TETAMU SAYA

Tuesday, July 30, 2013

1 minggu lagi!!!

Assalammualaikum..salam 23 Ramadhan...lagi seminggu kita berpuasa dan Ramadhan akan meninggalkan kita..semoga tahun depan diberi keizinan dariALLAH SWT untuk kita bertemu Ramadhan 1435 hijrah..IshaAllahhhh..

Sunday, July 28, 2013

Melayan perasaan sedih di pagi hari


Assalammualaikum, selamat pagi, salam ceria dan salam 20 ramadhan.. dah 20 Ramadhan yer kita .. sekejap jer.. sayu jer hati..teringatkan orang yang tersayang  yang pulang kepada Nya.. rindu sangat kat Arwah Abah, Arah cikma, Arwah Mok Dan Arwah tokki. Arwah tokki dah 2 tahun pergi.. sedih sgt.. teringat kat dia.. Ya Allah. teringat makanan kesukaan dia di bulan puasa.. putu mayang, acar timun, gulai daging.sayur lemak kalau hari raya .. ketupat pulut.. nasik minyak gulai daging.. sebak hati ni..tiap2 tahun belikan baju raya kat dia..tahun terakhir belikan kemeja lengan pendek.. sukanya arwah...belikan kain pelikat..pagi raya bagi duit raya.. sukanya dia... Ya Allah sangat2 merindui dia..





 p/s: tetiba teringat kat arwah..sebabnya pagi2 dah dengar lagu raya....





Sunday, July 21, 2013

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga

fb image


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Wednesday, July 17, 2013

WORDS of THURSDAY

fb image
p/s: esok dan lusa cuti.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedihhh

Tuesday, July 16, 2013

layan ni jerla hari ni..

Assalammmualaikum..salam 8 Ramadhan 1434 Hijrah, selamat pagi..salam sejahtera dan salam penuh keceriaan.. hahaha banyak betul la ucapan aku ni.. hari ni mls sebenarnya nak mengupdate  blog.. asyik lemau jer.. ditambah lagi bulan puasa..  mengantuk semacam jer pagi2..petang dah takleh nak update kat opis ni.. sebabnnya  dapat 60 minit je sehari... eee geram rasa..  takleh nak blogwalking lama2 dah...satu lagi kat umah malas nak on tab.. bila on tab tahu la anak dara i tu sibuk jugak nak main tab.. dia sorang je yang punya..  sekarang GTab dah takleh main sorang  kena share ngan zahirah.. kalau  zahirah mestilah duk tgk upin dan upin.. aliff baa taa dan ada hoby baru suka tgk PINGU.. dengan aku2 sekali duk berpingu..  selepas solat isyak kul 9 dah masuk tidur ..tidor awal selepas prepare baju2 dia untuk esok hari.. tidur awal.. sebab kul 1 zahirah bangun berak dan minum susu..kul 5 bangun berak plak pastu bangun kacau oarang nak sahur.. oh indahnya.. dulu  masa duk  berdua jer..memang tido tak hingat dunnia!!! hahah takperla.. bersenang2 dulu, bersusah2 sekarang dan akan bersenang lenang akan datang.. insha Allah... okla  dah terrrajin plak menulis blog hari ni... jom kita layan lagu di atas...



p/s: mood  memikirkan banyak perkara  terutama   memikirkan rumah aku yang tengah dalam  
30 % pembinaan. seram rasa.. barang 2 buat rumah  naik giler.. bimbang jika $$$ tidak kecukupan.. isha Allah cukup..amim....

Wednesday, July 3, 2013

RANDOM PHOTO of Thursday!!!

Assalammualaikum..selamat pagi dan salam ceria...  hari ni takmoh cakap banyak2.. nak menepek gambar jer.. biarla gambar berbicara.. kikikiki..jom kita layan gambar nyer yer....

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


makan2 sempena majlis pertukaran
botol susu zahirah yang ke 10
tart telur yang mabeles

cheese yang mabeles
lunch minggu lepas.. bosan nasi order behoon rebus
buku laporan taska  zahirah... ummi dia yang behave kat hello kitty so anaknya behave jugak..heheh


exam punya psl ... tak di bacanya.. membelek jerr
eskrim untuk sakit tekak... mmg mujarab
beefmarinate.. rupa sate tapi rasa lamb chop... hahah ada ker?  masak lembu rasa kambing.. hehe

jerebu melanda kuala terengganu.. Dugaan DariNya...

jerebu dah reda.. Alhamdulillahhh
 lama dah membeli tapi lom membuka lagi.. hope bulan pose ni leh la mencuba.. heheh

aktiviti wajib bulanan untuk zahirah.. cer teka apa dia???
ummi ada bag solek baby zahirah pun ade.... mak borek anak rintik.. eh betul ker? ke terbalik ayat ni????
 hah? dah habes???? okla p wat kerja yer.. rini khamis balik kul 3.30 ptg.. esok lusa cuti... wohooooo