klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Saturday, November 24, 2012

Kronologi Bersalin Nur Ainul Zahirah 9 Oktober 2012

PART 1

Assalammualaikum dan salam tengahari.. hehe dah tengahari... maapla lama dah tak update blog ni..maklum la sedikit kebizian yang telah melanda sejak ada nak kecil ni.. okla atas permintaan ramai nak jugak saya update kisah pengalaman bersalin tempoh hari..ok selamat membaca..

4 OKTOBER 2012

Bagun pagi cam biasa nak g kerja.. Encik hubby  amik cuti  hari tu sebab nak hantar saya ke hospital.. sebenarnya surat doktor yang mengarahkan saya  ke hospital kul 9 pagi..oleh kerana ada urusan yang hendak disettle kan dekat Taska Permata Batas Baru Kuala Terengganu..yerla kena hantar borang n dokumen lain .. yerla kena hantar awal kalau tak penuh... 
sebab saya akan hantar anak  kat situ sebaik sahaja masuk kerja  pada 7 Januari 2013.. nak taknak mmg kena hantar awal.. kalau tak penuh.Sebelum pergi hantar borang tu  pergi sarapan dulu kat warung kegemaran saya..sebabnya saya nak makan satay..maklumla..kalau bersalin kan lambat pulak leh makan.. heheh..selepas selsai semua urusan saya ke hospitan Sultanah Nur Zahirah Untk melapor kan diri dan 'menyerah diri'...hehe maklum la ada GDM  kena warded awal la.. 
            Sebaik sahaja sampai di  tempat pendaftaran saya mula cuak rasa.. maklumla.. sakit tak apa tak.. kena ' periksa jalan' dan sebagainya.. Berdebarla.. mcm2 lam kepala ni..Tepat kul 10 saya di masukkan ke dalam wad 1EF.Wad sementara dimasukkan ke wad 2A..mklumla akhir tahun ni.. ramai la yang tambah umat..hehe..Alahai.. wad 1EF Pun penuh.. 
Perkara pertama yg kena buat ilaha kena salin baju pakai uniform hospital yang kaler pink tu. i like.. tapi kain kena pakai camkain batik sarung.. dah la   tak brapa  pandai.. hurm..pakai jerla.. Pastu  Cik Misi tunjukkan katil.. mak aih! hujng sekali.. dekat tempat sembahyang.. Ya Allah daifnya wad ni..  kabinet nak isi barang pun takder.. kerusi pun takder.. dah la katil tinggi..  asyik kena panjat.(edisi merungut). selepas selesai semua.. Encik  Hubby kena keluarla ..sebab takleh nak tunggu pun.. so encik Hubby merajinkan diri pergi pejabat dia.. sebabnya  ada kerja yang hendak di settlekan..
Saya pun berehatla di atas katil yg empuk dan sambil2 tu bertegur sapa la kat jiran2 kita.kan nanti org kata kita sombong lak.. Alhamdulillah.. semuanya peramah..Selepas zohor sekumpulan doktor datang membuat pemeriksaan..cek itu cek ini.. tup tup doktor tu cakap..petang ni leh baik.. hah!!! leh balik.. sukanya.. tapi kusangka kan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari..kikiki.. datang pula doktor pakar.. nak tahu apa dia kata>> Awak takleh balik dah..kena duk rehat sini sampai bersalin... alahai doktor.. saya baru syok sendiri..hehe.. doktor Pakar cakap  saya kena bersalin jugak sebelum cukup 40 week.. hah? binggung jap.. sebab saya punya due date banyak sgt.. doktor KKIA lain.. scan lain.. doktor pakar  klinik harian pun kata lain..  banyakla date nya..kalau diikutkan tarikh scan mmg dah cukup 4/10 tapi  tarikh Doktor KKIA 17 Oktober.....tapi nak wat camna ni Kuasa Allah belaka.. redha jerla.. dan tinggal la  saya di wad itu dengan perasaan mcm mcm... takutla.. cuak.. berdebar sebab doktor pakar kata saya akan di paksa bersalin( Induce).. maklumla  first time.....okla.. nanti saya sambung  kronologi ni dalam Part 2 untuk hari kedua.. banyak ni nak citer..sebab saya duk  wad selama 8 hari... so kronologi ni akan ada 8 episode.. kikiki... sila jangan muntah baca blog saya nanti..heheokla da.. nak rehat dan zz jap..semalam baby zahirah ajak main ngan dia.. so mata dah mcm Panda dah..hehe byee



Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday