TETAMU SAYA

Thursday, December 23, 2021

KARYA KAYRA

Semoga kes itu menjadi Turning Point yang dapat membogelkan ketidakadilan Pengurusan Keluarga Islam Malaysia yang sering didiamkan.

"Agamawan" dan "Ustaz Separuh Masak" ramai yang panas punggung nampaknya apabila pertama kali kecurangan seorang lelaki itu dapat dibuktikan seorang isteri secara terbuka. Itu yang ustaz-ustaz terpaksa bawa point "Buka Aib" dan "Suami Buat Perangai, Pahala Buat Isteri" dan menyimpang jauh dari ajaran Rasulullah SAW kerana tiada benda lain lagi dapat mempertahankan perbuatan curang lelaki selepas semua bukti dikemukakan. 

1) "Buka Aib" dengan "Meminta Bantuan" selepas segala usaha mencari penyelesaian gagal itu sangat jauh berbeza. Sebagai orang yang berilmu agama, tanggungjawab memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Tunjuk jalan keluar. Bukan diputarbelit hingga wanita itu lemas. Wanita apabila dia lemas, dia akan membuat tindakan di luar jangkaan. Sebagai lelaki berilmu agama sepatutnya bimbing wanita itu, bukannya melemaskan lagi hingga dia sukar bernafas. 

2) Suami berdosa besar, isteri dapat pahala? Mengapa tidak disebut dengan jelas, andainya "isteri itu tidak redha" dengan dosa suaminya, maka isteri itu boleh memohon Hakim mem-faraq-kan perkahwinan mereka?

Hak Isteri itu lebih besar didalam perkara Dosa Suaminya hingga boleh meminta Hakim mem-faraq-kan mereka bahkan hingga boleh meminta suaminya melepaskan Hak Sebagai Wali atas semua anak perempuan mereka supaya Dosa Zina tidak mengekori keturunan. Bukankah Menjaga Keturunan itu antara Keutamaan Maqasid Syariah? Tanggungjawab semua orang menjaga keturunan. 

Kenapa diceritakan pahala sedang suami itu BERDOSA BESAR?

Kenapa tidak ditunjukkan Jalan Keluar kepada wanita itu sebaliknya Para Agamawan menghancurkan terus kepercayaan wanita itu bahawa ada jalan penyelesaian di dalam Islam??

Tahukah kalian ada satu KES BENAR berlaku di Kuala Lumpur. Isteri taat tidak berpelajaran tinggi, bekerja biasa-biasa sahaja. Suaminya seorang Ustaz kantoi berzina dengan seorang wanita muda lain yang bekerja sebagai salesgirl di Mall. Isteri itu tidak tahu ke arah mana mahu mengadu lagi apabila usahanya ke Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah gagal sedang dia bawa bukti video dan sebagainya yang sangat lengkap. Dia mahu suaminya dihukum menurut Undang-Undang Islam. Itu adalah hak-nya sebagai isteri di dalam Islam. 

Selepas segala usahanya gagal dan dia dipersalahkan pula kerana tidak menjaga aib suaminya. Wanita yang tidak mendapat sokongan sesiapa itu mengambil jalan singkat. Dia mencari lelaki-lelaki lain. Waktu pejabat dia mula keluar berjam-jam.Tahu tak wanita yang tidak mendapat pembelaan kerana suaminya seorang Ustaz itu berzina buat apa? 

Wanita itu meminta semua lelaki yang dia ajak maen di hotel pancut dalam. Dia mahu "melahirkan anak lelaki lain tetapi ber-bin-kan suaminya Ustaz itu". Ini diakui sendiri oleh wanita itu dan pengakuan tiga orang lelaki yang melayan permintaan wanita itu semasa kami membuat kajian kes. Dua anak lahir ber-bin-kan suaminya. Isteri itu puas hati dapat membalas dendam kepada suaminya. Kami yang mendengar pengakuan mereka ber-empat rasa nak pitam. 

Demi Allah ini benar-benar berlaku dalam kalangan Orang Islam di Malaysia. 

Kami tidak dapat berbuat apa-apa. Hati wanita itu sudah keras kerana marah apabila dia tidak dibela sepatutnya oleh pihak Agamawan semasa dia meminta bantuan. Damage is Done. Kalau kami sebut nama Ustaz itu, kalian akan hentak kepala ke dinding. Sehingga hari ini, ustaz itu tidak tahu perbuatan isterinya. Isterinya masih berlakon seperti isteri yang taat di hadapan suaminya. Dipuji-puji dia sebagai seorang wanita yang sabar sedang kerosakan yang berlaku sangatlah dahsyat. 

Nampak tak kesannya apabila seorang wanita itu tidak dibantu? Wanita akan mencari jalan penyelesaian sendiri mengikut akal singkat yang satu. Jadi kita kena bantu apabila dia mula suarakan Rasa Ke-TidakAdilan terhadap dirinya kerana dosa suaminya. 

Perkara Agamawan dan Ustaz Separuh Masak "putar selagi boleh" supaya Dosa Besar suami itu dapat dicampakkan kembali kepada isterinya ini sudah lama berlaku. Apabila isteri itu tidak redha dengan apa yang menimpanya, nanti beramai-ramai lelaki-lelaki itu terjun ke Neraka kerana tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menyuarakan keadilan sebenar.

Ada juga lelaki yang dikenali ramai acah menulis konon menyampah melihat aib suami itu dijaja isteri kononnya isteri itu salah. "Kalau layan elok suami takkan suami cari yang lain."

Sedangkan ramai tahu, lelaki yang menulis itu  paling ramai betina skandal dia bawa ke Siam. Hujung minggu kata seminar tapi ke Siam. Cuma belum kantoi lagi di hadapan isterinya yang setia itu. Dengar cerita ada girls sudah mula hantar gambar kepada isterinya. Nasib kau laa bang. Sudah tahu perangai kau pun sama, patut kau diam sahaja. 

Buya Hamka ketika didatangi seorang lelaki yang baharu pulang dari Mekah. Lelaki itu berkata sinis kepada Buya Hamka:
"Aku bertemu pelacur di Mekah."

Lalu di jawab oleh Buya Hamka sambil tersenyum.. 
"Kamu Adalah Apa Yang Kamu Cari. Jika kamu ke New York sekalipun untuk mencari Ilmu Agama, maka Ilmu Agama yang akan kamu dapat. Jika kamu ke Mekah mencari pelacur, maka pelacur yang akan kamu temui."

Samalah seperti para Agamawan dan Ustaz Separuh Masak "pejam mata" tentang Dosa Zina tetapi "buka mulut" tentang Aib Suami. Kamu adalah apa yang kamu mahu masyarakat itu terbentuk. Andai kezaliman tidak ditangani dengan adil, maka kezaliman juga yang akan kembali kepada masyarakat. 

Kamu tulis apa yang kamu mahu supaya kelakian kamu terlihat elok dan kewanitaan itu seperti aib.

Sedang Hukuman atas Dosa Zina itu adalah Hak Allah. 

Kerana itulah Dosa Zina terletak di dalam Hukum Hudud. Jika tidak dihukum di Dunia dengan sebat atau rejam dengan batu sampai mati, maka Dosa Zina itu menjadi punca di AZAB dengan sebenar-benar AZAB di Akhirat kelak. Tidak cukup dengan sekadar meminta maaf. 

Jangan ramai-ramai Agamawan dan Ustaz Separuh Masak turut sama di-AZAB kerana mengabaikan Hak Allah dalam menghukum Penzina sudahlah. Lelaki itu sedap seorang, kamu lelaki berpelajaran Agama yang ramai-ramai itu pula di-AZAB bersamanya. 

Hope try harder next time.
Malaikat sedang mencatat semua kegagalan kamu sebagai Lelaki Yang Mengaku Berilmu Agama tetapi gagal dalam memenuhi Hak Allah SWT dalam memberi keadilan kepada seorang wanita yang sepatutnya kamu lindungi tetapi kamu zalimi dia. 

As she said... DAMAGE IS DONE. 

Kayra, Putrajaya. 

#sisterhood
#sayNOtoSuamiOrang 
#DamageIsDone

KREDIT TO KARYA KAYRA

No comments: