klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Tuesday, November 29, 2016

Banjir Oh Banjir




Assalammualaikum.. sejuknya hari ni , Hujan je dari pagi, banyak dah tempat dinaiki air..terutama dalam bandar kuala terengganu.














Kawasan-kawasan lain pun sama..maklumla hujan mmg lebat sangat..satu lagi dah masuk musim tengkujuh dah... sejukkk

Ni antara gambar kawasan  lain yang dinaiki air..








p/s : semua gambar kat atas tu saya amik kat Fb Terengganu Times..

Saturday, October 22, 2016

Takder Rezeki..:(

  Assalammualaikum semua..selamat pagi..salam tak berapa nak ceria hari ni.. Semoga  kawan2 sihat semua..Amacam BAJET 2017? so far ada good news..ada Bad news..waaaa..sadis betula.. baru bulan lepas settlekan semua Pinjaman PTPTN.  Tup.. tup Pak Jib umumkan dalam bajet kelmarin dulu 21  Oktober 2016..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Surat perlepasan hutang pun dah dapat..sedih sangat.. semoga dimurahkan rezeki lagi..cover balik...



apa2 pun hutang mesti dilunaskan sebelum dia beranak pinak...


kepada sesiapa nak settlekan atau nak bertanyakan  hutang pinjaman PTPTN  dia especially peminjam dari terengganu boleh lah menghubungi 


WAN 0104125777


sekian, babai....

Monday, July 18, 2016

🐙Resepi Singgang Sotong🐙


Gambar diambil dari blog >> http://umminurali.blogspot.my/2015_11_01_archive.html?m=1
Bahan-bahan:

250 gram sotong (dibasuh bersih dan toskan)2 batang serai (diketuk/dititik)3 ulas bawang merah (dihiris)3 ulas bawang putih (dihiris)4-5 hiris halia1 keping asam gelugur/asam keping1 biji cili merah (kalau nak pedas)Garam dan serbuk perasa secukupnyaAir secukupnya

Cara-cara:

Didihkan air secukupnya dalam periuk (cukup untuk kuah).Masukkan semua bahan-bahan seperti serai, bawang, halia, asam keping dan cili. Biaran kuah mendidih.Kemudian masukkan sotong dan biarkan masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Padamkan api.Siap dan sedia dihidangkan.


Thursday, July 14, 2016

Tupperware oh Tupperware😘😍

Sesi mengemas tupperware.. Huhuhu😂😂😂😂 salah satu hobi kesukaan saya.. Duit dah banyak terbang.... Heheheh😘😍😘😘


Perkembangan Ahmad Thaqif Zikri

Saya dah pandai😊😊😊😊


Monday, July 11, 2016

Wednesday, June 29, 2016

Deco-deco hari raya😉😊

Assalammualaikum.. Salam 25 Ramadhan.. Sekejap  dah nak habis ramadhan.. Ramadhan kali ni saya berada di opis baru.. Tahun lepas  kat JSM.. suasana opis pun dah lain.. Tenang jer.. Memandangkan taknlama lagi nak sambut syawal saya dan geng2 opis termasukla pengarah dan timbalan pengarah sama2 mendeko opis.. Huhu seronok.. Masing2  memberi idea yang bagus.. Okla anak2 dan tidur, Saya nak rest jap sementara menunggu suami balik terawih. 

Sunday, June 26, 2016

Photo diary on sunday Versi IG

Lets picture talk.. Nak tanya sila tinggalkan komen.. Hihi😂😂😂


Wednesday, June 8, 2016

Fesyen Cardigan Terkini untuk Wanita

Fesyen Cardigan Terkini untuk Wanita


Inginkan tampil  bergaya dan menawan dengan cara ringkas dan cepat? Siapa yang tak mahukan? Saya sendiri tampil bergaya apabila keluar bersantai dengan keluarga  dan pergi berkerja. Sebagai wanita  muslimah yang berkerjaya  dan ibu kepada dua cahaya mata mestilah pening nak memilih pakaian dengan pantas untuk keluar bersantai atau pergi bekerja dengan tanpa mengabaikan soal aurat . Salah satu penyelamatnya saya mengenakan Cardigans .

 Cardigans merupakan jenis outerwear yang paling popular dikalangan ramai wanita dan juga lelaki. Bukan sahaja memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai, koleksi cardigan juga sering menjadi penyelamat kepada mereka yang ingin bergaya santai dan pada masa yang sama masih mahu kelihatan bergaya.  Ia sesuai dipakai bersama kombinasi jeans dan t-shirts, blouse dan skirts mahupun disarungkan dengan mana-mana koleksi dress anda. Erti kata lain, pemakaian cardigans sememangnya versatile dan praktikal. Jom kita lihat beberapa fesyen cardigan terkini atau rekaan cardigan wanita yang kini boleh anda temui di pasaran;


Button Cardigan

Fesyen cardigan wanita yang paling basic adalah button cardigan yang mempunyai rekaan butang pada bahagian hadapan cardigan. Ia boleh dipakai dengan mengancing butang tersebut atau dipakai dengan begitu sahaja, mudahkan?






Drape Cardigan

Rekaan cardigan yang paling diminati ramai wanita pula adalah koleksi drape cardigan yang direka tanpa butang atau zip.




Kimono Cardigan

Bagi anda yang menggemari koleksi pakaian yang berpotongan loose pula, kekal selesa dan bergaya dengan memakai koleksi kimono cardigan. Ia direka dengan potongan yang cukup lebar bahagian lengan dan berukuran agak singkat.




Long Cardigan

Pilihan no 1 ramai wanita bertudung pula adalah koleksi long cardigan yang sesuai untuk digayakan ke mana sahaja.



Wrap Cardigan

Dan koleksi cardigan yang paling terkini dan trending buat masa sekarang ini adalah koleksi wrap cardigan yang direka dengan tali untuk diikat pada bahagian pinggang si pemakai.




Pendek kata tidak sukar buat  gadis-gadis, ibu-ibu dan wanita berkerjaya   untuk bergaya , hanya mengenakan cardigan bersama pakaian kegemaran anda ,simple dan menjimatkan masa sahaja tanpa mengabaikan soal aurat.Disamping itu tampil bergaya, menawan dan hebat.

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday