24/2/2012
PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat.
PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat.
Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),
Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan
penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA).
''Kita
tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu
keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan
gambaran yang jelas dan baik.
''Tidak
kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana
Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama
45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Selain
Perdana Menteri, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan sembilan
pemimpin tertinggi CUEPACS.
Semalam,
Omar dilaporkan berkata, CUEPACS menuntut kerajaan memberi kenaikan
gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700
hingga RM2,500.
Menggambarkan
pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata,
perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa
tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.
''Pertemuan
ini dijalankan bagi menyampaikan maklum balas penjawat awam mengenai
SBPA. Kita tidak membentangkan hasil bengkel termasuk mengenai tuntutan
kenaikan gaji.
''Kerja-kerja petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai SBPA juga belum selesai," katanya.
Dalam
pada itu, Omar memberitahu, satu perhimpunan penjawat awam
besar-besaran melibatkan 15,000 orang termasuk dari Sabah dan Sarawak
akan diadakan di Stadium Bukit Jalil di ibu negara.
''Perhimpunan
ini akan turut dihadiri Perdana Menteri dan pihak CUEPACS mencadangkan
ia diadakan pada 12 Mac, perkara ini akan ditujukan kepada pihak KSN
untuk pengesahan tarikh," katanya.
Sementara
itu, Omar berkata, Najib pada pertemuan hari ini telah melahirkan
sokongan terhadap penubuhan Kelab Pesara Kumpulan Pelaksana yang baru
ditubuhkan.
''Satu
perhimpunan oleh ahli kelab akan diadakan di kediaman rasmi Perdana
Menteri di Sri Perdana, tarikhnya belum ditentukan," katanya.
No comments:
Post a Comment