SINOPSIS JATUH CINTA (TV3)
Drama Jatuh Cinta mengisahkan perkahwinan gadis kampung, Manisah dengan Badrul (Fahrin) yang mempunyai seorang anak bernama Tasha. Kehadiran Manisah mulanya dipandang negatif oleh Tasha lakonan Eyka. Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana. Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup.
Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha. Manisah bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah keluar dari kampungnya. Ayahnya mahukan Manisah gembira dan berharap dia akan berkahwin dengan seorang yang kaya. Suatu hari, Badrul kembali ke kampung halamannya untuk menguruskan beberapa projek.
Ketika sedang berjalan di kampung, dia terlihat Manisah yang bergelut untuk bangun selepas digigit oleh serangga yang menyebabkan sayur-sayurannya rosak. Badrul membeli sayur-sayuran yang sama sebagai ganti untuk Manisah dan selepas itu mereka menjadi rapat. Apakah yang bakal berlaku kemudian?
No comments:
Post a Comment