TETAMU SAYA

Showing posts with label Hot News. Show all posts
Showing posts with label Hot News. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Seperti kain buruk

KUALA TERENGGANU- :Orang ramai gempar apabila bunyi dentuman kuat yang disangka kemalangan rupa-rupanya ‘hentaman badan’ seorang lelaki dipercayai terjatuh dari bangunan Wisma Persekutuan setinggi 12 tingkat itu di sini, petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan mangsa adalah seorang lelaki berusia 28 tahun dan berasal dari Felda Jerangau Barat, Setiu.

Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan yang tragis, dipercayai terjatuh dari tingkat 11 bangunan itu.

Menurut saksi keja-dian, Eddy Razlan Afandi Mohammad, 21, dia ternampak mangsa yang lengkap berpakaian ketika itu sudah berada di aras tiga seperti sehelai kain buruk.

“Ketika itu saya bersama adik, Mohd Azrol Alif, 18, berada di tempat letak motosikal berhampi-ran. Semasa hendak membuka topi keledar, saya ternampak mangsa yang sedang melayang seperti kain buruk ditiup kain.

“Tidak sampai beberapa saat, saya terdengar bunyi dentuman kuat dan disebabkan terlalu terkejut, saya tergamam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, menurut adiknya, Mohd Azrol Alif, disebabkan terlalu terkejut, kakinya seperti dipaku kerana tidak mampu bergerak walaupun setapak ke lokasi kejadian yang jaraknya hanya kira-kira 70 meter dari tempatnya.

“Ketika itu, kami hanya melihat sesama sendiri dan tidak sampai beberapa saat kemudian, saya mula nampak orang ramai menjenguk keluar bangunan mungkin mencari arah bunyi kuat itu,” katanya.

Selain itu, menurut salah seorang saksi lain, Alias Mohammad, 49, ketika hendak masuk ke dalam lif dari tingkat bawah, dia terdengar bunyi dentuman yang begitu kuat.

“Pada mulanya saya sangka kemalangan dan tidak mengendahkannya, tetapi hati rasa tidak sedap, lalu keluar dari lif untuk melihat keadaan sebenar.

“Saya terkejut apabila ternampak mayat dalam keadaan tragis terlentang berhampiran longkang di tempat parkir di belakang bangunan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



p/s: Bingung sekejap sebab kejadian berlaku  di wisma tempat saya bekerja.. ngerii

Tuesday, February 22, 2011

Tetak suami guna pisau potong daging!!1



IPOH 22 Feb. - Sikap cemburu memang perlu dalam hubungan suami isteri namun cemburu yang melampau seorang wanita di sini, menyebabkan suaminya cedera di lengan akibat ditetak dengan pisau pemotong daging.
Dalam kejadian pukul 8.15 malam, mangsa turut dikurung isterinya hampir setengah jam di dalam rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini Jumaat lalu.
Mangsa, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, namun meloloskan diri dengan kunci pendua dan menghubungi polis untuk meminta bantuan dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, dua kereta peronda polis tiba di rumahnya kira-kira setengah jam kemudian dan membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.
"Berikutan itu, saya terpaksa menerima 15 jahitan di lengan kiri dan disahkan tiga urat lengan saya terputus," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menceritakan detik-detik itu, Ahmad Khusairi memberitahu, kejadian berlaku semasa dia dan isteri sedang berehat di rumah selepas mereka baru pulang dari solat berjemaah di masjid berdekatan.
Menurutnya, mereka berbual- bual sebelum tiba-tiba isterinya menuduh dia mempunyai hubungan dengan ramai wanita sebelum berkahwin.
"Dia menuduh saya macam-macam termasuk pernah membawa perempuan ke rumah untuk bermalam. Saya terangkan ia tidak benar tetapi dia tidak percaya.
"Inilah akibat mendengar cakap orang lain dan terlalu percaya membuta tuli tanpa menyiasat kesahihannya," katanya.
Ahmad Khusairi memberitahu, sepanjang tempoh dirawat, isterinya yang merupakan jururawat di hospital sama hanya datang sekali melawat dirinya.
Katanya, nasibnya bertambah malang, apabila dikejutkan dengan permohonan cerai isterinya sejurus dia dibenarkan keluar dari hospital itu.
"Dia (isteri) ada datang keesokkan harinya untuk menghantar baju serta memohon maaf dan saya telah memaafkannya.
"Selepas keluar, saya ingin mencarinya namun dia telah menunggu dan menyerahkan permohonan cerai," ujarnya.
Katanya, isterinya juga masih tidak menyesal apabila kembali kepada perangai lama dengan menuduh dirinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ditanya perancangannya selepas ini, Ahmad Khusairi yang bekerja sebagai juruteknik berkata, dia masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka kerana masih menyayangi isterinya.
Katanya, tindakan isterinya itu mungkin disebabkan rasa sayang dan didorong perasaan cemburu yang keterlaluan.
"Buat masa sekarang, saya masih tidak boleh berfikir lagi. Saya mahu pulang ke kampung di Kuala Kangsar untuk menenangkan fikiran terlebih dahulu," katanya.
Ahmad Khusairi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira pukul 6 petang ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi Bernama malam ini mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis yang dibuat oleh mangsa dan isterinya.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Sumber dari Utusan Malaysia  23 Februari 2011

P/s : Apalah nak jadi ngan orang sekarang.. nauzubillahhh

Sunday, December 19, 2010

BANJIR OH BANJIR

gambar ehsan dari  liss Malisa

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar

gambar ehsan dari Nurul hidayah Anuar



KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Kemaman sejak petang semalam bertambah buruk apabila lebih ramai lagi mangsa berpindah ke pusat pemindahan pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negeri berkata sehingga 9 pagi, seramai 839 orang daripada 284 keluarga telah dipindahkan, berbanding 52 keluarga dengan 166 mangsa pada pukul 10 malam tadi.
"Sehingga kini, sebanyak 10 buah pusat pemindahan telah dibuka di daerah Kemaman setakat ini," katanya ketika dihubungi.
Pusat pemindahan itu ialah di Balai Raya Kampung Gong Cengal, Pusat Sumber Kampung Cabang, Balai Orang Ramai Kampung Baru Kerteh, Balai Raya Kampung Bukit Kukuran, kuarters Balai Polis Kerteh, Sekolah Kebangsaan Kemasik, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rangon, Balai Raya Bukit Teruna, Balai Raya Batu 9 dan Balai Raya Masjid Padang Kemunting.

Jurucakap itu berkata jalan ke Lapangan Terbang Kerteh ditenggelami air sedalam setengah meter pagi ini, namun masih boleh dilalui untuk semua kenderaan.

Beliau berkata banjir adalah disebabkan oleh hujan lebat disertai air pasang.

Jururucakap Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri pula berkata paras air sungai di Kemaman dan sungai utama di Trengganu masih di paras normal pagi ini.
Bagaimanapun, jurucakap itu berkata kemungkinan paras air meningkat sekiranya hujan lebat berterusan sehari dua

IHSAN DARI BERITA HARIAN ONLINE


p/s: Kampung Chabang tu Kampung ku.. rasa nak balik  je main air banjir..lama doh dok tgk air banjir kat kampungku..