klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Monday, January 12, 2015

POKOK SAMBUNG NYAWA

Khasiat Pokok Sambung Nyawa
TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus
Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.
Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.
Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.

Aedes oh denggi!

Salam... sejak 1januari -sampai jari ni dah 4 kali inspektor kesihatan menyembur aedes..nauzubillah.. wabak selepas hujan dan banjir..makin hari makin bertambah..

p/s: bersihkan kawasan rumah, tidur pakai kelambu dan ubat nyamuk.. tp hati2 ubat nyamuk lingkar leh terbakarkan eumah if tak hati2..byeee

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday