TETAMU SAYA

Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Hari-hari terakhir......

Assalmmualaikum...selamat pagi dan salam ceria.. huwarg..pepagi dah ngantuk.. aduiya.. baru balik  brekpes..  rasa termengah2 skit sebab jalan-jauh  skit..  jalan untuk memudahkan bersalin...

InsyaA llah..hurm..  hari ni lastla saya bekerja untuk tahun ni.. esok dah kena masuk wad..w aaaa takutla.. berdebarla.. dan mcm mcm lagi tapi yang penting perasaan tak sabar untuk menantap wajah anugerah DariNya yang tidak terhingga.. 

Lama dah menunggu kehadiran cahaya amta.. berkat kesabaran dan kecekalan hati Alhamdulillah..saya dan suami di beri peluang untuk merasai semua ini setelah  6 tahun menunggu sebagimana yang dirasai oleh  org lain.. huhu sebak rasanya di hati ni merenungkan  kebesaran ALLah SWT..

 Dialah yang maha mengetahu,memahami, pemurah dan segalanya2... apa2 pun.. kepada sahabat2 yang mengenali diri ini secara  dekat, rapat , melalu Facebook,  dan juga My follower Kisah Firdausi  mendoakan  agar saya dipermudahkan segala urusan dan semoga selamat melahirkan anak....

Okla takmoh ckp banyak.. rasa sedih plak..  Buat sementara ni saya stop dulu update blog ini dan apa jua perkembangan akan diupdate selepas semuanya kembali ok.. apa jua perkembangan  maybe saya akan update kat Facebook dulu.. 

okla bye.. salam sayang  penuh ukhwah dari syaa untuk semua yang mengenali diri ini..maafla ayat tunggang terbalik.. mood dah kelauttttttt....Wslammm

Tuesday, January 17, 2012

Drama Resepi Cinta TV2

copy from Google.com





Setiap orang daripada kita pastinya memiliki azam dan impian yang ingin dicapai, apatah lagi ketika menjelangnya sambutan tahun baru. Pastinya semua orang mengimpikan kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya termasuk impian tiga anak muda yang mengisi plot drama bertajuk Resipi Cinta yang akan disiarkan menerusi TV2 pada 1 Januari ini jam 10 malam.

Drama yang bakal mengisi slot Citra terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd ini mempertaruhkan gandingan pelakon terkenal Fahrin Ahmad, Piere Andre dan Douglas Lim Yew Sim yang membawakan watak tiga pemuda yang tinggal di sebuah rumah walaupun masing-masing mempunyai latar belakang keluarga dan kerjaya yang berlainan.

Haikal adalah seorang tukang masak yang mudah jatuh cinta terhadap wanita yang ditemuinya. Dia ikhlas mencintai mereka dan mesti selalu di lamun cinta barulah dapat menghasilkan masakan yang enak dan lazat.

Sama ada wanita itu mencintainya atau tidak, ia tidak penting bagi Haikal. Jika moodnya tidak baik masakannya biasa saja dan yang boleh mengembalikan mood Haikal hanyalah perasaan cinta dan sayangnya pada wanita.

Dia tinggal berseorangan di rumah teres dua tingkat dan pada masa sama turut mengiklankan bilik untuk di sewa tetapi tiada seorang pun yang sesuai. Sehinggalah pada suatu hari muncul dua pemuda yang bakal menceriakan hidup Haikal hingga terjalinnya suatu ikatan persahabatan yang akrab antara Haikal si tukang masak, Khairul si pencinta seni dan Joshua seorang lulusan institusi pengajian tinggi.

Sukar untuk mempercayai yang Haikal, Khairul dan Joshua dapat hidup sebumbung. Khairul dengan khayalan dan dunia seninya, kadang-kadang suka menyendiri ketika menghasilkan karya dan kadang-kadang tak jemu mendendangkan lagu untuk persembahannya.

Itu saja kerja Khairul yang tidak suka mengemas, selalu kelihatan selekeh dan kurang berdisiplin. Ini melemaskan Haikal dan Joshua. Di mana saja Khairul duduk pastinya akan bersepah. Kalau ada temujanji pasti terlambat.

Bagi mengekalkan keharmonian, Haikal terpaksa menguatkuasakan peraturan di rumahnya. Pembahagian kerja perlu dilakukan. Haikal akan mengambil alih hal memasak, Joshua memastikan kekemasan rumah dan Khairul menghias rumah. Namun apakah kesudahan ketiga pemuda yang ingin mengejar impian mereka bagi tahun baru ini.



sumber GOOGLE SEARCH ENGINE

Tuesday, January 10, 2012

Si Dia Lagi

Assalammualaikum..selamat pagi dan salam ceria.. hurm hari ni dah 11 Januari..pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan Januari.. Pantas sunggu masa berlalu.. sebenarnya takder idea nak menulis kat blog ni.. tak tahula kenapa yer..emosi tergangu kot.. hurmm tak tahula nak kata apa lagi.. redho jer.. cuma cuba cari sesuatu yang boleh mengumbirakan hati ini.. kikikiki.. nak tahu.. heheh ni saje2 jer takder apa apa yang tersirat dan tersurat.... sejak dua menjak ni nak sangat tengok drama ker..filem ke yang dilakonkan oleh ...... jeng.jeng jeng saper haaa? heheh meh tgk SINI..heheh malu laa..kui.kui kui.. takder apa la.. saje2 jer..  surf-surf kat internet banyak jugak citer lakonan dia rupanya... ketinggalan zaman betul la...  antara ceritanya  ialah Jatuh Cinta, Nurain, dalil Cinta dan banyak lagila..  ... Apa apa pun cerita2 ni semua banyak memberi pengajaran  tentang kisah kehidupan sekarang..Wallahualam....

Saturday, January 7, 2012

Alfatihah...



Al-fatihah... lagi 8 hari genapla.. dua tahun Arwah Mak Pulang ke Rahmatullah. Rindunya..semoga roh tenang di sana dan ditempatkan di dalam golongan orang yang solehah ..Aminnn..

p/s : saya kat tengah2 tu.. masa kecil lagi..heheh rambut kerinting lagi... sebelah tu my beloved cousin..

Sunday, October 30, 2011

~Kembali tersenyum~

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
[ Kembali Senyum lyric found on www.lirik.my ]
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Dan maafkanku…

Wednesday, September 28, 2011

AKU DIUJI LAGI....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.



Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.



Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! Smile

Monday, August 2, 2010

FATAMOGANA


Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Sunday, January 3, 2010






Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??
Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!