Resdung adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari hama DEMODEX, alahan dan bakteria. Demodex spp ada pada 97.68% orang dewasa di seluruh dunia (kajian Dr. Qu Kui Zin selama 30tahun melibatkan 905,801 orang dewasa pelbagai bangsa, umur dan pekerjaan).Demodex tidak dapat dilihat dengan mata kasar, berukuran 0.1mm-0.4mm, ada dua jenis yang hidup pada bahagian dahi, muka, kening, hidung dan kepala.
ia hidup dalam liang atau bulu roma dan bulu mata, sgt aktif di waktu malam apabila ia keluar untuk bersenyawa dan masuk semula untuk bertelur di dalam liang roma. putaran hidupnya selama 14hari. merebak melalui sentuhan, ciuman atau penyusuan bayi.
jumlah demodex bertambah mengikut kadar usia. kulit muka menjadi gatal-gatal, rambut gugur berkelemumur, berjerawat, nafas berbau dan berpenyakit kulit. rawatan tidak mampu membunuh demodex 100%. ia boleh dikawal dan dikurangkan.
Tanda2 resdung
kerap bersin
gatal-gatal muka mata dan hidung
hidung berair & nafas berbau
rambut gugur dan berkelimumur
jerawat dan jeragat
sakit kepala migrain dan lelah
No comments:
Post a Comment