TETAMU SAYA
Wednesday, May 30, 2012
Sunday, May 27, 2012
SYOR CUTI TANPA REKOD STAF AWAM WANITA
26/5/2012
KOTA KINABALU 25 Mei - Penjawat awam wanita yang
telah berkeluarga mungkin mendapat imbuhan baru apabila Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan
mereka diberi cuti tanpa rekod 14 hari setahun.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, mengambil kira
banyak perkara yang terpaksa diuruskan oleh golongan tersebut, pihak
kesatuan bersetuju mengusulkan perkara itu bagi dibincangkan dalam
lembaga suruhanjaya.
Katanya, cuti tanpa rekod yang diberikan oleh kerajaan 14 hari
setahun itu boleh dianggap sebagai satu lagi cara kerajaan menghargai
sumbangan golongan penjawat awam wanita terhadap pembangunan
negara."Cadangan itu dibuat atas dasar kebajikan dan menghargai
sumbangan
penjawat awam wanita yang telah berkeluarga kerana mereka banyak
terlibat dalam menguruskan hal keluarga," katanya.Beliau berkata
demikian pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan
Perdana Penjawat Awam bersama Presiden CUEPACS di Dewan Resital
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Omar berkata, sejak cuti rehat dikurangkan pada 1
Januari 2009 dan waktu anjal berkhidmat golongan wanita ditamatkan,
golongan wanita sering berhadapan dengan masalah kehabisan
cuti.Menurutnya, mereka terpaksa menguruskan pelbagai masalah dan hal
keluarga yang menyebabkan golongan tersebut habis cuti tahunan dengan
lebih cepat berbanding lelaki.
Katanya, meskipun cuti umum sudah banyak di negara ini, ia dilihat
masih tidak cukup untuk golongan tersebut kerana mereka turut dibebani
dengan banyak tanggungjawab lain.
Sementara itu, kata Omar, cadangan lain yang akan dikemukakan kepada
lembaga suruhanjaya adalah berhubung pengeluaran gratuiti lebih awal
kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 atau 25 tahun.
Menurutnya, golongan tersebut dicadangkan boleh mengeluarkan pampasan
kerja itu pada kadar 20 atau 25 peratus untuk kegunaan membaiki rumah,
mengerjakan umrah dan menyambung pelajaran bagi diri sendiri atau ahli
keluarga. Jelasnya, ia dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengurangkan kadar golongan penjawat awam yang berhutang.
Saturday, May 26, 2012
4 CADANGAN CUEPACS -HARGAI 630,000 PENJAWAT WANITA
- Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
- Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
- Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
- Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat
KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.
Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.
Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.
“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.
“Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.
“Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.
Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.
Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.
“Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.
“Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.
Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka
SUMBER >>>>http://cuepacs.blogspot.com/
Tuesday, May 8, 2012
POTONG KUKU
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
JOM HILANGKAN STRESS
STRESS !!!
"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.
Pak Mat sedikit Stress!
... Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah Stress!!
Pak Mat diminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.
Pak Mat semakin Stress!!!
Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.
Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah...
Pak Mat menjadi terlalu stress tahap gaban!
p/s: tukang baa ni pun leh hilangkan stress
SUMBER FACEBOOK
KEBAIKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran yg boleh kita amalkan dalam diet seharian bagi mencegah kanser sebagaimana ygdisarankan oleh Canser Cure Foundation
.
.
Avokado
- Kaya dengan glutathione, antioksidan kuat yg menyerang radikal bebas dalam tubuh dengan menyekat penyerapan lemak tertentu oleh usus
.
Brokoli, kubis, dan bunga kubis
.
Brokoli, kubis, dan bunga kubis
- mempunyai komponen bahan kimia indole-3-carbinol yg boleh menentang kanser dengan menukar estrogen yg meransang kanser menjadi bahan yg lebih melindungi. Brokoli juga mengandungi phytochemicals glucoraphamin yg membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar dan dubur
.
Lobak merah
.
Lobak merah
- Mengandungi banyak beta kerotina yg boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara
.
Cili
.
Cili
- Mengandungi sebatian Allium yg meningkatkan aktiviti sel imune yg menentang kanser dan membantu memecah bahan penyebab kanser. Ia juga menyekat karsinogen dari memasuki sel dan melambatkan pembesaran tumor
.
Sayuran Berdaun Hijau dan Kuning
Membantu mengelakkan kanser perut.
.
Sayuran Berdaun Hijau dan Kuning
Membantu mengelakkan kanser perut.
- Mengandungi antioksidan yg boleh menyekat pertumbuhan kanser. Juga mengandungi asid lemak omega-3, yg menyekat protien di mana ia menghalang protien yg menambah sensitiviti terhadap karsinogen
.
Oren dan Lemon
.
Oren dan Lemon
- Mengandungi vitamin C yg bertindak sebagai antioksidan yg mengurangkan penyerapan nitrosamina penyebab kanser daripada tanah atau makanan yg diproses. Juga mengandungi folacin atau acid folik yg boleh mencegah displasia servik dan kanser tertentu.
Keledek
Keledek
- Teh hijau dan hitam mengandungi antioksidan polyphenol yg mampu mencegah sel kaser daripada berpecah. Daun teh hijau kering juga boleh mengurangkan risiko kanser perut, paru-paru, kolon, rektum, hati dan pankreas.
Monday, May 7, 2012
Pergi Tak kembali Dan Tiada Galang Ganti
Aminnnn.. Semoga Roh Tokki ditempatkan bersama org yang beriman dan beramal soleh.. setelah hampir 2 minggu berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan baru dua hari iaitu petang jumaat (4 mei ) di bawa pulang ke rumah.Keadaan tokki pada masa itu sangat lemah.. Akhirnya Pada pagi Ahad (6 Mei ) Tokki pergi meninggalkan kami..Allah lebih menyayangi Tokki lagi.. Perginya tiada galang ganti..
Sayang sangat kat arwah tokki dan arwah mak(tok).. dialah ibu dan bapa saya..sejak umur 15 hari saya dibesarkan oleh arwah berdua..masih teringat lagi kenangan dari kecil sampai besar bersama arwah..pergimu tiada galang ganti..jasaarwah akan saya kenang sampai bila2..Alfatihahhhhh
Sayang sangat kat arwah tokki dan arwah mak(tok).. dialah ibu dan bapa saya..sejak umur 15 hari saya dibesarkan oleh arwah berdua..masih teringat lagi kenangan dari kecil sampai besar bersama arwah..pergimu tiada galang ganti..jasaarwah akan saya kenang sampai bila2..Alfatihahhhhh
Wednesday, May 2, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)