kredit to google |
Emping oat bukan saja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah, tetapi menjamin kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten yang diperlukan untuk membaharui sel usus.
Oat mengandungi lebuh banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E, berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
mping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.
Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng.So mulakan hari ini dengan oat.. dan cuba la resepi yang telah saya buat seperti lempeng oat dan cucur oat.
1 comment:
nice info (^_^)
Post a Comment