TETAMU SAYA

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

LAKSA PENANG

Salam semua.. hari ini  sya nak share resepi laksa penang..Ini sebenarnya permintaan Raimia..my friend from serawak.. selamat mencuba 


RESEPI LAKSA PENANG




  • 3-4 paket laksa beras
Bahan kuah laksa
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  1.  Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai  yg kita leh makan...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. Kuah laksa >>>Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...
  5. Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  6. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  7. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  8. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih... rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...
  9. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya
GAMBOR DARI GOOGLE- tq google











Saturday, February 19, 2011

MENU KE 2



BAHAN-BAHAN

  1. 1/2 kilo sotong jarum
  2. bawang kisar
  3. Lada Kisar
  4. Satu Batang serai dititik
  5. Dua Sudu Kicap Manis
  6. Garam dan gula secukup rasa
  7.  Hirisan daun Sup Untuk Hiasan
  8. Sedikit Minyak Untuk menumis

Cara-Cara
  • Tumis Bawang dan lada yg dikisar sehingga masak dan sedikit garing
  • Masukkan  Sotong dan dibiarkan masak
  • Masukkan garam, gula dan kicap
  • dibiarkan seketika dan angkat
  • Hiaskan dengan daun sup

SIAP UNTUK DIMAKAN!

MENU HARI INI

Assalammualaikum..selamat petang..apa khabar semua? hari ni  saya ingi berkongsi 2 menu yang dimasak sendiri iaitu Ikan kakap masak steam limau dan sotong goreng pedas.ok..semoga resipi ini memberi inspirasi baru dalam masak memasak ni.



:Bahan-bahan
1.  Satu ekor ikan kakap sederhana besar
2. 5 Cm Halia muda  yang di mayang halus
3. Tomato dipotong dadu
4. Cili api dimayang halus
5. Satu  Biji Bawang Besar Holang dihiris bulat-bulat
6. 3 Ulas Bawang Putih dimayang halus
7. Satu sudu teh  asam jawa adabi
8. Air satu  cawan
9. Daun sup dan hirisan limau nipis sebagai hiasan
10. Garam dan gula secukup rasa
11.  satu biji Limau nipis


Cara-cara 1
  • Ikan diperap dengan sedikit garam dan dibiarkan 5 minit
  • Kukus ikan   sehingga masak dengan menggunakan Pengukus
  • Apabila sudah masak, angkat dan letakkan kedalam pinggan
  • Perah kan air asam limau nipis ke atas ikan

Cara-cara 2
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • Tumis bawang putih hingga sedikit garing
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.
  •  Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan tomato dan halia yang dimayang
  • Masukkan bawang besar
  • Masukkan Sesudu asam jawa Adabi
  • Biarkan  selamat 2 minit dan tutup api 
  • Curahkan ke atas ikan yg di kukus  tadi.
  • Hiaskan dengan daun sup dan hirisan limau nipis.