TETAMU SAYA

Thursday, November 29, 2012

Kronologi Bersalin Nur Ainul Zahirah 9 Oktober 2012 part 3

Assalammualaikum..selamat petang.. salam ceria.. hehe  maap ler sejak dua menjak ni bersiaran lewat petang skit..  nak kata bz tak la jugak.. tapi yerla sejak ada tanggungjawab baru ni kena ketepikan dulu benda2 mcm ni.. okla kita sambung  cerita  yang dijanjikan..heheh


Part3 
6 Oktober 2012

Takder apa yang beza nya dengan hari kelmarin..  cuma semankin hari semkin cuak dan berdebar sebabnya bila dah stay kat wad macam2la kita leh tengok dengar dan tahu.. mcm mcmla..  Hari ni mcm  biasa..doktor dengan operasi ' cek jalan' dan Membuat pemeriksaan jangtung anak (CTG).. Bosannya tuhan je yang tahu...baring, bangun..ke bilik air.. baca majalah.. baca surat khabar.. nak g jalan2 pun hanya dibenarkan dalam wad  ni jer.. g jalan2 dari katil ke katil .. mcm2  masalah yang  di hadapi oleh bakal2 ibu..adoila..makin seriau di buatnya.. Walaupun dan diusik2 dan cek jalan masih tak terasa sakit.. doktor cakap esok kena masuk ubatla.. .. hurm..  okla setakat ni je untukr part 3... jumpa di part 4 yang penuh mendebarkan...heheh

K


Monday, November 26, 2012

Kronologi Bersalin Nur Ainul Zahirah 9 Oktober 2012-Part 2

Assalammualaikum..selamat petang semua.. semoga ceria belaka.. Alhamdulillah saya diberi  kesihatan  dan emosi yang baik sejak dua menjak ni.. faham2la kalau org lepas bersalin macamanakan.. lebih2 lagi anak pertama dan memang takder langsung pengalaman.. Sakit hanya  Allah SWT  jer yang tahu.. memang betul la kesakitan dia  berlainan  tuk setiap org yang mengalaminya.. org yang tak tahu apa-apa.. tunggu jerla nanti ..okla saya nak sambung  kronolgi untk hari yang kedua dan juga bahagian ke-2..hehe


PART 2
 5 Oktober 2012

Alhamdulillah walaupun dah lama tak stay kat hospital sebagai pesakit saya dapat tidur dengan lenanya walau apa juan nak rintangannya.. aik ada jugak ke rintang nak tidur? apa taknya nyamur ramai gila..dah la panas.. tapi oleh kerana keletihan sedikit lenala..Kul 5.30 pagi dah bangun ..mcm biasala.. bangun mandi, semayang subuh .. baca Quran  skit.. sejuk weh pagi2.. tapi best segar skit sebab Hospital yang saya  stay ni  betul2 tepi pantai.. Hurm..lepas siap2 semua.. baring2 sampai terlelap baik.. Pukul 8 brekfest ala kadar yang di sediakan oleh pihak  hospital.. biasala menu diet.. roti 2 keping.. jadilaa.. kat rumah pun cam jugak..takyah nak mimpikan makanan sedapla.. mmg pemakanan di pantau.. tapi curik2 bawa masuk makanan adala.. hehe..lepas brekfest duk borak2 ngan kwn seperjuangan.. hurm.. semua nya menunggu masa nak  bersalin.. mcm2 cerita..seronok ada..seriau pun ada..hahaha bukan apa saya ni penakut skit..

Lebih kurang kul 10 pagi sekumpulan doktor datang buat pemeriksaan untuk setiap  pesakit.. sampai la giliran saya..  cek itu cek ini.. dan keluarla ayat dari mulut doktor ( kita akan usik usik skit supaya awak rasa sakit..kalau tak sakit jugak kena masuk ubat pada hari ahad ni.).. hahhh.. masuk ubat.. mana? usik? usik mcm mana? hahah sapa yang ada pegalaman tahula.. takyahla saya  huraikan maksud kata2 doktor tu....ok! Done..lepas doktor  beredar  apa lagi..  sesi berbual2 la ngan kwn..penat berbuat.. baring2 pastu terlelap...kul 12.. cik misi kejutkan suruh makan tengahari.. sekejap nya masa.. tup2 dah kul 12 tghari.. sejam lagi .. waktu org melawat.. so makan la saya .. lauk kat spital ni sebenarnya not bad.. makan jerla..hahah.. takderla sampai licin.. amik  syarat jer.. kan kena marah tak mkn..hehe..kalau lapar balik  call la Encik Husband belikan makanan  dari luar.. lupa lak makan apa..   takperla.. janji dah makan pun..hahahah..
Kul 1 tghari Org ramai dah start masuk melawat..  tak ramai pun..  maybe org datang petang kut..sebab hari jumaat kan mesti ramai yg nak p solat jumaat.. Kul 2 pergi mandi2, solat.. pastu misi panggil nak cek jalan.. hah???? camna ni.. sakit ker.... Allah je yg tahu la.. sebab ada yg kata sakit..ada yg kata tidak.. tapi  bagi saya memang sakit.. sebab takder jalan pun lagi.,.. stil 1 cm.. hurm.. doktor cakap esok plak cek...  
Lepas tu balik  kat katil dan rehat+borak+zzzz.. kul 4 bangun g bilik air .. selesaikan itu dan ini..dan ready nak solat Asar lak..lepas solat Asar misi panggil nak cek jantung Anak(CTG).. lama jugak dekat sejam.. Alhamdulillah bacaan jantung anak   cantik.. ..Jam dah menunjukkan kul 6.. cik husband datang.. rindu weh.. hahah mcm tak pernanh jumpa.. kalau diikutkan hati nak je suruh dia tunggu..hahah ..Waktu melawat dah habis.. ramai gila  org datang melawat.. hari cuti kan.. Kul 7  siapkan diri nak solat Maghrib lak.. selaps solat.. baca itu dan ini skit.. berehat....berehat saja la..hahaha nak wat camna tu jer leh wat..kan g tolong cik misi wat kerja  ada yg kena maki hamun kan.. kikiki.. Pastu Waktu isyak dah masuk.. solat isyak.. sambung borak2..pastu lapo balik..padahal dah mkn petang tadi.. mkn jerla apa yg ada.. biskut cicah air milo.. jadila.. janji peurt terisi..pastu zzz.. hari dahla nak hujan.. angin pulakkuat..sedap tidur yang berganda2.. apala.. org lain nak tidur takleh sebab sakit.. ni siap tidur ngan lena lagi.. nak buat camna.. sebab tak rasa sakit.. so tidur la.. cuma tengah2 malam. terkejut tgk org yang baru lepas bersalin.. pastu ada adik yg berjiran ngan dia tu sakit.. dia  kejutkan suruh tolong dia.. alahai nak wat camna.. stakat urutkan kat belakang leh la dan suruh dia banyak bersabar.. akak ni tak retila.. pastu sambung tidur bila dia dah reda sakit..sian ke dia.. tapi nak wat camna.. anak sulung mmgtakder pengalaman..  giliran saya tak tahula camna. haru biru agaknya.. haha.. okla nanti sambung lagi ek.. part3.. ni nak kejutkan baby zahirah.. nak mansikan dia.. sedap bebenar dia tidur..maklumla semalam dia ajak saya main2 lagi.. hahaha

Saturday, November 24, 2012

Kronologi Bersalin Nur Ainul Zahirah 9 Oktober 2012

PART 1

Assalammualaikum dan salam tengahari.. hehe dah tengahari... maapla lama dah tak update blog ni..maklum la sedikit kebizian yang telah melanda sejak ada nak kecil ni.. okla atas permintaan ramai nak jugak saya update kisah pengalaman bersalin tempoh hari..ok selamat membaca..

4 OKTOBER 2012

Bagun pagi cam biasa nak g kerja.. Encik hubby  amik cuti  hari tu sebab nak hantar saya ke hospital.. sebenarnya surat doktor yang mengarahkan saya  ke hospital kul 9 pagi..oleh kerana ada urusan yang hendak disettle kan dekat Taska Permata Batas Baru Kuala Terengganu..yerla kena hantar borang n dokumen lain .. yerla kena hantar awal kalau tak penuh... 
sebab saya akan hantar anak  kat situ sebaik sahaja masuk kerja  pada 7 Januari 2013.. nak taknak mmg kena hantar awal.. kalau tak penuh.Sebelum pergi hantar borang tu  pergi sarapan dulu kat warung kegemaran saya..sebabnya saya nak makan satay..maklumla..kalau bersalin kan lambat pulak leh makan.. heheh..selepas selsai semua urusan saya ke hospitan Sultanah Nur Zahirah Untk melapor kan diri dan 'menyerah diri'...hehe maklum la ada GDM  kena warded awal la.. 
            Sebaik sahaja sampai di  tempat pendaftaran saya mula cuak rasa.. maklumla.. sakit tak apa tak.. kena ' periksa jalan' dan sebagainya.. Berdebarla.. mcm2 lam kepala ni..Tepat kul 10 saya di masukkan ke dalam wad 1EF.Wad sementara dimasukkan ke wad 2A..mklumla akhir tahun ni.. ramai la yang tambah umat..hehe..Alahai.. wad 1EF Pun penuh.. 
Perkara pertama yg kena buat ilaha kena salin baju pakai uniform hospital yang kaler pink tu. i like.. tapi kain kena pakai camkain batik sarung.. dah la   tak brapa  pandai.. hurm..pakai jerla.. Pastu  Cik Misi tunjukkan katil.. mak aih! hujng sekali.. dekat tempat sembahyang.. Ya Allah daifnya wad ni..  kabinet nak isi barang pun takder.. kerusi pun takder.. dah la katil tinggi..  asyik kena panjat.(edisi merungut). selepas selesai semua.. Encik  Hubby kena keluarla ..sebab takleh nak tunggu pun.. so encik Hubby merajinkan diri pergi pejabat dia.. sebabnya  ada kerja yang hendak di settlekan..
Saya pun berehatla di atas katil yg empuk dan sambil2 tu bertegur sapa la kat jiran2 kita.kan nanti org kata kita sombong lak.. Alhamdulillah.. semuanya peramah..Selepas zohor sekumpulan doktor datang membuat pemeriksaan..cek itu cek ini.. tup tup doktor tu cakap..petang ni leh baik.. hah!!! leh balik.. sukanya.. tapi kusangka kan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari..kikiki.. datang pula doktor pakar.. nak tahu apa dia kata>> Awak takleh balik dah..kena duk rehat sini sampai bersalin... alahai doktor.. saya baru syok sendiri..hehe.. doktor Pakar cakap  saya kena bersalin jugak sebelum cukup 40 week.. hah? binggung jap.. sebab saya punya due date banyak sgt.. doktor KKIA lain.. scan lain.. doktor pakar  klinik harian pun kata lain..  banyakla date nya..kalau diikutkan tarikh scan mmg dah cukup 4/10 tapi  tarikh Doktor KKIA 17 Oktober.....tapi nak wat camna ni Kuasa Allah belaka.. redha jerla.. dan tinggal la  saya di wad itu dengan perasaan mcm mcm... takutla.. cuak.. berdebar sebab doktor pakar kata saya akan di paksa bersalin( Induce).. maklumla  first time.....okla.. nanti saya sambung  kronologi ni dalam Part 2 untuk hari kedua.. banyak ni nak citer..sebab saya duk  wad selama 8 hari... so kronologi ni akan ada 8 episode.. kikiki... sila jangan muntah baca blog saya nanti..heheokla da.. nak rehat dan zz jap..semalam baby zahirah ajak main ngan dia.. so mata dah mcm Panda dah..hehe byee