TETAMU SAYA

Thursday, March 8, 2018

ENCIK ABANG KUDA





READY STOCK... JUALAN ONLINE SAHAJA..BERMINAT BOLEH PM ATAU WASSAP Iman www.wasap.my/60122686353

ENCIK ABANG KUDA

SINOPSIS:
“Adik suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak fairytales.”
Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud. Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas menunggang kuda!
Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau! Loving dan caring tu macam ada. Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA!
Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.
“Opps...sori!”
“Macam tu ke cara minta maaf?” - RAZIN
“Hallo Hϋbscher! ” – KHAYLA ILHAM HAKIMI
“Verrϋckt!”
Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi mulut...Na’uzubillah. Reject!!!
Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan usang.
“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL
APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!
RAZIN: Selepas menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan, Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini.
KHAYLA: Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.
Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata?
Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada orang lain?
Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!
“Bang Han...adik dah jatuh cinta.”
“Good for you.”
“Tapi dia gay...”
“Bangkang!”

No comments: