Assalammualaikum, Malam ni saya nak berkongsi pengalaman saya sebagai bekas pesakit +ve NCOVID stage 2.Antara faktor yang menyebabkan saya nak berkongsi cerita ni masih ada ramai lagi orang menganggap virus COVID 19 ni hanyalah rekaan dan masihbramai lagi yang antivaksin.
Ok, Kisahnya bermula hari selasa 5.10.2021, rasa sakit badan , tak fikir apa2 pun just fikir sakit biasa, tapi keseokan hari sakit tekak, perit dan mulai bibit batuk.
Rabu 6.10.2021
Mandangkan hari rabu tu bekerja telan panadol taknak bagi melarat,tapi batuk makin menjadi, sakit tekak nak menelan, hidung rasa tak selesa,dada rsa ketat.. Termengah2. Balik kerja mcm biasa, telan panadol lagi sebab duk assume tonsil bengkak, kalau demam mmg takleh lari dari tonsil bengkak.
Hari khamis 7.10.2021
Rasa tak larat sangat tapi still makan ubat..kawan2 suruh beli test covid memandangkan org ofis kontak rapat kpd +ve covid.Telefon runner susuh beli.Bila cek guna alat tu ahamdulillah -ve. Tapi badan rasa panas.. Hidung tersumbat.. Ok balik kerja telan ubat lagi..
Jumaat 8.10.2021
Hari Jumaat, dah makin teruk rasa.. Duk baring je tapi sempat buat nasi goreng dan sup kaki ayam, masa tu berkongsi sup ngan anak.,suap abak makan .masa tu tak fikir pun +ve sebab dah test -ve, tapi rasa kondisi makin teruk, dada rasa ketat sgt. Batuk makin menjadi2.. Mulut rasa payau, pahit.. Atas saranan kawan suruh buat test rtk atau pcr,Lepas zohor pergila klinik hijra, masa tu berdebar sgt.. Lepas buat rtk result +ve Allahu terus ingat duk suap nasi anak, berkongsi sudu ngan anak.Allahuakbar masa tu tak henti2 doa supaya anak2 dan suami dilindungiNya dari +ve. Masa tu rasa down sgt2, duk menangis pastu suami ajak pergi buat pcr kat HSNZ, dalam hati masih berharap dapat pcr negatif.. Lepas settle semua swab pcr balik rumah terus berkurung.. Anak2 duk memangil2.. Terus berderai air mata.. Bermulala episod berkurung dalam biik.. Segala2 suami uruskan makan minum.. Anak2 lagi.. Kali ni terpisah lagi ngan anak2. Mmg down sgt..org tak duduk tempat tak rasa apa. Buat kuat tapi tak kuat,mulut mmg kata kuat.. Kalau kena takdop pun org kata kuat.. Membisu ajerla kot. sebenarnya saya alami sukar benafas.. Sakit dada tapi mls nak cerita saat tu.
Sabtu 9.10.2021
Keadaan tak banyak berubah,batuk menjadi2.demam,selsema.deria rasa dan bau dah mula hilang, duk tidur ajee
Ahad 10.10.2021
Kondisi batuk makin menjadi. Demam pun on off, sebabnya makan ubat.. Habis ubat.. Demam balik. Hidung tersumbat.
Klinik Kesihatan manir call suruh datang buat penilaian. Cek bp, oxygen ..alhamDulillah Mâsih nỏRmal,tapi batuk makin menjadi2,Balik. Rumah rehat, pukul 2 klinik Kesihatan Manir call suruh untuk dibawa pergi ke PKRC chendering, Allahu..tak bersedia langsung ,terus bagitahu kat dia takyah amik nak kuarantin rumah. Siap bagi arahan plak.. Hihi
😁😂😂😂
Isnin 11.10.21
Anak2 dan suami pergi KK Manir untuk buat penialaian, tapi tak swab sebab suami cakap buat test kat rumah semua negatif.Misi pakaikan gelang je buat anak2 dan suami.
Ekoran saya tak nak pergi PKRC doktor call sendiri nasihatkan pergi. terpaksalah akur memandang diri sendiri dah tak kuat.
pukul 5.30 Ptg driver KK manir datang amik hantar ke PKRC Gong Badak,Bila sampai sana dah dekat maghbrib sebab driver amik orang lain jugak sekitar manir.
。Ya Allah ramainya orang pusat ni.Perempuan sahaja dekat 700, termasukla, baby,kanak2,remaja, sampai yg dah tua..Allah camnala nak hadap keadaan mcm ni..
12 hingga 18 Oktober 2021
Berkampung di PKRC Gong Badak. Demam,batuk, selsema mcm biasa, setiap pagi doktor buat penialaian kesihatan,Makan 4 kali sehari,makanan mewah, tapi selera nan ado.Dengar rasminya kelmarin potong gelang dan boleh balik sambung kuarantin kat rumah sslama 4 hari, Allahu,rasa tak sama mcm waktu sihat longcovid itu benar.
Semoga Allah sembuhkan diri ini dan lindungi keluarga dan semua dari Penyakit Covid.Sesungguhnya sakit sangat.😢Walaupun dah hampir 3 bulan tapi keadaan tak sama. Ada kala mari jugak semput,termengah2-mengah dan nyeri dada. Semoga dijauhkan lagi penyakit ini.
#demamsakittekakbatukselsemahilangderiabaurasaciritbiritsakitbadansakitdada
No comments:
Post a Comment