TETAMU SAYA

Thursday, December 31, 2020

TUAN ALDRIC ARJUNA

 

TUAN ALDRIC ARJUNA | Suami Untuk 100 Hari ❤ Cukupkah 100 hari untuk melakar kisah asmara... ===== ALDRIC ARJUNA. Majlis perkahwinan bersama kekasihnya MAYA ROSE, bakal berlangsung kurang tiga bulan lagi. Namun dalam kesibukan membuat persiapan majlis, Aldric tiba-tiba memutuskan untuk menikahi ASMARA KALEENA. "Seratus ribu ringgit. Jadi isteri aku untuk 100 hari. Hanya 100 hari. Dalam tempoh 100 hari aku berhak sepenuhnya ke atas kau. Dalam tempoh 100 hari, aku akan penuhi apa sahaja keperluan dan kehendak kau. Apa sahaja. Tapi selepas 100 hari, kita tak kenal lagi antara satu sama lain. Kalau kau setuju, kau boleh ambil duit seratus ribu ringgit tu. Kalau kau tak setuju, kau boleh keluar sekarang. Jangan buang masa aku." - ALDRIC ARJUNA Asmara yang terperangkap dalam situasi yang maha mendesak, tak punya banyak waktu dan pilihan. Demi kebaikan mereka yang Asmara cintai, Asmara pertaruhkan seluruh dirinya . "Saya tak faham. Tuan cintakan Maya. Tapi kenapa tuan nikahi saya?" - Asmara Kaleena. "That is none of your business." - Aldric Arjuna "Macam mana kalau selepas 100 hari, saya baru tau yang saya mengandung?" - Asmara Kaleena "That is none of my business." - Aldric Arjuna Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, memenuhi segala kemahuan dan hak Aldric sebagai seorang seorang suami dengan sepenuh hati , Asmara terlupa yang dia dibayar untuk melakukan semua itu. Malah hanya untuk 100 hari. 100 hari. Kenapa mesti 100 hari? Dan 100 hari melakar kisah asmara bersama, tidak berbenih langsungkah cinta dalam hati seorang Tuan Aldric Arjuna? Apakah ada harapan untuk seorang Asmara Kaleena untuk terus di sisi sang lelaki yang halal untuknya? Atau kisah mereka benar-benar berakhir selepas 100 hari?

No comments: