengan hanya berbaju kurung.
Sepanjang
perjalanan mereka bertekak. Karmila menyangka yang Harris menggunakan
kedudukkannya untuk mengoda dirinya. Karmila menegaskan bahawa dia tidak
akan menjualkan dirinya untuk mendapatkan wang. Harris pulak terkejut
bila mendapat tau cadangan perniagaan yang Karmila sibuk katakana siang
tadi melibatkan sebuah kedai makan…kedai makan yang baru sahaja
ditinggalkan sebentar tadi…
Kemunculan Harris dengan ditemani
Karmila memang mengejutkan Datin Mariam dan juga Juliana. Datin Mariam
kurang selesa melihat penampilan Karmila yang jelas tidak setaraf dengan
mereka. Tetapi tetamu lelaki yang lain terpegun dengan kejelitaan
Karmila…
Datin Mariam menegur perbuatan Harris membawa gadis
seperti Karmila ke majlis mereka. Teguran Datin Mariam membuatkan Harris
(dengan tak sengaja) memberitahu yang dia bercadang untuk berkahwin
dengan Karmila…Datin Mariam terus pengsan…
Karmila dan Harris
bertekak lagi. Karmila menuduh Harris menggunakannya. Datin Mariam
bising. Dia mahu Harris mengahwini Juliana samada Harris setuju atau
tidak.
Harris harus bertindak segera. Dia kenal sangat dengan
perangai Datin Mariam. Kalau A katanya, maka A lah jadinya. Terdesak,
Harris terus saja menawarkan bantuan kewangan kepada Karmila, tapi
dengan syarat Karmila haruslah menandatangani “KONTRAK CINTA”.
P/s; tengah boring sebenarnya.. ...