Utusan Malaysia
25/1/2012
25/1/2012
KUALA
LUMPUR 23 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap pasukan petugas khas yang diberi
tempoh tiga bulan bagi menyemak skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) mampu menjadikan skim itu yang terbaik dan diterima semua
penjawat awam.
Presidennya,
Datuk Omar Osman berkata, sebelum ini ramai penjawat awam tidak
berpuas hati dan memahami isi kandungan skim tersebut.
"Jadi
kami berharap, selepas tiga bulan hasil yang diterima mampu memuaskan
hati semua pihak dan mereka benar-benar memahami maksud yang terkandung
dalam skim itu.
"Tiga
bulan adalah satu tempoh yang wajar dan kami berterima kasih kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Najib semalam yang memberi jaminan semakan semula
SBPA oleh pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada
setiap peringkat perkhidmatan awam.
Menurut
Najib, pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan
melakukan semakan sebaik-baiknya supaya tidak ada lagi situasi yang
boleh diibaratkan sebagai 'rumah siap, pahat berbunyi.'
Sementara
itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul
Halim Mansor berkata, tempoh tiga bulan merupakan satu tempoh yang
panjang dan relevan bagi menyemak semula skim tersebut.
"Melalui
semakan semula skim itu, diharap selepas ini semua penjawat awam
berpuas hati dan tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai kelemahan
skim tersebut," katanya.
Abdul
Halim turut berharap, skim tersebut menggunakan bahasa yang mudah
difahami agar semua peringkat penjawat awam dapat memahami segala
perkara yang terkandung dalam skim tersebut.
"Ia bagi mengelakkan mereka salah tafsir perkara yang disampaikan di dalam skim tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment