Fesyen
Cardigan Terkini untuk Wanita
Inginkan tampil
bergaya dan menawan dengan cara ringkas dan cepat? Siapa yang tak
mahukan? Saya sendiri tampil bergaya apabila keluar bersantai dengan keluarga dan pergi berkerja. Sebagai wanita muslimah yang berkerjaya dan ibu kepada dua cahaya mata mestilah
pening nak memilih pakaian dengan pantas untuk keluar bersantai atau pergi
bekerja dengan tanpa mengabaikan soal aurat . Salah satu penyelamatnya saya mengenakan
Cardigans .
Cardigans
merupakan jenis outerwear yang paling popular dikalangan ramai wanita dan juga
lelaki. Bukan sahaja memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai,
koleksi cardigan juga sering menjadi penyelamat kepada mereka yang ingin
bergaya santai dan pada masa yang sama masih mahu kelihatan bergaya. Ia sesuai dipakai bersama kombinasi jeans dan
t-shirts, blouse dan skirts mahupun disarungkan dengan mana-mana koleksi dress
anda. Erti kata lain, pemakaian cardigans sememangnya versatile dan praktikal.
Jom kita lihat beberapa fesyen cardigan terkini atau rekaan cardigan
wanita yang kini boleh anda temui di pasaran;
Button Cardigan
Fesyen cardigan wanita yang paling
basic adalah button cardigan yang mempunyai rekaan butang pada bahagian hadapan
cardigan. Ia boleh dipakai dengan mengancing butang tersebut atau dipakai
dengan begitu sahaja, mudahkan?
Drape Cardigan
Rekaan cardigan yang paling diminati
ramai wanita pula adalah koleksi drape cardigan yang direka tanpa butang atau
zip.
Kimono Cardigan
Bagi anda yang menggemari koleksi
pakaian yang berpotongan loose pula, kekal selesa dan bergaya dengan memakai
koleksi kimono cardigan. Ia direka dengan potongan yang cukup lebar bahagian
lengan dan berukuran agak singkat.
Long Cardigan
Pilihan no 1 ramai wanita bertudung
pula adalah koleksi long cardigan yang sesuai untuk digayakan ke mana sahaja.
Wrap Cardigan
Dan koleksi cardigan yang paling
terkini dan trending buat masa sekarang ini adalah koleksi wrap cardigan yang
direka dengan tali untuk diikat pada bahagian pinggang si pemakai.
Pendek kata tidak sukar buat gadis-gadis, ibu-ibu dan wanita berkerjaya untuk
bergaya , hanya mengenakan cardigan bersama pakaian kegemaran anda ,simple dan
menjimatkan masa sahaja tanpa mengabaikan soal aurat.Disamping itu tampil
bergaya, menawan dan hebat.
No comments:
Post a Comment