TETAMU SAYA

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, December 28, 2021

SPIRAL GORENG SIMPLE SUPER SPECIAL


Bahan-bahan:

✔1 peket spaghetti spiral
✔3 ketul sosej ayam  dihiris nipis
✔1  biji bawang holand
✔3  ulas bawang putih
✔1 batang lobak merah
✔1 sudu besar serbuk lada hitam 
✔kiub perasa ayam 
✔Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

1. Kupas semua bawang holand  dan dipotong dadu kecil .

2. Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.

3. Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil .

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi.

5. Masukkan sosej yang dihiris dan kacau semua bahan 

6. Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam.

7. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.

Wednesday, September 18, 2013

JOM MEROTI PURI

 



Bahan-Bahan 

2 cawan gandum , 2 sudu mentega , sedikit air...

Cara-cara :
 

Gandum digaul dgn mentega tu.....gaul kering gitu laaa biar ye rata semua....

Pastu masuk sikit sikit air suam n uli sehingga tak lekat pd tangan kita....pastu tgal dlm 10 minit...

Pastu buat doh bulat bulat besor mcm nk buat onde onde tu...

Pastu gelek biar ye jadi mcm  nipis kertas....

Masukkan dlm kuali yg minyak panas....jgn terlampau panas...




roti puri yang sebenarnya sepatutnya jadi macamni

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

  tapi   yg saya buat tu jadi dah..secukup rasa cuma rupala berkedut lagi... i need more improvement lagi....selamat mencuba!!
 

Wednesday, June 20, 2012

RESEPI ULANG TAYANG Ikan Masak Steam Limau

:Bahan-bahan
1.  Satu ekor ikan kakap sederhana besar
2. 5 Cm Halia muda  yang di mayang halus
3. Tomato dipotong dadu
4. Cili api dimayang halus
5. Satu  Biji Bawang Besar Holang dihiris bulat-bulat
6. 3 Ulas Bawang Putih dimayang halus
7. Satu sudu teh  asam jawa adabi
8. Air satu  cawan
9. Daun sup dan hirisan limau nipis sebagai hiasan
10. Garam dan gula secukup rasa
11.  satu biji Limau nipis
Cara-cara 1
  • Ikan diperap dengan sedikit garam dan dibiarkan 5 minit
  • Kukus ikan   sehingga masak dengan menggunakan Pengukus
  • Apabila sudah masak, angkat dan letakkan kedalam pinggan
  • Perah kan air asam limau nipis ke atas ikan
Cara-cara 2
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • Tumis bawang putih hingga sedikit garing
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.
  •  Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan tomato dan halia yang dimayang
  • Masukkan bawang besar
  • Masukkan Sesudu asam jawa Adabi
  • Biarkan  selamat 2 minit dan tutup api 
  • Curahkan ke atas ikan yg di kukus  tadi.
  • Hiaskan dengan daun sup dan hirisan limau nipis.

Tuesday, February 21, 2012

SUP SAYUR BEBOLA IKAN TENGGIRI ALA FIRDAUSI

kisahfirdausi kitchen
 Bahan-Bahan 


  1.  300 gram Isi Ikan tenggiri
  2.  3 Ulas Bawang Merah
  3. 1 ulas  Bawang Putih
  4. 1 inci halia
  5. 1/2 labu bawang besar di belah 4
  6. lada hitam
  7. Karot
  8. Brokoli
  9. Tomato
  10. sawi manis
  11. garam
  12. gula 
  13. Air kosong yg secukupnya


Cara-Caranya :

  1. Tumbuk isi ikan tenggiri bersama bawang merah, putih,halia dan lada hitam
  2. Buatkan bulat-bulat apabila sudah ditumbuk hingga sebati
  3. Panaskan Air dalam periuk
  4. Apabila menggelegak masukkan garam  gula dan  bawang besar yang telah dipotong.
  5. Masukkkan isi ikan yg telah ditumbuk tadi kedalam air yang tengah mengelegak
  6. Apabila isi ikan itu sudah masak dan empuk masukkan sayur  karot terlebih dahulu.
  7. Apabila karot sudah agak empuk sedikit masukkan sayur-sayur  yg lain..kacau dan tutup api apabila sayur dah  sedikit layu (  tak elok kalau lama-lama , zat akan berkurang)
  8. Apabila siap  hidang kan bersama nasi putih atau  mi hoon, mee atau kue teaw...SELAMAT MENCUBA!!!!!

