TETAMU SAYA

Wednesday, January 18, 2012

Surirumah 7 Hari

Selepas kejadian itu Yati dibuang kerja dan lebih menyakitkan hatinya lesennya pula telah di gantung kerana dia didapati bersalah. Kini Yati mula runsing bagaimana mahu membayar ansuran kereta kesayangannya itu jika dia tidak bekerja. Mak Tijah yang melihat kerisauan di wajah anaknya itu terasa geli hati. Sementara Hamiza pula menggunakan peluang ini untuk membalas dendam terhadapnya adiknya. Sengaja dia ‘memanaskan’ hati Yati dengan mengatakan itu adalah balasan untuk orang yang bongkak macam adiknya itu. Yati tidak menjawab sebaliknya terus masuk ke bilik.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Syed Aman datang menemui Mak Tijah. Aman adalah seorang duda beranak tiga yang telah kematian isteri ketika melahirkan anak bongsu mereka yang kini berusia setahun. Aman rapat dengan Mak Tijah kerana Mak Tijah dengan ibunya adalah kawan lama. Hajat Aman ke rumah Mak Tijah adalah untuk meminta tolong Mak Tijah tinggal di rumahnya seminggu untuk menjaga anak-anaknya kerana pembantu rumahnya pulang ke kampung. Aman pula ketika itu terpaksa ke Turki selama seminggu atas urusan perniagaan. Walau bagaimanapun Mak Tijah tidak dapat memenuhi permintaan Aman itu kerana Pak Hassan sedang tidak sihat. Aman merayu kepada Mak Tijah malah meletakkan bayaran sebanyak seribu ringgit untuk seminggu itu. Apabila Mak Tijah masih tidak mahu membantu, dia menaikkan seribu lagi menjadikan jumlahnya dua ribu. Sehinggalah akhir sekali dia menawarkan tiga ribu ringgit.


p/s: frust tak dapat tgk semalam.. :(


google image

google image

No comments: