klik2 dapat duitt

Pengikut Blog Saya

JOM SHOPPING!

Wednesday, January 25, 2012

FAHRIN AHMAD KHIANATI REMY ISHAK DALAM TELEMOVIE PUN PUN

google image


Tiada ribut tiada angin tiba-tiba pelakon sasa Fahrin Ahmad dikaitkan menjadi pengkhianat kepada sahabat baiknya sendiri yang juga aktor popular, Remy Ishak. Malah Fahrin dikaitkan cuba merebut cinta dan kasih sayang penyanyi putih gebu, Marsha Londoh yang juga diminati dalam diam oleh Remy Ishak.
Tidak hanya di situ, Fahrin dengan mudah mempergunakan Remy demi kepentingan sendiri sedangkan teman baiknya itu merelakan sahaja perbuatan tersebut. Semuanya semata-mata kerana Remy sayangkan persahabatan mereka.
Namun segalanya hanyalah lakonan mereka semata-mata menerusi telemovie Pun Pun yang disiarkan pada 31 Oktober 2010 (Ahad) mengisi slot Sinema Ahad, jam 10.00 malam di TV2. Menariknya drama ini turut dibintangi oleh Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Tuan Roslan dan Rosnah Mat Aris membawakan watak Maria, ibu yang mengabaikan anak sendiri.
Plot kisahnya bermula dengan watak Hafiz yang lebih dikenali dengan nama gelaran ‘Pun Pun’ oleh penduduk kampungnya kerana hobinya mencari umpun -umpun untuk dijadikan umpan pancing.
Hafiz tinggal dengan datuknya yang sudah tua dan hidup bergantung pada hasil jualan ikan untuk menampung kehidupan mereka berdua. Ibu Hafiz, Hamidah mencari duit hanya untuk kepuasan dirinya sendiri dan tidak mempedulikan bapanya, Karim dan Hafiz. Bapa Hafiz telah meninggalkannya sewaktu Hafiz masih kecil.
Hafiz seorang pelajar yang lembab tetapi dia tidak pernah meninggalkan persekolahannya. Hanya Farid sahaja yang ingin berkawan dengannya itupun hanya dengan niat dan demi kepentingan dirinya sahaja. Hafiz tidak kisah dibuli dan diambil kesempatan oleh Farid. Ini berlanjutan sehinggalah mereka dewasa dan Farid ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke pusat pengajian tinggi.
Daripada hobi, Hafiz semakin serius menjadikan umpun-umpun sebagai sumber rezeki mereka. Kini Hafiz bukan sahaja mencari umpun-umpun tetapi dia juga membelinya daripada orang lain. Hafiz juga mendirikan sebuah pondok kecil ditepi jalan untuk memasarkan umpun-umpun kepada pemancing yang sering melalui jalan tersebut untuk ke laut. Dalam erti kata lain, Hafiz kini bergelar penjual dan pengedar umpun-umpun.
Antara pelanggan tetap hafiz ialah Tuan Roslan. Setiap minggu Tuan Roslan akan membeli umpun-umpun darinya. Dari hari ke hari, pendapatan Hafiz semakin bertambah. Hasil jualan umpun-umpun mampu menyara kehidupan dia dan datuknya, malah boleh juga disimpan untuk kegunaan masa depan mereka.
Kemunculan anak gadis Tuan Roslan, Diana telah membuatkan Hafiz dilambung bara cinta walaupun Diana hanya menganggap dirinya sebagai kawan biasa sahaja. Hafiz kemudiannya dikecewakan oleh kawannya sendiri apabila Farid mula menjalinkan hubungan dengan Diana sehingga Farid mengambil keputusan untuk melamar dan bertunang dengan Diana.
Hafiz kemudiannya sedar siapa Farid yang sebenarnya. Farid juga yang telah meminjam wang Hafiz untuk memulakan perniagaan telah menipu dan perkara ini telah diketahui oleh Diana dan hubungan mereka telah putus. Farid menyalahkan Hafiz dan menuduh Hafiz cemburu. Dia memulangkan wang Hafiz.
Ketika itu Hafiz berazam untuk menukar cara hidupnya dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar dan mencari kerja baru. Dia tinggal dengan ibunya. Tetapi sekali lagi dia kecewa apabila dia mengetahui pekerjaan sebenar ibunya. Dia pulang semula ke kampung dan membina semula perniagaan umpun-umpun. Namun adakah dia benar-benar mampu meyakinkan diri sendiri dan bangkit daripada kegagalan yang pernah berlaku dalam hidupnya?


sumbernya >>>http://www.budiey.com/fahrin-ahmad-khianati-remy-ishak-dalam-drama-pun-pun/
Post a Comment

Jom Klik2

My Beloved Husband Birthday

My Beloved Princes Birthday

My Birthday