Monday, February 6, 2012

Kek Marble Lapis Milo



 Assalammualaikum.. Selamat Pagi dan salam ceria .. hari ni mood nak menulis blog sudah mari sikit demi sedikit walaupun terasa sedikit lemau.. tak tahula kenapa.. maybe tak cukup tidur kot sepatut tidur  pukul 10 tapi kul 12 baru tidur..bangun pagi tadi mamai lagi mater...oklah.. cukupla cerita kisah lemau saya tu.. heheh. hari ni saya nak share satu resepi kek yang tak lawa tapi sedap!!!! Kek Marble lapis milo.. first time  membuat nya... amik ko.. first time buat pun  sempat jugak tiga biji siap... huhu..  rasa kek ni lain skit kot..sebab sepatutnya Kek marble ni dia ada lapisan koko skit kot.. ni saya  guna milo untuk buat lapisan nya.. milo serbuk.. okla kita semak resepinya dahulu  : )


 KEK MARBLE LAPIS MILO


5 biji Telur gred A
1 1/2 cawan Buttercup
1 1/2 Gula Halus
3 cawan Tepung Naik sendiri
1/2  Cawan Minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan Milo 
1/2 cawan kismis/ coklat rice  (optional)
sedikit  planta untu disapukan di loyang pembakar

1. pukul Mentega bersama gula halus.Pukul sehingga kembang
2. Masukkan telur , minyak jagung dan esen vanila, pukul lagi sehingga kembang
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati 
4. tuang  ke dalam loyang yang telah disapu denga  planta  dan selang selikan adunan dengan taburan  milo  sehingga habis.. dan taburkan dengan kismis dan coklat rice
5. Bakar dalam suhu 180  selama 45-60 minit...






SELAMAT MENCUBA!!!!!















Friday, December 30, 2011

KUIH BAKAR ALA FIRDAUSI

 Assalammualaikum..selamat petang dan salam ceria di hari Jumaat.. Hari ni nak berkongsi resepi Kuih Bakar ala Firdausi..heheh.. Encik Husband asyik nak makan kuih bakar jer.. tapi tak sempat nak membelinya.. akhirnya nekad untuk  cuba buat sendiri..setelah menggunakan khidmat Pakcik GOOGLE..alhamdulillah menjadi.... bangga dan bersemangat lagi.. hehehe.. rasa? boleh la tahan.. tapi saya tak leh makan banyak...kenapa? kalau nak tahu acu baca gak kat SINI okla.. selamat mencuba yer
 
 
 
 
 
BAHAN-BAHANNYA:

1 cup jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cup gula
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan pekat ( atau 250ml santan pekat )/  2 cawan susu cair
1 tbspoon butter
4 biji telur
1/2 teaspoon garam
pewarna hijau sekiranya guna esen pandan, kalau guna daun pandan tak perlu dah pewarna.
sedikit bijan


CARA-CARANYA:

1) daun pandan tadi dihiris dan diblender bersama 200 ml air.
2) setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.
3) campurkan semua bahan-bahan tadi gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. mix guna mixer atau blender sampai sebati.
4) sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.
5) bila minyak dah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree sampai brown dan garing.

Saturday, November 19, 2011

ROTI KESUKAAN KU

roti keju


 sumber dari JINTAN MANIS

Bahan-bahan ( 12 bun kecil )

250 gram tepung roti
30 gram tepung gandum
160 ml susu segar
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar cheddar cheese ( powder)
1/3 sudu kecil garam
2 sudu besar marjerin
sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas bun
1 sudu kecil bread improver ( boleh diganti dengan wateroux)
1 sudu kecil yeast

Cara-cara
1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali mozarela cheese. Uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.
2.perap sehingga doh menjadi dua kali ganda, dan setelah itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagi doh pada 12 bahagian dan susun atas dulang pembakar.
3.setelah doh naik, sembur ( spray) permukaan doh dengan air dan tabur mozarela cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Keluarkan roti dan glis roti dengan marjerin untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat.
4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam plastic atau bekas kedap udara, roti ni lembut je sepanjang masa, sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.





