Assalammualaikum..selamat petang..apa khabar semua? hari ni saya ingi berkongsi 2 menu yang dimasak sendiri iaitu Ikan kakap masak steam limau dan sotong goreng pedas.ok..semoga resipi ini memberi inspirasi baru dalam masak memasak ni.
:Bahan-bahan
1. Satu ekor ikan kakap sederhana besar
2. 5 Cm Halia muda yang di mayang halus
3. Tomato dipotong dadu
4. Cili api dimayang halus
5. Satu Biji Bawang Besar Holang dihiris bulat-bulat
6. 3 Ulas Bawang Putih dimayang halus
7. Satu sudu teh asam jawa adabi
8. Air satu cawan
9. Daun sup dan hirisan limau nipis sebagai hiasan
10. Garam dan gula secukup rasa
11. satu biji Limau nipis
Cara-cara 1
- Ikan diperap dengan sedikit garam dan dibiarkan 5 minit
- Kukus ikan sehingga masak dengan menggunakan Pengukus
- Apabila sudah masak, angkat dan letakkan kedalam pinggan
- Perah kan air asam limau nipis ke atas ikan
Cara-cara 2
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak
- Tumis bawang putih hingga sedikit garing
- Masukkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Masukkan tomato dan halia yang dimayang
- Masukkan bawang besar
- Masukkan Sesudu asam jawa Adabi
- Biarkan selamat 2 minit dan tutup api
- Curahkan ke atas ikan yg di kukus tadi.
- Hiaskan dengan daun sup dan hirisan limau nipis.
1 comment:
mekasih sebab berkongsi (^_^)
Post a Comment