Wednesday, November 9, 2011

Kebaikan Oat

kredit to google
 Assalammualaikum.. salam ukhwah dengan penuh keceriaan.Hari ni cuaca di Kuala Terengganu amatlah baik setelah sekian lama kehujanan.. maybe ini Allah Memberi kita peluang untuk melihat mentari.. ..Okla   hari ni saya nak bercerita  tentang kebaikan Oat untuk Kita..Anda mesti tahu apa itu oat kan? Oat ialah sejenis Bijirin yang mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri dan mencegah penyakit jantung.

Emping oat bukan saja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah, tetapi menjamin kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten yang diperlukan untuk membaharui sel usus.

Oat mengandungi lebuh banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E, berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
mping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.
Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng.So mulakan hari ini dengan oat.. dan cuba la resepi yang telah saya buat seperti lempeng oat dan cucur oat.

Tuesday, November 8, 2011

CUCUR OAT

 Assalammualaikum.. ni resepi hari raya kedua hehehe selamat mencuba..

picta google.com


CUCUR OAT

  1.  1  Mangkuk   Tepung Gandum
  2. 1/2  mangkuk Oat
  3. Sayur sawi
  4. karot
  5. daun sup
  6. ikan bilis@ udang@isi ayam(optional)
  7. Kiub pati bilis@ Ayam(optional)
  8. 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  9. sebiji telur
  10. sedikit serbuk penaik ( tak letak pun takper)
  11. sedikit garam
  12. sedikit gula

Cara-caranya:
Campurkan semua dan kacau hingga sebati dan biarkan sebentar dan goreng dengan minyak yg panas dan api yang sederhana.. selamat mencuba!!!

LEMPENG OAT

tq goole


Assalammualaikum.. salam ceria di tengah hari.. haishhh.. tekak ni nak makan lempeng oat dan cucur oat wif sawi la plak.. lambat nya nak balik.. huhuuh..sebenarnya lempeng oat ni dah pernah buat dan sesuai untuk org yg diet mcm i ni.. Diet??? hehehe ... okla jom kita layan resepinya dan gambor nya saya kidnap kat Sini yer..


LEMPENG OAT

  1.  1  Mangkuk   Tepung Gandum
  2. 1/2  mangkuk Oat
  3. Secubit garam
  4. Sesudu Kecil Gula
  5. Sebiji Telur 
  6.  Sesudu Minyak Zaiton( untuk disapu kan atas kuali)


Cara- Cara Nya
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali Minyak zaiton.Kacau Hingga Sebati.Lepas tu bakar la atas kuali leper yang di sapukan olive oil.. buat ala ala  mcm nak buat kuih dadar tu.. hehe selamat mencuba!!


thank's google

P/s: Boleh dicicah gula, susu pekat, madu, kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis. Nak buat ala ala foldover cam MCD pun boleh.. cam kat atas tuu..

Monday, November 7, 2011

DAGING BAKAR BLACK PEPPER WIF OLIVE OIL

Assalammulaikum.. Selamat Pagi dan Salam Ceria.. Hari ni  saya nak kongsi satu resipi daging bakar yang menyihatkan... ala ni kan baru lepas  Raya Korban.. so mestila banyak daging dalam esbox kan..  seperti biasa daging ni  dimasak gulai, kari, sup, panggang kunyit..goreng black pepper dan lain2 lagi.. Untuk memberi sedikit kelainan untuk memasak daging ni saya nak kongsi la cara yang saya buat ..  jom kita tgk resepinya:



tq google- lebih kurang mcm ni la.. ta gelap skit..  lupa nak snap yg real.


DAGING BAKAR BLACK PEPPER WIF OLIVE OIL

Bahan-bahan
1 kg Daging
1/2 Mangkuk kecilKicap manis
1 sudu kecil garam
3 sudu Gula ( ikut kesukaan jika nak manis)
5 inci halia(ditumbuk  halus )
5 ulas bawang putih (ditumbuk  halus )
segengam lada hitam (ditumbuk  halus )
5 sudu kecil   jus lemon
5 sudu kecil minyak zaiton      
Sebiji lada benggala (di potong dadu)
bawang holand ( dipotong dadu)


Cara2
Perap daging dengan semua bahan bahan di atas.. biarkan setengah jam atau sejam..
Cucuk pada lidi dan diselangi dengan bawang dan lada benggala.. cucuk macam sate la..
bakar

Tuesday, February 22, 2011

Masakan yang cepat dan senang

Bubur Lambuk Versi  "M"

Bubur lambuk Versi "M"


Bahan-Bahan
  1. Satu gengam beras
  2. Stok Bilis
  3. Daun Sup
  4. Lada Potong
  5. Sedikit garam

  • Rebus beras sehingga menjadi bubur
  • Letakkan stok bilis dan sedikit garam
  • Selepas menjadi bubur angkat dan hidangkan bersama cili dan daun sup
  • kalau dimakan dengan sedikit kicap pun sedap..
Selamat mencuba!!!


Sunday, December 19, 2010

Jom makan!!

Assalammualaikum..lama nya tak mengupdate blog ni.. masih batuk dan selsema dan takder mood.. hurm.. jumaat lepas balik kampung...seronok sebab hujan.. dan tak seronok bertambah batuk2 dan selsema.. hik hik..
Apa lagi jom ..saya nak share sedikit masakan yang telah dibuat sepanjang bercuti dan berada di kampung,,



JUMAAT


Sup Tulang
ehsan dari google


  • 1kg tulang lembu
  • 12 sup bunjut adabi
  • 5 liter air.
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 4 ketul ubi kentang

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang ...
  8. Masuk pula rempah sup bunjut . Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis. 


Sambal kicap Pedas

ehsan dari google

  • 20 tangkai cili padi,
  • 2 ulas kecil bawang putih,
  • 1 cawan kicap manis
  1. Tumbuk lada dan bawang putih sehingga lumat
  2. campurkan kicap dan gaul kan..sehingga sebati..
SABTU
Break fest ngan laksa terengganu






LUNCH



Friday, December 3, 2010

Kari ketam Ala Firdausi


pinjam gambar kat google.tak sempat nak snap
2 ekor ketam sederhana besar------ dipotong empat
I bungkus Rempah kari ketam Adabi  yg kecil  ( untuk kari ketam)------ dibancuh dahu dengan air
Sedikit minyak untuk menumis
2 inci halia-----   Bahan A
Satu biji bawang besar---- Bahan A
3 biji bawang putih ---- Bahan A
Lada kisar----Bahan B
Daun kari----Bahan B
Garam----
Gula
Air asam jawa
Sedikit air


1.         Tumis Bahan A sehingga sedikit garing dan naik bau wangi
2.       Kemudian masukkan bahan B dan kacau sehingga garing
3.       Masukkan rempah yang dibancuh  dan biar kan seketika supaya rempah dan ramuan tadi masak
4.       Masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
5.       Kemudian masukkan ketam dan kacau sebati ngan rempah.
6.       Masukkan sedikit air dan tutup tudung periuk dan gunakan api yang kecil
7.       Biarkan sepuluh hingga 15 minit supaya ketam itu cukup masak.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!


Monday, August 9, 2010

IKAN KERAPU MASAK STIM LIMAU


Bahan-bahan:
  • Ikan Siakap/kerapu/bawal
  • Bawang putih cincang
  • Cili padi cincang
  • Halia dirincik halus
  • Bawang besar dirincik halus
  • Serai dirincik halus
  • sos tiram(ganti sos ikan)
  • Air limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Secawan air (untuk lebih berkuah)
Ikan

Perap ikan dengan sedikit halia+bawang putih+lada hitam+garam)

SOS
  1. Tumis bawang putih dan sedikit halia sampai naik bau.
  2. masukkan air secawan
  3. masukkan sos tiram satu sudu
  4. masukkan garam
  5. gula
  6. masukkan hirisan serai
  7. masukkan hirisan halia muda
  8. masukkan hirisan bawang
  9. masukkan lada jarum
  10. masukkan sayur-sayuran
  11. reneh sampai sedikit kering air nya
  12. pastu angkat ikan yg di steam dan perah asam limau atas ikan
  13. pastu curahkan kuah yag dimasak tadi bersama
SELAMAT MENCUBA!!!